Kesihatan Dan Teknologi Perubatan: Harapan 2019

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/09/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Tinggal beberapa hari lagi, 2019 akan menggantikan 2018. Seperti selalu, kita pasti akan mengharapkan kedatangan tahun baru akan membawa pengharapan baru dalam kehidupan kita.  Dalam kesibukan kita mengejar 2018 yang masih berbaki ini, apa kata kita tinjau kembali pencapaian para penyelidik serta pengkaji dalam dunia kesihatan dan teknologi perubatan. Dan mungkin sedikit sebanyak kita boleh meletakkan pengharapan untuk 2019, bahawa akan ada kemajuan yang memberangsangkan untuk aspek kesihatan dan teknologi perubatan di Malaysia nanti.

1. Saintis cipta jarum mikro biodegrasi lawan penyakit mata

Penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyan (NTU), Singapura berjaya meneroka kaedah baru untuk merawat penyakit mata seperti glaukoma (glaucoma) dan retinopati diabetes (diabetic retinopathy) dengan membangunkan pelekat seperti kanta sentuh, yang terdiri daripada 9 jarum mikro yang boleh diisi ubat-ubatan.

Dikatakan saiz jarum mikro biodegrasi (biodegrable microneedles) adalah lebih nipis berbanding sehelai rambut akan terputus dengan sendiri dan kekal di kornea untuk melepaskan ubat yang akan terlarut sendiri.

Mungkin ada yang bertanya apa itu glaukoma, retino diabetes? Dan pentingkah pencapaian dan penemuan ini, khususnya buat Malaysia?

Untuk makluman anda, mengikut statistik yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), glaukoma merupakan penyebab kebutaan kedua tertinggi. Dianggarkan terdapat 4.5 juta pesakit menjadi buta disebabkan glaukoma dan jumlah ini akan meningkat kepada 11.2 juta pada tahun 2020.

Malah, memetik laporan Berita Harian, keluaran 7 Julai 2018, bertajuk “Cegah Buta Pada Pesakit Diabetes”, melaporkan tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati 15,000 hingga 39,000 individu kehilangan penglihatan disebabkan penyakit diabetes.

Masalah penglihatan disebabkan retinopati diabetes ini dijangkat meningkat dengan pertambahan individu warga emas menjelang 2030 dengan jumlah mencecah 4.9 juta. Dan pastinya Malaysia, antara salah sebuah negara yang turut berdepan 2 masalah kesihatan ini.

Kejayaan ini mungkin dapat memberikan pengharapan baru buat individu yang mempunyai penyakit diabetes dan glaukoma yang boleh dianggap sebagai antara penyakit kronik utama dihidapi oleh rakyat Malaysia.

(BACA: 5 Penyakit Kronik Utama Di Malaysia)

(BACA: Glaukoma)

(BACA: WEF: Jarum Mikro Biodegradasi Dicipta Untuk Melawan Penyakit Mata 

2. Nanomedicine kaedah baru merawat tibi

Nanomedicine, dipercayai penyelidik daripada Kumpulan Penyelidik Nanoteknologi Tuberkulosis, Universiti Western Cape, dapat membantu pesakit Tuberkulosis, untuk mengambil ubat dalam tempoh yang lebih pendek dengan kesan sampingan yang lebih sedikit (turut diharapkan harganya juga mampu milik).

Turut dikenali sebagai tibi, rawatan penyakit ini pada masa kini memerlukan tempoh masa 6 bulan dengan gabungan 4 ubat antimikrobial dalam kuantiti dos yang besar, setiap hari. Ini kerana ubat-ubatan ini kurang diserap, dan hanya sebahagian ubat sahaja yang akan memasuki tisu dan melawan bakteria walaupun diletakkan pada kawasan yang dijangkiti. Ubatan ini juga akan disingkirkan oleh fungsi metabolik tubuh.

Tuberkulosis merupakan satu penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Setiap tahun penyakit ini mencatatkan 1.7 juta kematian dengan masih terdapat hampir 10.4 juta kes tibi lain.

Memetik laporan yang dikeluarkan dari Berita Harian bertarikh 6 Mac 2018, bertajuk “Kes tibi dan kusta meningkat: Dr Subramaniam”, menyatakan sebanyak 26,168 kes baharu penyakit tibi dilaporkan pada tahun 2017, dengan peningkatan sebanyak 8%, berbanding 24,220 pada tahun 2016.

Jadi mungkin kita boleh berharap penyelidikan ini mencapai kejayaan yang sepatutnya dan boleh diguna pakai untuk pesakit di Malaysia, sekali gus membantu mengurangkan peratusan peningkatan kes saban tahun.

(BACA: Fakta Mengenai Tuberkulosis )

(BACA: Tuberkulosis: Siapa Yang Berisiko? )

3. Mengawal ubat melalui telefon

Satu penyelidikan yang dijalankan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) oleh Draper, dan Bringham and Women’s Hospital telah mencipta sebuah pil kapsul yang mengandungi ubat dan boleh ditelan serta dikawal menggunakan teknologi tanpa wayar, Bluetooth.

Pil ini boleh mengesan pasti keadaan sekitar dan boleh berada di dalam perut selama sekurang-kurangnya sebulan. Dengan penggunaan telefon pintar, pil tersebut dapat berfungsi untuk memberikan maklumat dan bertindak balas mengikut kawalan yang diberikan.

Pil yang menggunakan teknologi percetakan 3-D, boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, terutamanya untuk keadaan kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Memang benar penyelidikan ini masih dalam peringkat kajian. Namun, kita boleh lihat kebaikan penyelidikan ini buat dunia perubatan secara amnya sekiranya kajian ini berjaya dilaksanakan adalah ia lebih dapat memfokuskan kepada keperluan sewajarnya bagi seorang individu pesakit.

(BACA: Kini Terdapat Pil Mengandungi Ubat yang Boleh Dikawal Melalui Telefon )

4. Kawalan kelahiran untuk lelaki

Penyelidik dari University of Washington, Seattle, Washington telah menemukan kejayaan dalam percubaan untuk menghasilkan dimethandrolone undecanoate (DMAU), pil kawalan kelahiran lelaki.

Mempunyai fungsi sama dengan kawalan kelahiran wanita, ia mengabungkan hormon lelaki seperti testosteron, dan progestin. Dikatakan selamat untuk digunakan kecuali penggunanya akan mengalami peningkatan berat badan dan penurunan kolesterol HDL – menghentikan pengeluaran sperma, dan mengurangkan pengeluaran testosteron.

Dalam satu kajian lain yang dibiayai oleh National Institute of Child Health and Human Development (NICHD), telah menghasilkan gel kontraseptif lelaki yang mengabungkan progestin dan testosteron.

Gel  ini disapu pada bahagian belakang serta bahu, dan diserap melalui kulit. Berfungsi sama seperti pil kawalan kelahiran, progestin akan menghalang pengeluaran testosteron semula jadi dalam testis, sekali gus mengurangkan pengeluaran sperma ke tahap rendah atau tidak ada langsung.

Kita sering mendengar tentang kaedah kontraseptif yang perlu diambil oleh individu wanita untuk mencegah kehamilan dari berlaku. Antara kaedah yang diguna pakai di Malaysia adalah seperti implan, suntikan, pil, gelang faraj ataupun kaedah pemandulan.

Jadi dengan terciptanya kaedah ini, pencegahan kehamilan menjadi tanggungjawab bersama setiap pasangan yang berkahwin.

Dari aspek sosial sendiri, penemuan ini pastinya dapat membantu mengurangkan masalah kelahiran bayi tidak sah taraf yang merupakan antara masalah sosial yang sukar dibendung di Malaysia.

Memetik laporan dari MStar, bertarikh 23 Julai 2018, bertajuk “5,000 bayi lahir dari remaja bawah 18 tahun”, sejumlah 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan individu remaja perempuan bawah usia 18 tahun pada tahun 2017. Malah, sehingga Jun tahun ini sahaja, seramai 1,664 kanak-kanak tidak sah dilahirkan oleh ibu bawah umur.

Kami di Hello Doktor bukan mahu menggalakkan perlakuan seks bebas bawah umur kerana ia adalah satu isu kesedaran sivik dan moral bagi setiap individu untuk memikirkan akibat serta kesan bagi setiap perbuatan, tetapi dengan penemuan ini, ia sekurang-kurangnya mampu mencegah masalah kelahiran bayi tidak sah serta masalah pembuangan bayi yang tidak berdosa.

(BACA: Apa yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kontraseptif )

5. Kanta sentuh pantau tahap glukosa

Seperti dinyatakan di atas tadi, diabetes merupakan antara penyakit yang bukan sahaja kronik di Malaysia, malah ia juga menjadi penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan individu dewasa lebih berusia di seluruh dunia.

Lebih menyukarkan keadaan apabila proses untuk mengesan dan membaca tahap gula dalam darah adalah satu proses yang agak menyakitkan kerana jari perlu dicucuk untuk mendapatkan sampel darah.

Disebabkan itu, satu pasukan penyelidik dari Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Ulsan di Korea Selatan mencipta kanta sentuh yang mempu mengesan tahap glukosa pada pesakit diabetes.

Diperbuat daripada nanomaterial telus (transparent nanomaterials), kanta ini tidak akan menghalang penglihatan pemakainya. Ia juga menggunakan antena tanpa wayar untuk membaca maklumat sensor, maka kanta sentuh ini tidak memerlukan sumber kuasa berasingan seperti bateri. Setakat ini, kanta sentuh hanya diuji pada arnab hidup, bukan manusia.

(BACA: Tabiat Buruk Punca Diabetes )

6. Preskripsi Vascepa, kurangkan risiko penyakit jantung

Menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit berkaitan kardiovaskular atau jantung merangkumi 35% punca kematian rakyat Malaysia pada tahun 2016.

Manakala hampir 610,000 individu mati akibat penyakit jantung di Amerika Syarikat setiap tahun. Ini menunjukkan bahaya penyakit jantung adalah salah satu penyakit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia.

Oleh kerana ini, sebuah syarikat biofarmaseutikal, Biotech Amarin, mengumumkan bahawa ubat Vascepa, yang mengandungi satu bahan aktif, icosapent ethyl, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kepada pesakit sebanyak 25%.

(BACA: Fakta Mengenai Penyakit Jantung

Ini antara pencapaian dan kejayaan yang amat memberangsangkan dalam dunia kesihatan dan teknologi perubatan bagi tahun 2018. Bagaimana pula tahun 2019? Adakah teknologi perubatan dan kesihatan akan berkembang pesat dengan pencapaian luar biasa? Adakah Malaysia mampu mencipta kejutan dalam dunia perubatan dan kesihatan?

Kemajuan dalam bidang kesihatan dan teknologi perubatan, sama ada dibangunkan di Malaysia mahupun negara luar, ia sebenarnya mendatangkan impak positif dan memberi manfaat buat seluruh masyarakat dunia.

Kita berkongsi kejayaan, kita berkongsi ilmu, kita berkongsi teknologi, demi kesejahteraan bersama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Awas, Nyawa Boleh Melayang Jika Lambat Rawat Apendiks, Ini Tanda & Prosedur Rawatannya!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Sekiranya anda sudah berada dalam lingkungan lewat 20-an, ini masanya anda pertimbangkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan demi kesejahteraan hidup.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan, Ujian Kesihatan 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Selain aspek kewangan dan kediaman, kesihatan tubuh badan juga akan terjejas akibat bencana alam! Jom klik untuk baca dengan lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan