Bercakap Tentang Hak Asasi Manusia? Kesihatan Adalah Paling Asas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mengapa kesihatan merupakan hak asasi manusia paling utama? Tanpa kesihatan, seseorang individu tidak mampu hidup secara aktif dan produktif.

Masyarakat dunia hari ini telah mendapat akses yang jauh lebih baik kepada khidmat kesihatan berbanding generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya separuh dari populasi dunia masih gagal menerima keperluan asas ini.

Golongan yang paling banyak terjejas ialah mereka yang tinggal di negara paling miskin dan disisihkan dari masyarakat. Dalam masa yang sama, negara tersebut terpaksa menghadapi beban pesakit yang banyak sehingga menyebabkan tahap kesihatan masyarakat sangat rendah.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) iaitu pada 10 Disember lalu, juga bagi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang diasaskan pada 7 April tahun yang sama.

Selari dengan perjuangan dan prinsip yang dibawa oleh WHO dan UDHR, mari lihat bagaimana kesihatan yang menjadi hak asasi manusia utama dapat dipulangkan kepada masyarakat semudah ABCDE.

A ialah access atau akses

Perkara pertama ialah memberi akses khidmat kesihatan kepada semua individu. Tanpa akses yang baik, khidmat tersebut tidak akan sampai kepada masyarakat.

Inilah prinsip yang dibawa oleh idea liputan kesihatan sejagat (universal health coverage). Tiada seorang individu pun patut dibiarkan sakit atau dinafikan rawatan hanya kerana beliau miskin, atau dilahirkan dalam keluarga tertentu di tempat tertentu.

B ialah breaking down barriers atau memecahkan tembok

Liputan kesihatan sejagat memerlukan usaha yang mampan dan efektif serta berfokus untuk mencapai golongan yang paling berisiko disisihkan.

Sama ada berkait dengan sosial, budaya, atau kewangan, pendekatan berasaskan kepada hak asasi bermaksud mengenal pasti halangan yang ada dan memecahkan tembok tersebut bagi memastikan masyarakat mampu dari semua aspek termasuk kewangan dan akses fizikal untuk mendapatkan khidmat kesihatan.

C ialah civil society atau masyarakat madani

Memastikan keterlibatan masyarakat dalam polisi dan program kesihatan ialah prinsip utama dalam hak asasi manusia. Malah, ia juga memberikan hasil yang lebih baik.

Ia bermaksud melibatkan dan memberi kuasa kepada masyarakat dalam membuat keputusan yang akan memberi kesan terhadap kesihatan mereka dan merangka sistem kesihatan mengikut keperluan masyarakat berbanding berdasarkan penyakit dan institusi kesihatan agar setiap individu mendapat khidmat selayaknya pada waktu dan tempat yang sepatutnya.

D ialah determinants of health atau faktor penentu kesihatan

Bukan sekadar khidmat kesihatan, ia memerlukan lebih dari sekadar itu untuk melahirkan masyarakat yang sihat. Faktor-faktor yang menjejaskan kesihatan seperti pemakanan, kebersihan, tempat tinggal, dan pendidikan juga perlu diambil kira.

Semua faktor ini dipengaruhi oleh sistem dan polisi undang-undang dan ekonomi, agenda pembangunan, norma sosial, sistem dan polisi politik, serta koordinasi dan gerak balas. Jika semua ini diselia dengan baik, standard kesihatan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Oleh sebab itu, usaha meningkatkan sistem kesihatan semata-mata tidak mencukupi tetapi memerlukan masyarakat dan suasana serta alam sekitar yang melindungi kesihatan semua individu.

E ialah equality and non-discrimination atau kesamarataan tanpa diskriminasi

Ketidaksamarataan memberikan impak terhadap kesihatan masyarakat. Hanya kerana warna kulit, fahaman politik, dan gaya hidup tertentu, seseorang tidak harus dinafikan hak untuk mendapat khidmat kesihatan.

Kita tidak membicarakan hak lain yang mungkin mempunyai ruang perbahasan tersendiri tetapi kesihatan tidak harus didiskriminasikan. Meminggirkan golongan tertentu akhirnya hanya akan menjejaskan pembangunan sebuah negara dan menambahkan lagi beban penyakit dalam masyarakat tersebut.

Tanpa meletakkan kesihatan sebagai agenda utama, kita tidak akan mencapai matlamat kesihatan sebagai hak asasi manusia. Setiap individu boleh dan perlu memainkan peranan bagi memastikan tujuan ini terlaksana.

Mesej dari Ketua Pengarah WHO

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 10 Amalan Perlu Buat Ketika Menginjak Usia Emas

    Ada beberapa amalan gaya hidup sihat untuk warga emas yang boleh diikuti. Berikut adalah tabiat hidup sihat yang dicadangkan untuk dilakukan. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Aktif Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 08/01/2021 . 4 minit bacaan

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Apa itu penyakit strok? Bagaimana ia berlaku? Apakah penyebab dan faktor risikonya? Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Sistem Saraf & Otak, Strok & Aneurisme 07/01/2021 . 5 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jam tidur

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    kolesterol lemak

    Apa Itu Kolesterol? Ini Maklumat Mengenainya Yang Wajib Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan