Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2018 iktiraf sumbangan kajian kanser kepada masyarakat global

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2018 diberikan kepada James P. Allison dan Tasuku Honjo bagi penemuan mereka mengenai kajian immunoterapi dalam rawatan kanser. Namun apakah maknanya sumbangan mereka ini kepada masyarakat global?

Hadiah Nobel yang diberikan saban tahun sering hadir bersama alasan dan kriteria mengapa sesuatu hadiah diberikan kepada penerimanya. Namun begitu, tidak semua hadiah yang diberikan memberi seribu makna kepada masyarakat terutamanya khalayak umum yang bukan dari latar belakang kajian saintifik. Ditambah pula, seakan tiada hala tuju yang jelas bagaimana penemuan oleh penerima hadiah Nobel boleh digunapakai dalam kehidupan seharian mahupun relevan kepada kebanyakan masyarakat.

Tahun ini, jawatankuasa pemilihan sebulat suara memberi hadiah Nobel Perubatan kepada James P. Allison, seorang profesor di University of Texas di Amerika Syarikat dan Tasuku Honjo, profesor di Kyoto University, Jepun bagi ‘penemuan dalam terapi kanser dengan perencatan imun negatif.’

Jawatankuasa memberi komen mengenai pemilihan mereka sebagai ‘merangsang keupayaan sistem kekebalan tubuh kita untuk menyerang sel-sel tumor merupakan pencapaian Nobel tahun ini yang telah membentuk prinsip baru untuk terapi kanser.’

Namun begitu, apakah maknanya? Sekiranya wujud kekebalan imun, mengapa kita perlu merangsangnya? Apa itu “peraturan imun,” dan bagaimanakah kita menggunakannya dalam perubatan? Kami cuba untuk memberikan sudut pandang yang mudah untuk anda fahami.

Memahami sistem imun

Sistem imun atau kekebalan badan menyerang sebarang bendasing atau perkara-perkara tidak baik dalam badan seperti bakteria, virus hingga sel-sel tumor. Namun begitu, tubuh badan kita selalu menghalang sistem imun untuk menjalankan fungsinya. Ia ‘merencat’ sistem imun.

Sebelum penemuan Allison dan Honjo pada tahun 1990-an, penyelidikan asas telah menunjukkan kehadiran protein dalam tubuh badan sama ada ia membantu mengaktifkan tindak balas imun atau memperlahankan aktivitinya. Ini dikenali sebagai ‘peraturan imun’.

Protein ini dapat menjana satu proses di mana ‘Sel-T’ – sel darah putih yang memberi petanda amaran kepada kesihatan kita – mengikat dirinya bersama penyerang patogen. Protein atau ‘Pemecut Sel-T’ mencetuskan tindak balas imun sepenuhnya.

Allison dan Honjo ingin melihat bagaimana protein menjalankan ‘fungsi brek’ yang boleh dikawal untuk menggalakkan sistem imun untuk melawan kanser.

Allison memerhati dan mempelajari mengenai protein yang dipanggil CTLA-4, manakala Honjo menemui protein yang dipanggil PD-1.

Fungsi brek merupakan sebuah mekanisma keperluan dan sangat kompleks. Kita perlu menggunakan fungsi brek sekali-sekala. Sebagai contoh, apabila sesuatu ancaman telah dineutralisasikan, atau berada di bawah kawalan – sistem imun badan perlu meningkatkan tindak balasnya untuk mengelakkan kerosakan di bahagian lain.

Sistem imun yang terlalu aktif – yang tidak meningkat kembali – akan menyebabkan kerosakan autoimun. Ketika ini, sistem imun akan menyerang sel-sel dan tisu badan yang sihat. Keadaan autoimun boleh berlaku dalam kalangan pesakit yang menderita penyakit berjangkit dan kanser serta penyakit lain seperti sklerosis berganda, penyakit Chrohn, penyakit seliak dan diabetes jenis-1.

Terapi tanda pemeriksaan imun

Penyelidikan Honjo dan Allison telah membawa kepada satu bentuk rawatan kanser baru yang dikenali sebagai ‘Terapi Tanda Pemeriksaan Imun’. Seperti terapi lain; pembedahan dan radiasi, terapi tanda pemeriksaan imun  juga mempunyai risiko tersendiri. Terdapat kesan sampingan yang mungkin mengancam nyawa, termasuk tindak balas imun yang terlalu aktif sememangnya membawa kepada reaksi autoimun.

Buat ketika ini, menurut jawatankuasa Nobel, terapi tanda pemeriksaan melibatkan PD-1 telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Ia telah menunjukkan ‘keputusan positif’ dalam rawatan ke atas kanser paru-paru, kanser buah pinggang, limfoma dan melanoma – sejenis kanser kulit.

Kajian terbaru mencadangkan kombinasi PD-1 dan CTLA-4 mungkin dapat meningkatkan lagi perkembangan rawatan kanser, termasuk keadaan pesakit yang semakin beransur pulih.

Jadi, sekurang-kurangnya terdapat tiga perkara yang boleh dimanfaatkan menerusi Hadiah Nobel Perubatan 2018 iaitu:

  1. Doktor dapat menggunakan terapi tanda pemeriksaan imun untuk merawat dan menguruskan kanser.
  2. Sainitis boleh melakukan intervensi dengan mengawal sistem imun.
  3. Dengan pemahaman mengenai tindak balas imun yang terlalu aktif, saintis mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merawat keadaan autoimun yang masih lagi sukar difahami seperti penyakit Crohn.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita.Walau bagaimanapun...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Mungkin ramai yang masih belum cakna mengenai penyebab kanser kolon yang sebenar bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Kolorektal 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan