Ronaldinho Tinggal RM27 Dalam Poket, Ini 6 Tip Elak Stres Akibat Masalah Kewangan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ya, memang benar duit bukan segalanya tapi semuanya memerlukan duit dalam kehidupan kita. Tanpanya, sudah pasti kita akan berasa stres kerana tidak mampu berbelanja untuk memenuhi segala keperluan dan kemahuan kita. Jadi, apakah yang kita boleh lakukan untuk elak stres akibat masalah kewangan?

Relaks, Hello Doktor akan membantu anda. Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Pemain bola sepak tersohor yang dulu kaya kini muflis

ronaldinho

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu berita di mana seorang bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho telah didapati bersalah menggunakan pasport palsu dan dijatuhi hukuman penjara 6 bulan.

Musibah terbaharu ini menambah lagi derita beliau yang pernah berada di kemuncak dunia satu ketika dahulu.

Namun beliau kini telah dibebani dengan masalah kewangan yang sangat teruk sehingga jatuh muflis.

Menurut sumber, hidup Ronaldinho mula berubah selepas menamatkan khidmat di Eropah pada tahun 2011.

Beliau kemudiannya telah kembali ke Brazil untuk meneruskan karier bola sepaknya.

Semasa di Eropah, pendapatan beliau dianggarkan mampu mencecah ratusan juta dalam masa setahun.

Namun, beliau boleh dikatakan kurang bernasib baik selepas berhijrah kembali ke negara kelahirannya itu.

Ketika pendapatan beliau terus merosot dari tahun ke tahun, Ronaldinho difahamkan masih lagi mengamalkan gaya hidup mewah sekali gus mengakibatkan jejaka ini berdepan masalah kewangan yang serius.

Selepas menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang yang terkumpul, baki yang tinggal di dalam poket beliau hanya 27 ringgit sahaja.

Sudah tentulah perkara ini akan menyebabkan beliau menjadi stres akibat tekanan hidup yang dihadapi.

Apa perlu buat untuk elak stres akibat masalah kewangan?

stres

Hakikatnya, bukan Ronaldinho sahaja yang mempunyai masalah kewangan di dunia ini.

Kita yang rakyat marhaen ini juga sudah tentu lebih berisiko untuk mengalaminya lantas menyebabkan stres.

Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi dunia dan negara yang sangat tidak stabil kini, masalah kewangan individu mungkin boleh jadi lebih teruk lagi.

Namun, kita tidak boleh berputus asa dan menyerah kalah dengan mudah.

Sekiranya anda juga berdepan masalah yang sama, cuba untuk bertenang dan lakukan tip-tip berikut:

#1. Belajar untuk terima kenyataan

Di saat anda sedang mengalami stres akibat masalah kewangan, cuba untuk belajar terima kenyataan.

Selain itu, jangan terlalu cepat terpengaruh dengan perkara yang boleh menyebabkan keadaan jadi lebih teruk.

Hindari juga untuk menzahirkan reaksi yang berlebihan seperti mengeluh atau menangis kepada orang lain.

Tiada gunanya kerana ia mungkin tidak akan membuahkan apa-apa hasil yang positif.

Hakikatnya, tiada siapa yang mampu membantu anda terutamanya dari aspek kewangan melainkan diri anda sendiri.

Jadi, sila lakukan tip yang seterusnya ini pula.

#2. Cari punca dan jalan keluar

Jangan terus mengalah, mengeluh dan menangis. Sebaiknya, cuba cari punca masalah kewangan yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum mula menggelabah!

Adakah perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda? Atau anda sudah tidak mampu memenuhi segala pertambahan komitmen dari semasa ke semasa?

Segalanya perlu dirungkaikan terlebih dahulu untuk merencanakan langkah seterusnya.

Oleh itu, sila tanya pada diri sendiri dan muhasabah untuk mencari penyelesaiannya.

#3. Tegah diri dari melampiaskan stres ke perkara yang buruk

Kebiasaannya, stres akan membuat kita berfikir secara tidak waras lalu menyebabkan kita melakukan perbuatan yang tidak sihat.

Sebagai contoh, ada kemungkinan untuk kita beralih ke aktiviti seperti mengambil minuman keras, merokok, mencuri atau berjudi untuk menghilangkan stres.

Perbuatan sebegini sebenarnya akan menerukkan lagi keadaan. Jadi, jangan sesekali melakukannya okay!

#4. Minta bantuan golongan profesional

Kenapa anda perlu memeningkan kepala memikirkan penyelesaian masalah kewangan sedangkan anda boleh rujuk kepada golongan profesional?

Oleh itu, dapatkanlah pendapat pakar kaunseling atau konsultan kewangan yang sudah pasti lebih berpengalaman untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi!

Namun, seperti mana yang kita tahu kesemua ini juga memerlukan kos.

Memandangkan anda juga sedang dalam dilema, cuba dapatkan bantuan dari ahli keluarga atau sahabat yang terdekat terlebih dahulu.

#5. Dekatkan diri dengan kerohanian

Dalam setiap agama sekalipun, semua perkara pasti akan berbalik kepada aspek kerohanian jiwa kita juga bukan? Oleh itu, cuba untuk lebih dekatkan diri anda dengan Tuhan.

Dalam agama Islam, kita sangat disarankan untuk bertawakal selepas berikhtiar. Jadi, mungkin masalah yang anda hadapi ketika itu bukan satu kegagalan sebaliknya satu dugaan yang diturunkan oleh Tuhan.

Jangan pendam masalah kewangan yang dihadapi

Tidak dinafikan, memang ramai dari kalangan kita yang menghadapi masalah kewangan namun hanya mendiamkannya kerana malu atau tidak mahu menyusahkan.

Seperti yang berlaku kepada Ronaldinho, kita juga sudah tentu tidak sangka bahawa pemain berstatus bintang ini juga mempunyai masalah ekonomi bukan?

Konklusinya, ia adalah masalah yang biasa dihadapi di era ekonomi tidak menentu ini. Jadi, jangan pendam seorang diri sahaja jika anda melaluinya. Dapatkan bantuan segera!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

    Kita semua tahu akan manfaat berenang, ia adalah senaman sihat yang menguatkan otot seluruh badan. Namun, apakah kesan berenang di waktu malam pada tubuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Senaman Kardio & Ketahanan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Kehamilan, Tips Hamil 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rasa gelisah

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
    makanan penghilang stres

    Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahap stres

    Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan