backup og meta

Menangani Stigma & Menyokong Penderita Psoriasis, Ini Kata Pakar Dermatologi!

Menangani Stigma & Menyokong Penderita Psoriasis, Ini Kata Pakar Dermatologi!

Ramai menganggap penyakit kondisi sama seperti ekzema tetapi sebenarnya, penyakit ini lebih relevan jika dikaitkan dengan rheumatoid arthritis. Lebih mengejutkan, ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur termasuk bayi. Untuk anda yang ingin ketahui apa itu psoriasis dan cara merawat psoriasis dengan cepat, jom ikuti artikel ini sehingga tamat!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu psoriasis menurut pakar

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi tentang cara merawat psoriasis dengan cepat, adalah lebih baik untuk anda ketahui tentang apa itu psoriasis terlebih dahulu.

apa itu psoriasis
Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Sharifah Rosniza Syed Nong Chek.

Menurut Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Sharifah Rosniza Syed Nong Chek, psoriasis ialah keadaan kulit kronik yang disebabkan oleh tindak balas imun yang tidak normal.

Berdasarkan maklumat daripada Atlas Psoriasis Global, ia dihidapi oleh hampir dua hingga tiga peratus penduduk dunia dan lebih 60 juta orang di seluruh dunia.

Ia juga sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit, ia tidak hanya mencetuskan kebimbangan dari segi kosmetik, malah memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental penghidapnya.

Hal ini disebabkan oleh pelbagai komplikasi yang turut dialami termasuk artritis, hipertensi, diabetes mellitus, penyakit jantung dan kemurungan.

“Psoriasis bukan sekadar penyakit kulit. Ia adalah penyakit autoimun di mana sel-sel tertentu dalam sistem imun mencetuskan kulit untuk menghasilkan sel-sel baru pada kadar yang terlalu cepat,” jelas Dr Sharifah Rosniza.

“Biasanya, sel-sel kulit dijana semula setiap 30 hari, tetapi bagi psoriasis, kitaran ini boleh berlaku sepantas tiga hingga lima hari sehingga menyebabkan sel-sel kulit baru yang berlebihan membina plak tebal dan bersisik di atas tubuh pesakit”, tambahnya.

apa itu psoriasis
Perbezaan kelemumur dan psoriasis.

Mengenali gejala dan jenis psoriasis

Di Malaysia, jenis psoriasis yang paling lazim ialah psoriasis plak iaitu melibatkan lebih daripada 80 peratus kes.

“Secara umumnya, pesakit akan mengalami ruam merah yang kebiasaannya hadir dengan sisik tebal dan berwarna seakan-akan perak. Ruam ini biasanya terjadi pada kawasan seperti kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah belakang,” kata Dr Sharifah Rosniza.

Jenis lain termasuk:

  • Psoriasis guttate – sering berlaku selepas jangkitan tekak dan muncul sebagai lesi kecil yang seakan-akan titik
  • Psoriasis pustular – lepuh berisi nanah
  • Psoriasis inverse – terjadi pada lipatan kulit dan sering disalah anggap sebagai jangkitan kulat kerana lokasi dan rupanya

Adakah psoriasis berjangkit?

tanda psoriasis
Tanda psoriasis di kulit kepala.

Antara salah tanggapan yang paling kerap didengar mengenai apa itu psoriasis adalah ia boleh berjangkit.

Namun, tanggapan ini tidak benar sama sekali. Psoriasis tidak berjangkit, tetapi ia adalah penyakit autoimun.

Penyakit kulit seperti psoriasis sering dikaitkan dengan kurangnya penjagaan kebersihan sehingga menyebabkan pesakit mengalami diskriminasi dan pengasingan sosial.

Satu lagi tanggapan yang salah tentang apa itu psoriasis adalah ia juga boleh disembuhkan.

Walaupun tiada ubat psoriasis paling berkesan yang boleh menyembuhkan psoriasis, penyakit ini masih boleh diuruskan dengan berkesan.

Cara merawat psoriasis dengan cepat perlulah dilakukan untuk mengawal gejala dan menguruskan ruam yang timbul, sehingga kulit kembali kelihatan normal.

Cegah komplikasi dengan rawatan awal dan konsisten

Diagnosis awal dan rawatan yang konsisten adalah penting dalam menguruskan psoriasis dan mencegah komplikasinya.

Salah satu komplikasi yang membimbangkan ialah psoriatic arthritis (PsA), iaitu penyakit radang sendi yang menjejaskan sehingga 30 peratus pesakit psoriasis.

Jika tidak dirawat, artritis psoriatik boleh menyebabkan kerosakan sendi dan ketidakupayaan.

Tambahan pula, psoriasis juga dikaitkan dengan obesiti, dan boleh menyebabkan sindrom metabolik seperti hipertensi, diabetes mellitus dan kolesterol tinggi.

Jadi, bagaimana cara merawat psoriasis dengan cepat?

Untuk makluman anda, rawatan psoriasis adalah tidak sama kerana ia bergantung kepada tahap keparahan dan jenis psoriasis.

Rawatan topikal termasuk steroid, asid salisilik, analog vitamin D dan yang berasaskan tar biasanya merupakan antara cara merawat psoriasis dengan cepat.

Bagi kes yang lebih teruk, rawatan fototerapi, ubat oral, dan suntikan biologik juga merupakan rawatan yang boleh diberikan.

Rawatan baharu seperti suntikan biologik yang menyasarkan bahagian tertentu sistem imun telah menunjukkan hasil yang menjanjikan dalam menguruskan psoriasis dengan berkesan.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui apa itu psoriasis, gejala serta rawatan awal yang boleh dilakukan.
Psoriasis adalah penyakit yang dihidapi seumur hidup, tetapi dengan pengurusan yang betul, pesakit boleh menjalani kehidupan yang normal.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Psoriasis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/symptoms-causes/syc-20355840. Diakses November 7 2024.

Psoriasis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/6866-psoriasis. Diakses November 7 2024.

Psoriasis. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/psoriasis. Diakses November 7 2024.

Psoriasis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/psoriasis. Diakses November 7 2024.

How do dermatologists control psoriasis? https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis. Diakses November 7 2024.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

10 Cara Moden & Tradisional Hilangkan Gatal Kulit, Bantu Rawat Flare Up Ekzema!

Kulit Bertompok-Tompok Angkara Panau? Ini 7 Ubat Terbaik Untuk Rawat Masalah Panau Segera


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 08/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan