Susu, Seni, Kini Losyen Pisang Pula?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sejak kebelakangan ini, populariti buah pisang telah melonjak di media sosial. Namun yang demikian, populariti buah ini bukannya disebabkan oleh penularan kaedah masakan pisang yang baru. Sebaliknya, ia disebabkan oleh seorang selebriti tempatan dan juga sebuah karya seni yang cukup mahal. Tidak cukup dengan itu, timbul pula losyen kulit yang berasaskan pisang, Jika anda telah muak dengan buah tersebut, jangan risau, artikel ini tidak akan membuatkan anda pishang.

Pisang dalam hidup kita

Buah pisang merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang cukup lazat dan mudah dimakan. Selain terkenal sebagai makanan yang memberikan tenaga segera, ia juga boleh dijadikan sebagai pelengkap yang sesuai kepada pelbagai jenis hidangan pencuci mulut. Daripada ais krim, kek, pengat, sehinggalah kuih-muih tempatan seperti cekodok, apam dan juga pisang goreng. Dalam dunia kulinari tempatan pula, buah ini juga boleh dimasak dengan pelbagai lauk yang lain. Antara masakan berasaskan pisang yang popular adalah gulai lemak pisang muda dengan ikan talang, serta pisang muda masak lemak cili padi.

Maklumat nutrisi

Buah ini (tidak termasuk kulitnya) terdiri daripada 75% air, 23% karbohidrat dan 1% protein. Hidangan bersaiz 100 gram mampu membekalkan 89 Kcal tenaga, vitamin B6 sebanyak 31% daripada jumlah yang disyorkan, 8.7 mg vitamin C dan 2.6 g serat pemakanan. Untuk kandungan mineral pula, zink merupakan mineral terendah yang terdapat dalam buah ini (0.15 mg) manakala mineral yang paling tinggi pula adalah potasium (358 mg).

Antara susu selebriti dan seni

Seperti yang disebut di bahagian pendahuluan, dua fenomena utama telah menyebabkan buah ini menjadi sangat popular di media sosial tempatan. 

Susu Nilofa

Insiden pertama adalah pelancaran produk susu pisang oleh seorang selebriti tempatan. Asalnya, susu berasaskan buah tropika ini merupakan satu eksport popular dari negara Korea. Kelazatan susu tersebut telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia dan beransur-ansur menjadi popular. Ini menyebabkan eksport susu tersebut meingkat dan semakin ramai konsumer mula jatuh hati. Melihat potensi pasaran lumayan ini, tidak hairanlah jika ada selebriti atau mana-mana usahawan yang mempunyai modal untuk mula menceburi sektor ini. 

Namun yang demikian, timbul pula kontroversi yang sedikit sebanyak telah menjejaskan populariti pelancaran susu tersebut. Berdasarkan iklan produk susu Nilofa, terdapat beberapa dakwaan kesihatan yang tidak masuk akal dan juga mengelirukan telah dibuat. Antara dakwaan yang dibuat termasuklah dapat mengurangkan obesiti, mengawal rembesan insulin dan juga membuang toksik dalam badan. Kesemua dakwaan yang memesongkan ini telah dikesan oleh beberapa pengguna media sosial yang cakna. Salah satu daripadanya adalah seorang doktor dan juga bekas pelajar cemerlang tanah air, Dr Amalina Che Bakri. Menyedari apa yang telah berlaku, kenyataan balas telah dibuat oleh pemilik produk tersebut. Menurut beliau, kesilapan tersebut berlaku akibat daripada ralat oleh pihak yang telah diupah untuk menghasilkan iklan susu itu. 

Seni pisang pada dinding

Jika insiden pertama masih membabitkan penggunaan buah tersebut untuk tujuan pemakanan, insiden kedua pula sedikit luar biasa. Ini kerana buah tersebut telah dijadikan sebuah karya seni bernilai hampir RM 500,000! Mungkin anda yang terfikir, dengan harga yang cukup mahal itu, tentu sekali ia merupakan  sebuah lukisan pisang yang cukup realistik atau lukisan minyak yang sangat cantik. Namun yang demikian, jangkaan anda meleset sama sekali kerana karya tersebut hanyalah sebuah pisang yang ditampal pada dinding menggunakan pelekat.

Seolah-olah harga dan juga karya tersebut belum cukup memeranjatkan, buah tersebut akhirnya dimakan oleh seorang artis persembahan! David Datuna telah mencabut pita pelekat pada buah tersebut dan memakannya. Datuna mempertahankan tindakannya itu dengan menegaskan bahawa ia merupakan satu persembahan yang tertajuk ‘The hungry artist’.

Losyen pisang untuk kulit?

Mengambil kesempatan atas populariti buah tersebut, sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan kecantikan telah mengeluarkan produk losyen susu yogurt badan berasaskan buah pisang. Malahan, promosi dan pengiklanan losyen tersebut juga persis karya seni yang tular sebelum ini (losyen tersebut dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat). Apa yang nyata, losyen tersebut tidak mempunyai tanda harga yang mencecah ratusan ribu ringgit. Sebaliknya, anda mampu memiliki losyen badan tersebut dengan harga RM18.90 sahaja.

Walaupun bunyinya agak pelik, terdapat beberapa manfaat kecantikan yang dapat diperolehi oleh losyen/buah ini. Kegunaan buah ini untuk kecantikan sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Ia telah dijadikan sebagai bahan untuk topeng kecantikan sejak sekian lama. Manfaat kecantikan yang dapat dinikmati datangnya daripada beberapa zat seperti vitamin C, vitamin B6 dan juga surih vitamin A. Antioksidan seperti vitamin A dan juga vitamin C yang terdapat dalam buah ini membantu untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Kandungan antioksidan tersebut juga dapat membantu melawan penuaan kulit. Di samping itu, zat-zat tersebut juga dapat mengurangkan titik atau kesan hiperpigmentasi pada kulit. Untuk mereka yang ingin mengecilkan parut jerawat dan juga titik hitam pada kulit mereka, semestinya losyen ini menjadi pilihan anda. Walaupun losyen secara asasnya memain peranan untuk melembapkan kulit bagi mengelakkan masalah kulit kering, unsur pisang mungkin dapat menguatkan lagi perlindungan ini. Manfaat ini dikatakan hasil daripada kandungan potasium dan juga vitamin B6 yang terdapat dalam buah tersebut. 

Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa penggunaan buah ini untuk tujuan kosmetik mungkin akan menyebabkan kesan sampingan. Mungkin ramai yang tidak tahu akan hakikat ini tetapi mereka yang alah kepada lateks turut berupaya untuk mengalami tindak balas yang sama terhadap pisang. Tindak balas alahan yang mungkin berlaku termasuklah:

Terdapat juga risiko untuk tindak balas alahan yang lebih teruk (anaphylaxis) yang memerlukan intervensi segera.

Tuntasnya, alam semula jadi kaya dengan pelbagai buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan untuk kita manfaatkan. Seperti kes buah pisang ini, manfaat khazanah alam tidak terhad kepada tujuan pemakanan sahaja. Manusia juga mampu menikmati manfaat dalam bentuk kecantikan dan juga keseronokan (dalam bentuk seni, jangan fikir bukan-bukan!)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Penyusuan susu ibu bertujuan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Namun, adakah terdapat kesan terhadap kulit ibu disebabkan oleh penyusuan bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

    Selamat ke guna milk booster untuk tambah susu badan? Jika anda nak tahu, ada 4 alternatif semula jadi untuk tingkatkan jumlah susu badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Katanya, Susu Ibu Penawar Semula Jadi COVID-19, Sampai Orang Dewasa Pun Minum: Sahih Ke?

    Ramai yang sudah order online susu ibu kerana mereka percaya bahawa ia boleh cegah dan rawat virus korona baharu (COVID-19). Fakta atau maklumat palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    COVID-19, Penyakit Berjangkit 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susu untuk gastrik

    Minum Susu Baik Untuk Legakan Masalah Gastrik, Betul @ Tidak? Ini Jawapannya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
    cerai susu

    Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
    pemakanan

    Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    kecergasan fizikal

    Ini Cara Atlet Jaga Prestasi, Kekalkan Kecergasan Fizikal, Awasi Pengambilan 13 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan