
November setiap tahun, Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia menyasarkan peningkatan kesedaran mengenai rintangan antibiotik (AMR) dan menggalakkan amalan terbaik dalam kalangan masyarakat awam, pekerja dalam bidang kesihatan dan pembuat dasar bagi menggelakkan berlakunya lebih banyak penularan rintangan antibiotik. Tahun ini Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia berlangsung dari 12 hingga 18 November 2018.
Sejak pertama kali ditemui, antibiotik telah menjadi satu pencapaian terbaik dalam perubatan moden. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan dan terlebih penggunaan untuk kesihatan manusia dan haiwan telah menggalakkan penularan rintangan antibiotik, di mana mikrob seperti bakteria sudah menjadi imun kepada ubat-ubatan yang digunakan untuk mengawalnya.
Rintangan anti-mikrob ini berlaku di seluruh dunia, menjejaskan keupayaan kita untuk merawat penyakit berjangkit, dan merencatkan kemajuan dalam kesihatan dan perubatan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi matlamat rancangan draf tindakan global antibiotik memastikan kesinambungan rawatan dan pencegahan penyakit berjangkit yang berjaya dengan ubat-ubatan berkesan dan selamat dapat dijamin kualitinya serta digunakan dengan cara yang bertanggungjawab. Selain itu, draf tindakan global tersebut juga ingin memastikan masyarakat dunia mendapat capaian mudah kepada antibiotik demi meningkatkan kesejahteraan global.
Bagi memastikan matlamat di atas dapat dicapai, pelan tindakan global telah menggariskan lima strategi utama:
- meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai rintangan anti-mikrob
- memperkukuhkan ilmu antibiotik menerusi pengawasan dan kajian
- mengurangkan insiden jangkitan
- mengoptimumkan penggunaan agen anti-mikrob
- membangunkan kes ekonomi untuk pelaburan mampan yang mengambil kira keperluan semua negara, dan meningkatkan pelaburan dalam ubat-ubatan baru, peralatan diagnostik, vaksin dan intervensi lain
Pembangunan rancangan ini berdasarkan saranan negara-negara dan pihak berkepentingan utama, melalui beberapa rundingan ‘multistakeholder’ di pelbagai forum serantau dan global.
Bagi merancakkan dan menggerakkan strategi di atas, pemegang taruh di peringkat tempatan adalah digalakkan mengadakan program pendidikan kepada masyarakat umum untuk memahami mengapa rintangan anti-mikrob terjadi dan bagaimana ia merupakan satu ancaman kepada kesihatan manusia di masa depan serta apakah langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah ini.
Selain itu, di peringkat kementerian dan pejabat kesihatan, perlunya mobilisasi makmal-makmal kesihatan dalam mencari bukti rintangan anti-mikrob di peringkat tempatan berkongsi data di peringkat global mengenai penularannya dan menerangkan mengenai risiko yang perlu diambil kira oleh masyarakat global.
Di peringkat sektor penjagaan kesihatan primari, hospital-hospital adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan jangkitan tidak menular di luar premis mereka dengan amalan terbaik dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi.
Manakala bagi kesedaran pesakit atau pengguna antibiotik, adalah dinasihatkan menggunakan ubat-ubatan membasmi mikrob dengan penuh efisien iaitu mengawal selia pengambilan; memastikan ubat-ubatan diberi kepada pesakit yang memerlukannya sahaja dan secara amnya mengendalikan preskripsi dengan penuh cermat.
Di peringkat pembuat dasar dan kerajaan, masyarakat umum perlu mendesak kerajaan, agensi berkaitan dan sektor swasta untuk melabur dalam peralatan kesihatan terbaru, kepakaran dan teknologi yang diperlukan untuk perkembangan sektor kesihatan yang lebih mampan dan bijak agar rawatan serta penyembuhan terjamin demi generasi di masa depan.
Secara ringkasnya, menerusi Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia 2018 dapat disimpulkan menerusi mesej padu berikut:
Fikir Semula. Dapatkan Nasihat.
Think twice. Seek Advice.
Penyalahgunaan Antibiotik meletakkan kita semua kepada Risiko.
Misuse of Antibiotics puts us all at Risk.
~Pengarang, Hello Doktor.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.