
Buat pertama kalinya, pembentangan Bajet 2019 oleh kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang tadi.
Bajet 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.
Berikut adalah ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2019 terhadap sektor kesihatan yang diumumkan beliau untuk Bajet 2019:
- Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.
- Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
- Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.
- Kerajaan bercadang untuk mengecualikan duti setem ke atas semua Produk Perlindungan Tenang untuk dua tahun bermula 1 Januari 2019.
- Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.
- Memperkenal Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang. Peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan.
- Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
- Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dalam kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
- Memperluas program usahasama awam-swasta di mana Kerajaan menyediakan kemudahan infrastrukur kesihatan. Contoh kerjasama ini termasuk Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang.
- Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.
- Air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi 5 gram per 100 mililiter.
- Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.