Petaling Jaya, 26 November, 2024 – Novartis Malaysia dan Beacon Hospital berganding bahu untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser prostat simptom sebagai langkah awal pengesanan berkaitan kanser ketiga paling lazim dalam kalangan lelaki di Malaysia.
Ia juga memberi tumpuan kepada perkongsian penemuan terkini dalam ujian diagnostik dan rawatan kanser prostat, termasuk saringan Antigen Membran Khusus Prostat (PSMA) dan Radioterapi Tubuh Stereotaktik (SBRT).
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Senario kanser ini di Malaysia, apakah strategi rawatan yang berkesan?
Hampir 70% kes didiagnosis pada peringkat lanjut dan inisiatif ini berperanan untuk mendidik orang ramai serta komuniti perubatan mengenai kepentingan saringan yang tepat dan kemajuan terkini dalam perubatan jitu.
PSMA (Antigen Membran Khusus Prostat) sebagai alat diagnostik pilihan untuk kanser prostat dengan menekankan ketepatannya, merangka strategi rawatan yang optimum yang berpotensi meningkatkan hasil rawatan.
Pengimejan PSMA memberi kelebihan untuk:
- Membolehkan pengesanan sel kanser pada peringkat awal secara tepat
- Memudahkan penyesuaian pelan rawatan bagi setiap pesakit
- Meningkatkan kebarangkalian kejayaan rawatan
- Berpotensi menentukan kelayakan bagi rawatan tertentu, seperti Terapi Radiogland
Pengimejan PSMA membantu pengesanan kanser prostat simptom dengan tepat
Dr. Lingeswaran Kasilingam, Pakar Perunding Perubatan Nuklear di Beacon Hospital, bercakap mengenai saringan PSMA yang berpotensi menyelamatkan nyawa,
“Saringan PSMA merupakan kemajuan transformatif dalam keupayaan kami untuk mengesan kanser prostat secara tepat,” katanya.
“Dengan menggunakan pengimejan yang canggih untuk mengenal pasti kanser pada peringkat awal, walaupun dalam tumor yang kecil dan sukar dikesan, saringan PSMA membolehkan kami bertindak lebih awal dan merancang pelan rawatan yang khusus bagi setiap pesakit dengan menilai kesesuaian untuk RLT,” jelas beliau lagi.
Teknologi ini memberi peluang kepada lelaki berisiko tinggi di Malaysia untuk intervensi awal, yang boleh meningkatkan hasil rawatan.”
Aplikasi ICanCare, inisiatif penting kemudahan akses kesihatan bagi pencegahan kanser prostat simptom
Novartis Malaysia juga komited untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong pesakit kanser melalui aplikasinya ICanCare.
Platform digital ini menyediakan peringatan temu janji dan ubat-ubatan, sumber pendidikan, dan khidmat sokongan psikososial.
Dengan memperluaskan akses kepada terapi yang inovatif dan sokongan, Novartis bertekad untuk menambah baik hasil rawatan dan kualiti hidup pesakit kanser prostat.
Khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau berdepan dengan masalah pengangkutan terhad, bagi memastikan golongan ini mendapat sokongan pada setiap peringkat perjalanan mereka.
Aplikasi ICanCare ini boleh dimuat turun dari Google Play Store atau melalui Apple App Store.
Konklusi
Dengan meningkatkan kesedaran dan memperluas akses kepada pilihan ujian diagnostik dan rawatan yang canggih, mereka berharap dapat mengurangkan jumlah diagnosis peringkat akhir selain menawarkan pesakit dan keluarga mereka laluan rawatan dengan harapan dan ketabahan.
[embed-health-tool-bmi]