backup og meta

'Prevention is Power', Tingkatkan Kesedaran Rakyat Malaysia Untuk Lawan Diabetes!

'Prevention is Power', Tingkatkan Kesedaran Rakyat Malaysia Untuk Lawan Diabetes!

Kuala Lumpur, 11 November 2024 – Sunway Healthcare Group (SHG) memulakan kempen KNOW Diabetes dengan satu tinjauan di seluruh negara bulan lalu. Keputusan tinjauan menyaksikan Malaysia mencatatkan kadar kencing manis tinggi di rantau Pasifik Barat dan salah satu yang tertinggi di dunia.

Diadakan bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2024, tema yang dipilih ialah Prevention is Power, bertujuan untuk mendekati komuniti, meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia tentang impak penyakit ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Mengenal pasti faktor kencing manis tinggi serta cabaran amalan pemakanan sihat

Tinjauan SHG ke atas lebih daripada 1,000 individu mendapati bahawa walaupun 80% responden bimbang mengenai risiko menghidap diabetes.

Mereka juga menghadapi kebimbangan sosial, di mana mereka makan makanan yang berbeza daripada rakan sosial mereka.

Terdapat juga, faktor psikososial lain seperti kekurangan masa dan waktu kerja yang panjang, merupakan halangan utama untuk mengamalkan pemakanan sihat.

Contohnya, responden beranggapan bahawa makanan sihat adalah mahal dan sukar diakses, manakala 47% menganggap makanan sihat sebagai ‘makanan T20’ dan 59% berkata bahawa makanan sebegitu sukar ditemui di restoran dan kedai makan tempatan.

Dari kiri ke kanan, Dr. Tan Cia Vei (Pegawai Perubatan dan wakil, Diabetes Malaysia), Evelyn Ngui Ailing (Psikolog Klinikal, Sunway Medical Centre), Dr. Khoo Chow Huat (Pengarah Urusan, Operasi Hospital & Penjagaan Kesihatan, Sunway Healthcare Group), Celeste Lau (Pengurus Kanan, Perkhidmatan Dietetik & Pemakanan, Sunway Medical Centre), Dr. Teoh Wei Leng (Endokrinologi, Sunway Medical Centre), dan Sarah Chew (Penolong Pengarah, Jenama Kumpulan & Komunikasi, Sunway Healthcare Group), terlibat dalam sesi perkongsian kempen "Prevention is Power: Phsychosocial Factors in Diabetes".
Dari kiri ke kanan, Dr. Tan Cia Vei (Pegawai Perubatan dan wakil, Diabetes Malaysia), Evelyn Ngui Ailing (Psikolog Klinikal, Sunway Medical Centre), Dr. Khoo Chow Huat (Pengarah Urusan, Operasi Hospital & Penjagaan Kesihatan, Sunway Healthcare Group), Celeste Lau (Pengurus Kanan, Perkhidmatan Dietetik & Pemakanan, Sunway Medical Centre), Dr. Teoh Wei Leng (Endokrinologi, Sunway Medical Centre), dan Sarah Chew (Penolong Pengarah, Jenama Kumpulan & Komunikasi, Sunway Healthcare Group), terlibat dalam sesi perkongsian kempen “Prevention is Power: Phsychosocial Factors in Diabetes”.

Di samping itu, 52% berpendapat bahawa makanan yang dimasak di rumah adalah lebih sihat bagi mengatasi masalah kencing manis tinggi.

Tinjauan mendapati juga, faktor ekonomi dan tanggapan bahawa makanan sihat itu mahal disebut sebagai halangan terbesar oleh 54% responden dalam mengamalkan pemakanan sihat.

Seterusnya, diikuti oleh kekurangan masa yang dihadapi oleh 50% responden, yang disebabkan oleh keadaan peribadi dan komitmen kerja.

Kedua-dua faktor ini menjadi cabaran utama bagi mereka untuk menyediakan makanan yang sihat di rumah.

Prevention is Power” ini menjadikan rakyat Malaysia lebih berwaspada dengan diabetes

Presiden SHG, Dato’ Lau Beng Long, menyatakan bahawa kencing manis tinggi dan komplikasinya bukan sahaja memberi kesan kepada ribuan rakyat Malaysia malah memberikan beberapa impak seperti:

  • Merosakkan kesihatan
  • Menjejaskan kehidupan
  • Memberi beban besar kepada kesihatan awam dan pembangunan sosioekonomi

“Kami percaya bahawa maklumat dan pengetahuan adalah kunci untuk mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa penyakit ini. Oleh sebab itu,  kempen KNOW Diabetes dan mesej Prevention is Power bertujuan untuk mendidik orang ramai. Termasuklah salah satu faktor utama iaitu makanan yang kita makan dan bagaimana ia boleh meningkatkan atau mengurangkan risiko menghidap diabetes,” katanya.

Kami juga berharap data tinjauan kami dapat memberikan maklumat yang lebih baik untuk memandu usaha kami dalam membendung wabak ini.

SHG berhasrat untuk meneruskan komitmen kami dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia serta mematuhi tema Empowering Global Health 2024 yang diketengahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kami bertujuan untuk mencapai ini dengan memperkuat kedudukan kami sebagai sebuah kumpulan yang memberi sumbangan kepada masyarakat melalui fasilitasi kesihatan yang baik.

Di samping itu, meningkatkan kesedaran dan memberi penerangan kepada orang ramai tentang bahaya diabetes.

Kenali makanan yang perlu diamalkan dan dielakkan bagi penghidap diabetes.
Kenali makanan yang perlu diamalkan dan dielakkan bagi penghidap diabetes.

Anjuran SHG merangkumi aktiviti lapangan yang praktikal

Program holistik KNOW Diabetes merangkumi aktiviti di lapangan di semua hospital SHG, penglibatan media dan kandungan di media sosial.

Perkhidmatan kalkulator risiko di https://diabetes.sunwaymedical.com/ yang membolehkan individu mengetahui risiko mereka untuk menghidap diabetes jenis 2 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, SHG akan menganjurkan pertandingan di media sosial untuk menggalakkan rakyat Malaysia memasak hidangan sihat.

Antaranya makanan mesra bajet, serta berkongsi petua praktikal yang mempromosikan pemakanan sihat.

SHG turut menawarkan strategi tentang bagaimana pemakanan yang betul semasa kanak-kanak. Hal ini dapat membentuk hasil jangka panjang yang mengurangkan risiko kencing manis tinggi.

Kempen selama sebulan, dari 1 hingga 30 November 2024, sejajar dengan tema utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Tuntasnya, ia tidak hanya memberi tumpuan kepada kesihatan individu tetapi juga kepentingan masyarakat bekerja bersama untuk memerangi diabetes.

Dr. Khoo Chow Huat (Pengarah Urusan Hospital dan Operasi Sunway Healthcare Group), mengambil bahagian dalam aktiviti "String A Long" sebagai mempromosi gaya hidup sihat.
Dr. Khoo Chow Huat (Pengarah Urusan Hospital dan Operasi Sunway Healthcare Group), mengambil bahagian dalam aktiviti “String A Long” sebagai mempromosi gaya hidup sihat.
Kempen KNOW Diabetes diadakan pada masa yang tepat apabila statistik menunjukkan peningkatan membimbangkan penyakit ini dari tahun ke tahun.
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 Kementerian Kesihatan, 15.6% atau satu daripada enam orang dewasa menghidap diabetes.

Selain itu, sebanyak 84% golongan dewasa muda berumur 18 hingga 29 tahun tidak menyedari fakta ini.

Dijangka tujuh juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas akan menghidap diabetes. Malah, terdapat jangkaan bagi keadaan pradiabetes menjelang tahun depan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes Malaysia, https://diabetesmalaysia.org.my/, Diakses pada November 19, 2024.
  2. Diabetes, https://www.sunwaymedical.com/en/centres-of-excellence/diabetes-care-centre, Diakses pada November 19, 2024.
  3. Diabetes, https://www.cdc.gov/diabetes/about/index.html, Diakses pada November 19, 2024.
  4. Diabetes Symptoms and Causes, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/symptoms-causes/syc-20371444, Diakses pada November 19, 2024.
  5. Type 2 Diabetes, https://medlineplus.gov/diabetes.html, Diakses pada November 19, 2024.

Versi Terbaru

29/11/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bahaya Ke Jika Orang Tiada Diabetes Tercucuk Jarum Cek Kencing Manis?

Kes Diabetes Di Malaysia Dijangka Meningkat 7 Juta Menjelang 2025, Ini Nasihat Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan