Cebisan FameLab 2018: Apa itu Biomarker?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pemahaman terhadap maklumat dan kajian sains kadangkala sukar diterjemahkan kepada bahasa mudah yang difahami masyarakat. Disebabkan itu, seni komunikasi sains merupakan antara cabaran yang perlu dikuasai saintis dalam menyampaikan maklumat.

FameLab International Champion, sebuah pertandingan komunikasi sains bertempat di UK memberi pengiktirafan kepada saintis yang berbakat menyampaikan ilmu sains dalam bahasa yang mudah. Tahun ini menyaksikan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah dinamakan sebagai “World’s Best Science Communicator”.

Pensyarah Sekolah Sains Biologikal, Universiti Sains Malaysia (USM) ini merupakan rakyat Malaysia kedua memenangi gelaran tersebut, selepas Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2016.

Dalam pembentangannya selama 3 minit tersebut, Dr Siti Khayriyyah menerangkan tentang penggunaan biomarker yang terdiri daripada kombinasi antibodi dan antigen untuk mengesan jangkitan TB. Menurut beliau, kajian lanjut tentang biomarker yang tepat untuk mendiagnosis TB masih diperlukan. Ini disebabkan keterbatasan kaedah sedia ada menyebabkan sesetengah pesakit dengan jangkitan TB tidak dapat dikesan.

Apa itu Biomarker

Biomarker atau biological marker secara umumnya merujuk kepada petunjuk biologi yang diperoleh daripada unsur biologi tubuh yang dapat digunakan untuk mengenalpasti keadaan kesihatan dan boleh diukur dengan tepat. Suhu badan manusia contohnya, merupakan biomarker yang boleh menunjukkan keadaan demam.

Sementara itu dalam bidang biomedikal sains, biomarker kebiasanya merujuk kepada ukuran makmal yang dapat membantu mengenalpasti keadaan tertentu.

Penggunaan Biomarker

Biomarker boleh digunakan untuk mengukur keadaan normal, berpenyakit mahupun kesan kepada ubat. Oleh itu, biomarker membolehkan pencarian jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan seperti:

“Apakah saya akan sakit?”
“Apakah buah pinggang saya elok saja? Bagaimana dengan hati saya?”
“Apakah saudara atau anak-anak saya juga akan menderita penyakit ini?”
“Akankah ubat baru ini berkesan pada tubuh saya?”
“Apakah saya akan sembuh?”

Antara contoh kegunaan biomarker yang membolehkan persoalan ini dijawab termasuklah:

Mengenal pasti risiko penyakit

Ujian saringan terhadap kanser boleh dilakukan dengan mengenalpasti kewujudan atau tahap biomarker tertentu. Contohnya, peningkatan alfa fetoprotein boleh meramalkan risiko pesakit mempunyai kanser hepatoselular (hati). Sumber genetik juga boleh memainkan peranan sepertimana aktres popular Hollywood, Angelina Jolie melakukan pembedahan membuang payudara dan ovari kerana biomarker genetik BRCA1 yang menunjukkan risiko menghidap kanser tersebut.

Diagnosis penyakit

Sepertimana penyakit TB menggunakan biomarker untuk diagnosis, terdapat penyakit lain yang turut menggunakan biomarker sebagai salah satu kriteria diagnosis seperti penyakit reumatoid artritis, lupus (SLE), dan demam reumatik.

Membantu perkembangan ubat

Ujian-ujian darah seperti ujian fungsi hati dan buah pinggang adalah antara ujian mengenal pasti biomarker dalam perkembangan ubat. Memandangkan ubat yang anda ambil biasanya akan diproses di dalam hati atau buah pinggang, ukuran biomarker seperti ini dapat membantu menentukan tahap keselamatan sesuatu ubat.

Rawatan penyakit

Penggunaan biomarker dapat membantu menentukan rawatan yang lebih khusus kepada pesakit. Contohnya dalam pesakit kanser paru-paru, biomarker membantu terapi bersasar dengan cara menyesuaikan ubat dengan keadaan mutasi sel kanser. Ujian biomarker yang positif menunjukkan mutasi  tertentu sel kanser yang kemudiannya dapat dipadankan dengan ubat yang lebih berkesan. Teknik terapi bersasar ini telah terbukti memberikan keputusan yang lebih baik berbanding kemoterapi konvensional.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

    Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Pernah dengar penyakit selulitis pada bahagian payudara? Umumnya, keadaan tersebut terjadi berpunca daripada jangkitan bakteria.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Kulit, Masalah Kulit Lain 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan