Kejadian ini sangat jarang berlaku kerana bayi dalam kandungan tidak akan mula menarik nafas sehingga mereka terdedah kepada udara. Mereka akan menerima oksigen melalui tali pusat sehingga mereka mula menarik nafas sendiri atau tali pusat mereka dipotong. Risiko yang terkahir adalah risiko tali pusat tercabut sejurus bayi diangkat keluar daripada dalam air. Oleh itu, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terdapat sebarang komplikasi lain berlaku.
Apakah yang menyebabkan anda tidak perlu bersalin dalam air?
- Sekiranya anda mempunyai Herpes. Ini kerana Herpes mudah merebak di dalam air. Ini untuk mengelakkan penyakit ini merebak kepada individu lain.
- Jika bayi dalam kandungan anda songsang. Jika anda masih ingin meneruskan dengan kaedah ini, anda perlu berbincang dengan doktor anda.
- Sekiranya anda didiagnosis dengan infeksi atau mengalami pendarahan yang terlalu banyak.
- Jika bayi dalam kandungan anda adalah kembar. Meskipun bersalin dalam air sudah terbukti berjaya, anda perlu berbincang dengan doktor anda jika anda masih mahu meneruskan kaedah ini.
- Jika bayi anda tidak cukup bulan, bersalin dalam air sangat tidak digalakkan.
- Jika terdapat mekonium yang serius. Mekonium ini adalah normal dan akan terapung di atas air. Mekonium kebiasaannya akan tertanggal daripada bayi dan kadangkala keluar daripada mulut dan hidungnya apabila berada di dalam air.
- Jika anda mengalami toksemia atau preeclampsia, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.
Adakah suhu air juga memainkan peranan yang penting?
Suhu air memainkan peranan yang sangat penting dalam proses melahirkan anak daalm air. Ini kerana jika air telalu panas, anda dan anak anda berisiko mengalami dehidrasi. Sebagai ibu hamil, anda perlu kekal terhidrasi dan memastikan suhu air berada pada tahap 37 darjah C. Untuk lebih meyakinkan ibu hamil yang ingin menggunakan teknik ini, pastikan kolam air yang anda bakal gunakan diperbuat khas dan telah disahkan oleh pakar perubatan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen