Ambil Tahu Simpanan Ovari Bantu Wanita Rancang Kehamilan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Lazimnya, masalah kesuburan wanita boleh diketahui apabila mereka yang sudah berkahwin masih belum boleh untuk mendapatkan anak, setelah mencuba pada sesuatu tempoh tertentu.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa wanita yang masih belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi hendak merancang keluarga juga boleh mengetahui tahap kesuburan mereka. Salah satu caranya adalah dengan mengetahui simpanan ovari atau ovarian reserve seseorang wanita.

Simpanan ovari merupakan petunjuk yang tepat bagi menjelaskan potensi kesuburan seseorang wanita berdasarkan bilangan telur yang ada di dalam ovarinya.

Setiap wanita dilahirkan dengan kira-kira dua juta telur sepanjang hayat di dalam ovari. Semakin meningkat umur wanita, bermakna kesuburannya akan turut merosot disebabkan bilangan dan kualiti telur dalam ovari semakin berkurang. Jadi, kebarangkalian untuk seseorang wanita itu hamil juga akan berkurang.

Dengan mengetahui simpanan ovari akan dapat membantu seseorang wanita itu untuk merancang menjadi ibu bertahun-tahun lebih awal, walaupun ketika itu dia masih belum bersedia untuk bergelar ibu.

Presiden Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Dr. Eeson Sinthamoney berkata, wanita yang mahu mendapatkan anak perlu merancang masa depan mereka mulai sekarang dan memahami badan mereka dengan lebih baik.

Menurutnya, kini terdapat pelbagai pilihan untuk membantu mereka merancang mendapatkan anak pada usia lebih lewat, seperti ujian AMH dan pembekuan telur.

“10 peratus daripada wanita pada usia awal 30-an mempunyai tahap kesuburan yang lebih rendah. Walaupun kadar penyusutan ini berbeza antara individu, namun banyak kajian mendapati bahawa pada peringkat usia 30-an, simpanan ovari wanita mula merosot.

“Jadi, bagi wanita yang ingin tahu tahap kesuburan mereka bolehlah menjalani ujian Hormon Anti-Müllerian (AMH). Ujian ini akan memberikan mereka petunjuk tentang baki tahun-tahun subur mereka, dan memberikan doktor gambaran mengenai masa yang paling sesuai bagi mereka untuk mendapatkan anak, sama ada sekarang atau masa depan,” katanya semasa majlis mengenai kesedaran tentang kesuburan wanita yang berlangsung di Bangsar, baru-baru ini.

Lakukan ujian AMH bila-bila masa

Ujian AMH ialah sejenis ujian darah ringkas yang menunjukkan tahap kesuburan wanita. Paras darah AMH digunakan sebagai penanda simpanan ovari wanita (baki bekalan telur yang ada untuk persenyawaan). Ini merupakan faktor pertimbangan penting bagi wanita yang sedang merancang untuk hamil atau mengalami masalah kemandulan.

“Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk bergelar ibu pada masa depan, dan ujian AMH anda menunjukkan bahawa kiraan telur anda pada julat yang rendah, anda boleh mempertimbangkan untuk membekukan telur anda supaya masih mempunyai pilihan untuk mempersenyawakannya kemudian,” ujarnya.

Malah, menurut Dr. Eeson lagi, sebelum ujian AMH diperkenalkan, ujian kesuburan konvensional untuk para wanita adalah melibatkan prosedur ultrabunyi trans-vaginal yang bersifat invasif.

Jadi, secara perbandingan, ujian AMH jauh lebih mudah serta mengurangkan ketidakselesaan, masa menunggu dan kekeliruan, kerana wanita boleh meminta doktor mereka melakukan ujian pada bila-bila masa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Masalah obesiti akan semakin teruk jika individu tersebut tidak mengetahui cara mengatasi obesiti. Apakah cara menangani obesiti mengikut peringkat umur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Obesiti 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Terdapat pelbagai jenis penyebab kanser mata yang boleh menjadi punca penyakit barah yang didiagnosis. Dari sudut statistik, kanser mata...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Anda kerap diserang masalah pedih ulu hati? Mungkin makanan yang anda ambil setiap hari merupakan penyebab sakit ulu hati yang anda alami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pedih Ulu Hati 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Ramai yang sangka bahawa telinga tersumbat mesti akan disebabkan oleh tahi telinga yang mengeras sahaja. Tidak, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu subur wanita sebelum atau selepas haid

    Bagi Pasangan Yang Sedang Merancang, ‘Timing’ Penting Tau! Ini Cara Kesan Waktu Subur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    punca sakit dada

    Walau Tiada Payudara, Lelaki Boleh Alami 5 Masalah Payudara Ini Sehingga Sebabkan Sakit Dada

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kerosakan gigi

    Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    waktu tidur bayi

    Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan