Bagaimana Teknologi Mentransformasi Sektor Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam era globalisasi dan pembangunan teknologi yang pesat ini, satu per satu dimensi dan aspek kehidupan kita telah berintegrasi dengan teknologi. Integrasi ini memacu kemajuan dalam pelbagai bidang dan sektor serta meningkatkan lagi kelancaran urusan harian kita. Salah satu daripada sektor yang kian berintegrasi dengan teknologi penguggat ini adalah sektor kesihatan. Dalam masa yang akan datang, dijangkakan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan dapat membantu untuk membuat diagnosis dengan lebih tepat khususnya untuk penyakit seperti strok, penyakit mata, penyakit jantung dan juga kanser kulit. Berikut adalah cara – cara bagaimana pengunaan teknologi mentransformasi sektor kesihatan.

Kecerdasan Buatan 

Kecerdasan buatan adalah teknologi yang memacu kebanyakan sektor industri hari ini, dengan menggunakan set algoritma yang telah dimuatnaik untuk melakukan sesuatu tugas dengan lebih pantas. Ianya juga dapat melakukan proses ramalan dengan ketepatan yang cukup tinggi, dan ini boleh digunakan dalam bidang kesihatan awam khususnya dalam hal epidemik penyakit. Kini, kecerdasan buatan telah mendapat tempat dalam sektor kesihatan dalam aspek-aspek seperti:

  • Bantuan keputusan klinikal
  • Kesihatan awam
  • Pengurusan penyakit
  • Penilaian keselamatan dan kualiti pesakit
  • Pengurusan rantaian bekalan

Kesihatan Alam Maya

Contoh kedua bagaimana teknologi mentransformasi sektor kesihatan adalah melalui kesihatan alam maya. Turut dikenali sebagai ‘teleperubatan’ atau ‘telekesihatan’, kesihatan alam maya membolehkan pesakit dan doktor untuk berinteraksi dan berdiskusi menggunakan konferens video dan juga aplikasi telefon pintar, meletakkan kesihatan di hujung jari. Kebanyakan pesakit kini lebih mesra dengan teknologi boleh dipakai seperti jam penjejak kesihatan, untuk mengawasi status kesihatan – dan data ini boleh dikongsikan dengan pakar kesihatan mereka untuk dianalisa.

Selain mudah untuk digunakan, ianya juga membantu mengatasi masalah masa perjalanan untuk berjumpa dengan doktor sekali gus menyebabkan teknologi seperti ini mesra pengguna/pesakit. Dari sudut ekonomi, sekiranya semua pesakit memilih pendekatan kesihatan alam maya berbanding berjumpa dengan doktor secara berdepan, ianya dianggarkan dapat menjimatkan sistem kesihatan Amerika Syarikat sebanyak USD 7 bilion setiap tahun dan menyediakan masa terluang kepada sekitar 37 000 doktor. Namun yang demikian, terdapat juga beberapa pihak, baik doktor mahupun pesakit, yang tidak berminat dengan perubahan yang tidak lagi mempunyai sentuhan manusia ini.

Nanoperubatan

Seterusnya, nanoperubatan kini adalah satu bidang yang semakin membangun dan semakin bervolusi dalam mengawal atom dan molekul pada skala yang kecil (skala nano). Untuk memberi sedikit perspektif, sehelai kertas surat khabar adalah setebal 100 000 nanometer manakala keupayaan nanoperubatan adalah dalam julat 1 hingga 100 nanometer.

Penggunaan utama nanoperubatan adalah untuk mendiagnosis dengan tepat, merawat serta mencegah penyakit. Berbanding perubatan konvensional, ianya jauh lebih tepat dalam penyasaran dan penghantaran ubat dan bahan kimia ke dalam badan, membuka ruang untuk rawatan yang lebih selamat untuk penyakit yang kompleks kanser. Dianggarkan pada tahun 2025, pasaran nanoperubatan global akan berada pada nilai 350 bilion.

Realiti Maya

Contoh seterusnya dalam senarai bagaimana teknologi mentransformasi sektor kesihatan adalah melalui aplikasi realiti maya. Walaupun ianya lebih banyak digunakan dalam industri permainan video dan hiburan, teknologi realiti maya turut melebarkan sayapnya ke bidang perubatan dan kesihatan. Pengalaman multi-deria dan realistik yang dihasilkan oleh teknologi maya berupaya untuk memberikan manfaat kepada doktor dan juga pesakit dalam hal seperti:

  • Melatih tenaga kerja perubatan/profesional perubatan seperti melatih pakar bedah dalam simulasi yang realistik dan berisiko rendah
  • Untuk rawatan dan rehabilitasi penyakit fizikal dan mental seperti kesakitan akut dan juga gangguan keresahan.

Kesannya, realiti maya ini dianggap sebagai pendekatan yang kos efektif dan efisien bukan saja dalam melatih dan merawat, pasaran servis kesihatan realiti maya ini dijangka akan menjangkau nilai USD 285 juta pada tahun 2022.

Pencetakan 3D

Pencetakan 3D telah berkembang dengan jauhnya sejak ia mula dihasilkan, khususnya dalam industri kesihatan. Teknologi ini membolehkan penghasilan prototaip yang lebih cepat, menghasilkan hampir semua benda seperti alatan prostetik mengikut kesesuaian individu hinggalah alatan sokongan rehabilitasi yang lain, pada kos yang jauh lebih rendah.

Aspek boleh ubahsuai dalam pencetakan 3D ini merevolusikan transplantasi organ dan pemulihan tisu badan, dan ianya juga mampu mencetak kulit manusia yang realistik bagi mangsa kebakaran.

Pembedahan dengan Bantuan Robot

Akhir sekali, contoh terakhir bagaimana teknologi mentransformasi sektor kesihatan adalah melalui penggunaan robotik. Pembedahan robotik adalah contoh popular integrasi teknologi dalam bidang kesihatan yang kian menceburi hospital-hospital dan klinik serata dunia. Ianya membolehkan doktor untuk membuat prosedur yang halus dan kompleks yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi.

Selalunya, pakar bedah akan mengawal alatan pembedahan (seperti dalam pembedahan laparaskopik) dengan kamera dan juga tangan robotik, memberikan mereka gambaran berdefinisi tinggi terhadap kawasan pembedahan. Keupayaan ini meningkatkan kejituan, keanjalan dan kawalan dalam proses pembedahan sekali gus meningkatkan keberkesanan pembedahan tersebut dan mengurangkan risiko kemalangan dalam suatu pembedahan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 4 minit bacaan

    Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

    Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Petua Seks 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Awas, Nyawa Boleh Melayang Jika Lambat Rawat Apendiks, Ini Tanda & Prosedur Rawatannya!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    media sosial di malaysia

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan