
Tabiat pemakanan global dan kaitannya dengan kanser merupakan antara intipati yang dibincangkan pada Kongres Kanser Dunia 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pagi tadi.
Membawakan topik bertajuk “Memahami dinamik dan tabiat pemakanan global sebagai langkah untuk mencegah dan mengawal kanser”, sesi ceramah ini diketuai oleh tiga panel, masing-masing membentangkan kajian yang telah mereka jalankan berkaitan pemakanan dan kanser.
Tiga panel yang hadir ialah Saintis Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sabina Rinaldi, Profesor dari Fakulti Perubatan Morocco, Profesor Karima El Rhazi dan Profesor dalam bidang Pemakanan dan Penyakit di Universiti Wageningen, Profesor Ellen Kampman. Sesi ceramah ini dianjurkan oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser dari Perancis.
Antara kajian yang dibentangkan adalah tentang faktor risiko kanser payudara dalam kalangan wanita pramenopaus di negara Latin Amerika, faktor risiko pemakanan untuk kanser kolorektal di Morocco dan kajian Pemprofilan Nutrien dan Risiko Kanser oleh Siasatan Prespektif Eropah pada Kanser dan Pemakanan (Epic).
Kongres Kanser Dunia 2018 anjuran Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) dan dihoskan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) berlangsung selama empat hari bermula 1-4 Oktober 2018, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.