Masalah Keputihan Mampu Diatasi Dengan Perubahan Gaya Hidup, Benar Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/12/2022

    Masalah Keputihan Mampu Diatasi Dengan Perubahan Gaya Hidup, Benar Ke?

    Cari cara hilangkan keputihan? Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang berlaku kepada wanita di mana keluarnya lendiran berwarna putih daripada lubang faraj.

    Walaupun keputihan kadangkala mengganggu atau menjengkelkan, ia adalah cukup normal untuk terjadi.

    Pun begitu, para wanita harus memberikan perhatian yang lebih sekiranya berlaku sebarang keabnormalan seperti faraj terasa gatal, pengeluaran lendir berlebihan atau berbau.

    Hal ini menandakan jenis keputihan yang kalian alami mungkin tidak normal, yang memerlukan rawatan lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Cara hilangkan keputihan: Masalah keputihan pada wanita

    Untuk pengetahuan pembaca sekalian, bagi punca keputihan yang normal, ia berlaku secara semula jadi ekoran aktiviti seksual bersama pasangan atau sebagai petanda biasa ketika kitaran haid berlaku.

    Manakala, punca keputihan yang kronik pula, ia berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan, seperti:

    cara hilangkan keputihan

    • Jangkitan bakteria seperti bakteria vaginosis (BV)
    • Penyakit kelamin seperti klamidia atau gonorrhea
    • Sistem imun tubuh badan yang lemah
    • Gangguan hormon
    • Pengambilan pil perancang keluarga
    • Pengambilan antibiotik atau steroid
    • Diabetes
    • Radang pelvis
    • Kanser serviks atau pangkal rahim
    • Jangkitan parasit seperti trikomoniasis, yang biasa berlaku ekoran seks tanpa perlindungan
    • Atrofi faraj, yang berlaku akibat penipisan dan pengeringan dinding faraj ketika menopaus

    Selain daripada kondisi kesihatan yang disenaraikan di atas, punca keputihan yang lain adalah disebabkan oleh gaya hidup anda sendiri yang tidak sihat seperti:

    • Diet yang tidak seimbang
    • Tidur yang tidak cukup
    • Kurang berehat
    • Kurang bersenam
    • Merokok
    • Mengabaikan kebersihan faraj
    • Memakai sabun, losen atau produk penjagaan faraj yang tidak sesuai

    Ini cara-cara hilangkan keputihan!

    Kadangkala, walaupun anda berhati-hati, jangkitan faraj masih boleh berlaku.

    Justeru, penulis menyediakan beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

    Berikut adalah cara-cara hilangkan keputihan:

    #1 Kebersihan diri

    • Mandi serta cuci faraj menggunakan sabun biasa, atau hanya air. Jangan gunakan mandian berbuih pada bahagian intim
    • Elak menggunakan semburan faraj dan sebarang produk yang mengandungi pewangi
    • Lap faraj dan kawasan sekitarnya dengan kain atau tisu bersih
    • Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kawasan faraj
    • Selepas persetubuhan, amalkan untuk membuang air kecil bagi bantu mencegah jangkitan saluran kencing

    #2 Tampon, tuala wanita dan panty liner

    #3 Meruang/douching

    Meruang bukanlah cara menghilangkan keputihan yang berkesan. Kaedah ini tidak berupaya mencegah mahupun merawat masalah jangkitan.

    Malah, meruang berisiko membunuh bakteria baik, mengubah keseimbangan organisma di dalam faraj anda, merengsakan kulit atau menyebabkan jangkitan.

    #4 Pakaian

    • Pilih seluar dalam daripada material kapas kerana kapas berkesan dalam menyerap kelembapan. Ia menjadikan kulit sekitar faraj lebih sejuk dan kekal kering
    • Elakkan material sintetik, ia berisiko memerangkap kelembapan dan menyebabkan kerengsaan
    • Elak daripada memakai legging, dan seluar yang ketat. Pakaian-pakaian ini menyekat elemen pengudaraan lantas berisiko memicu jangkitan
    • Elakkan duduk dengan pakaian yang lembap atau berpeluh

    #5 Gaya hidup

    Gaya hidup sihat membantu anda melawan jangkitan dan ia juga antara cara hilangkan keputihan yang bagus!

    #6 Sekiranya anda mengalami jangkitan faraj…

    • Ambil semua ubatan seperti yang ditetapkan. Jika anda berhenti mengambil ubat sebelum jangkitan sembuh sepenuhnya, jangkitan mungkin akan kembali
    • Sekiranya doktor memberikan krim faraj, elak gunakan tampon kerana ia berupaya menyerap krim tersebut
    • Elak lakukan hubungan seks sehingga rawatan selesai dan anda tidak lagi mempunyai tanda-tanda jangkitan

    Cara menghilangkan keputihan: Apa yang dapat disimpulkan?

    cara hilangkan keputihan

    Ingin penulis tekankan sekali lagi, keputihan yang keluar daripada faraj wanita adalah normal dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang rawatan.

    Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawat bukan? Jadi, tidak ada salahnya untuk anda mencuba tip-tip cara hilangkan keputihan yang telah penulis kongsikan demi kesihatan faraj yang baik.

    Namun, sekiranya anda alami masalah keputihan yang kronik seperti di atas, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan lanjut daripada doktor okey!

    Semoga bermanfaat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/12/2022

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan