Kesihatan Awam: 5 Sorotan Isu Menarik Sepanjang 2018

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bercakap mengenai kesihatan awam, masyarakat tempatan mungkin berfikir mereka terselamat daripada penyakit atau virus tertentu kerana tanggapan mengenai kesihatan global melibatkan perjalanan ke luar negara.

Namun, hakikatnya, terdapat beberapa penyakit tertentu seperti AIDS tidak terbatas dengan rentasan sempadan geografi, politik atau budaya. Dan, secara amnya, kesihatan global memberi keutamaan untuk meningkatkan kesihatan dan mencapai ekuiti dalam kesihatan semua orang di seluruh dunia.

Jadi, Hello Doktor menyimpulkan 5 sorotan utama mengenai kesihatan awam pada peringkat global dan tempatan sepanjang liputan tahun 2018.

Peringkat Global

  • Dianggarkan lebih 1 bilion manusia mengalami gangguan mental, perkembangan neuro atau ketagihan di seluruh dunia.

Laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan hampir 800,000 individu kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun di seluruh dunia, bersamaan satu nyawa bagi setiap 40 saat dan kadar bunuh diri global adalah 11 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan adalah punca kematian kedua tertinggi bagi mereka berusia antara 15 hingga 29 tahun. Lebih menakutkan ialah anggaran bahawa bagi setiap seorang individu yang mati akibat bunuh diri, terdapat 20 orang lagi yang telah cuba untuk membunuh diri.

[BACA: Maklumat Mengenai Kesihatan Mental di Peringkat Global]

  • Proses vaksinasi sehingga mencapai matlamatnya dalam membantu masyarakat berdepan dengan situasi yang mencabar.

Buktinya, satu daripada 5 kanak-kanak di dunia masih tidak dilindungi vaksin yang paling asas dan hampir 20 juta daripada mereka berisiko dijangkiti penyakit yang boleh dicegah hanya kerana mereka tidak mendapatkan vaksin yang mencukupi. Kesannya, sekitar 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun, sejak berdekad lamanya, vaksin telah berjasa dalam mencegah banyak penyakit termasuk beguk, demam campak, difteria, tibi, dan rubella yang dahulunya sangat kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.

[BACA: Lebih Separuh Daripada Vaksin Seluruh Dunia Dibazirkan Oleh Sebab Ini]

[BACA: 1 Dari 10 Bayi Seluruh Dunia Tidak Menerima Sebarang Vaksin Pada Tahun 2016]

  • Penyakit tidak berjangkit bukan sahaja masalah utama kesihatan, malah satu ancaman kepada pembangunan.

Pada tahun 2016, penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan diabetes menyumbang kepada kematian 12.5 juta pesakit berusia 30-70 tahun di seluruh dunia.

Dan, sekurang-kurangnya 70 peratus kematian akibat kanser berlaku dalam kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan berpendapatan rendah (LMICs). 90 peratus negara LMICs tidak mempunyai capaian kepada radioterapi, rawatan tipikal untuk kanser. Dan, hanya 5 peratus sumber dunia untuk pencegahan dan kawalan kanser digunakan ke atas negara-negara LMICs.

Laporan oleh WHO menemui bahawa negara paling miskin di dunia boleh menjana USD 350 bilion menjelang tahun 2030 dengan meningkatkan pelaburan dalam pencegahan dan rawatan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung yang hanya memerlukan biaya tambahan sebanyak USD 1.27 setahun bagi setiap individu. Langkah tersebut mampu menyelamatkan lebih 8 juta nyawa dalam tempoh yang sama.

[BACA: Kongres Kanser Dunia 2018: Fakta menarik mengenai NCDs dan Kanser]

[BACA: Melabur Dalam Pengawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Menjana Ekonomi dan Kesihatan]

Peringkat Tempatan

  • Tahniah! Malaysia berjaya hapuskan penularan HIV ibu kepada anak

Satu kejayaan terbesar dalam sektor kesihatan negara apabila WHO mengumumkan Malaysia sebagai negara pertama di rantau Pasifik Barat yang berjaya menghapuskan penularan HIV ibu-ke-anak.

Lebih membanggakan, Malaysia merupakan antara negara awal yang melakukan pencegahan penularan HIV dan sifilis dari ibu-ke-anak semasa kehamilan dan perkhidmatan kesihatan kanak-kanak.

Sehubungan pengiktirafan itu, Malaysia menerima pensijilan validasi eliminasi jangkitan HIV dan sifilis dari ibu-ke-anak (elimination of mother-to-child transmission of HIV and syphilis – eMTCT).

[BACA: Bendung HIV dalam Kalangan Kanak-kanak: Malaysia Berjaya Hapus Penularan HIV Ibu-ke-Anak]

  • Larangan merokok di tempat awam satu tamparan hebat buat golongan perokok

Jika sebelum ini, perokok bebas melakukan tabiat kurang senang itu di restoran dan premis makanan yang tiada papan tanda larangan merokok tanpa menghiraukan kewujudan dan keselesaan masyarakat di sekelilingnya, namun ternyata kenyataan mengenai larangan merokok di semua restoran dan premis makanan meresahkan mereka.

Larangan merokok di semua restoran dan premis makanan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 juga mungkin menjadi satu pembelaan bagi golong perokok pasif atau sesiapa sahaja yang kurang menyenangkan dengan aktiviti itu.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, perokok yang mahu merokok di tempat awam seperti restoran dan kedai makan dibenarkan berbuat demikian, namun hanya pada jarak 3 meter atau 10 kaki dari premis terbabit.

[BACA: Penguatkuasaan Larangan Merokok, Kemenangan Bagi Perokok Pasif]

Jadi, bagaimana pula dengan tahun hadapan? Adakah perkembangan kesihatan awam semakin meningkat dan mudah diterima oleh setiap segenap masyarakat? Malaysia pula, adakah ia akan seiring dengan perkembangan Malaysia Baharu?

Kesihatan awam boleh mempengaruhi setiap orang di seluruh dunia sama ada ke arah menjejaskan kesihatan atau meningkatkan kesejahteraan masyaraka dan generasi akan datang. Pendedahan dan peningkatan dalam kesihatan awam mempu meningkatkat jangka hayat seseorang, mengurangkan kematian bayi dan kanak-kanak, dan pembasmian atau pengurangan pelbagai penyakit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Masalah obesiti akan semakin teruk jika individu tersebut tidak mengetahui cara mengatasi obesiti. Apakah cara menangani obesiti mengikut peringkat umur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Obesiti 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Terdapat pelbagai jenis penyebab kanser mata yang boleh menjadi punca penyakit barah yang didiagnosis. Dari sudut statistik, kanser mata...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Anda kerap diserang masalah pedih ulu hati? Mungkin makanan yang anda ambil setiap hari merupakan penyebab sakit ulu hati yang anda alami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pedih Ulu Hati 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Ramai yang sangka bahawa telinga tersumbat mesti akan disebabkan oleh tahi telinga yang mengeras sahaja. Tidak, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu subur wanita sebelum atau selepas haid

    Bagi Pasangan Yang Sedang Merancang, ‘Timing’ Penting Tau! Ini Cara Kesan Waktu Subur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    punca sakit dada

    Walau Tiada Payudara, Lelaki Boleh Alami 5 Masalah Payudara Ini Sehingga Sebabkan Sakit Dada

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kerosakan gigi

    Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    waktu tidur bayi

    Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan