backup og meta

Ada Masalah 'Faraj Terkunci'? Ini 4 Rawatan Khas Untuk Wanita Vaginismus

Ada Masalah 'Faraj Terkunci'? Ini 4 Rawatan Khas Untuk Wanita Vaginismus

Pernahkah anda rasa seperti ‘terkena dinding’ ketika cuba memasukkan sesuatu ke dalam vagina? Penyakit faraj terkunci atau vaginismus merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan kesakitan saat melakukan hubungan kelamin. Tetapi, apa itu vaginismus? Bagi wanita yang mengalami kondisi ini, seks boleh menjadi sangat sukar jika rawatan vaginismus tidak dititikberatkan.

Sehingga hari ini, pakar tidak pasti berapa ramaikah penghidap vaginismus di dunia. Kebanyakan wanita yang menghidap penyakit ini rasa malu untuk bercakap mengenai masalah yang dialami.

Manakan tidak, kondisi ini boleh menyebabkan wanita mengalami tekanan perasaan. Mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan seks dengan normal, malah kesakitan yang dialami juga membuatkan wanita enggan bersenggama dengan suami.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, 3 daripada 4 wanita akan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai penyakit faraj terkunci serta rawatan vaginismus? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu vaginismus?

rawatan vaginismus

Pasti ramai wanita yang tertanya-tanya, apa itu vaginismus? Vaginismus atau faraj terkunci merupakan satu kondisi yang menyebabkan otot pada kawasan vagina mengetat jika ada sesuatu masuk ke dalamnya.

Malah, kekejangan otot ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita. Bukan itu sahaja, tekanan perasaan yang dialami boleh bertukar menjadi kegelisahan (anxiety) atau depresi jika tidak ditangani awal.

Disebabkan vaginismus boleh menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan seks, ia adalah sejenis dispareunia – satu kondisi yang menandakan kesakitan serius sebelum, semasa atau selepas seks.

Penyakit ini bukan sahaja akan menyebabkan ‘faraj terkunci’ ketika melakukan seks, ia juga akan membuatkan sebarang pemeriksaan kesihatan menjadi sukar. Mereka juga tidak boleh memakai tampon semasa haid.

Walau bagaimanapun, wanita masih boleh mendapat orgasme melalui cara lain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, jangan malu untuk berjumpa doktor.

Ada banyak rawatan vaginismus yang tersedia. Oleh sebab itu, anda tidak perlu terus menderita disebabkan kondisi ini.

Mengapa ia berlaku dan apakah simptomnya?

rawatan vaginismus

Faraj terkunci didapati lazim berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu sendiri. Malah, wanita yang mempunyai pengalaman pahit atau trauma tertentu juga boleh mengalami vaginismus.

Sebelum melakukan rawatan vaginismus, wanita perlulah ketepikan sebarang stigma mengenai masalah disfungsi seksual.

Wanita yang mempunyai masalah faraj terkunci perlu dirawat dari segi mental dan fizikal sebelum mereka benar-benar bersedia untuk melakukan hubungan seks.

Sukar untuk menentukan punca utama masalah faraj terkunci. Namun, antara faktor yang boleh menjadi penyumbang ialah:

  1. Trauma ketika melahirkan anak.
  2. Penyakit seperti UTI yang berulang kali, jangkitan yis (thrush), endometriosis dan sindrom kesakitan kronik.
  3. Pernah mengalami episod pahit di masa lalu seperti menjadi mangsa gangguan seksual.
  4. Pernah melalui pemeriksaan kesihatan yang menyakitkan.
  5. Takut untuk hamil.
  6. Takut untuk melakukan hubungan seks.
  7. Pernah mengalami masalah dalam perhubungan.

Jika anda rasa tidak selesa untuk berjumpa doktor, bawa suami atau kawan sebagai peneman. Ada banyak rawatan vaginismus yang ada di hospital. Malah, ia merupakan satu kondisi yang boleh diatasi.

Antara simptom wanita yang mempunyai masalah vaginismus ialah:

  1. Sukar untuk melakukan penetrasi vagina, sama ada melalui seks, ataupun penggunaan tampon.
  2. Rasa ketat pada kawasan Miss V.
  3. Bukaan vagina rasa pedih dan sakit.

Apakah rawatan vaginismus?

Ada banyak rawatan untuk vaginismus. Antaranya:

  1. Terapi topikal. Doktor mungkin akan memberikan krim topikal untuk mengurangkan kesakitan yang berlaku disebabkan vaginismus.
  2. Terapi lantai pelvis. Ahli terapi fizikal akan mengajar pesakit cara untuk memastikan lantai pelvis sentiasa relaks supaya penetrasi boleh berlaku tanpa kesakitan.
  3. Terapi tingkah laku kognitif. Melalui terapi ini, anda dapat memahami bagaimana pemikiran anda mempengaruhi emosi dan tingkah laku. Terapi ini juga efektif untuk mereka yang menghidap masalah kegelisahan, depresi dan gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).
  4. Terapi seksual. Ahli terapi yang telah dilatih akan mengajar anda cara untuk pasangan mengatasi masalah seksual yang mereka hadapi.

Baca juga:

Dapatkan rawatan vaginismus untuk elak masalah kesihatan lain

rawatan vaginismus

Tidak dinafikan, vaginismus mungkin datang daripada masalah anxiety yang boleh menyebabkan penghidapnya rasa semakin gelisah.

Menurut sebuah kajian yang bertajuk “Being a Woman” in the Shadow of Vaginismus: The Implications of Vaginismus for Women, wanita yang menghidap masalah ini mempunyai pandangan yang negatif terhadap diri sendiri.

Malah, ada juga yang akan mengalami serangan panik jika mereka ingin melakukan seks disebabkan ketakutan yang amat sangat terhadap penetrasi.

Bukan itu sahaja, disebabkan tidak berlakunya penetrasi semasa seks, vaginismus juga boleh mendatangkan masalah untuk menimang cahaya mata.

Malah, mereka juga berhadapan dengan risiko kanser serviks, STD dan banyak lagi disebabkan keengganan untuk melakukan pemeriksaan yang melibatkan penetrasi.

Masalah vagina terkunci boleh memberi impak negatif terhadap kehidupan seks anda. Kadangkala, sukar untuk wanita yang menghidap vaginismus untuk bersenggama dengan pasangan masing-masing disebabkan penyakit atau trauma yang mereka alami.

Walau bagaimanapun, ada banyak rawatan yang ada. Beranikan diri dan jumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan supaya anda tahu apa itu vaginismus. Masih belum terlambat untuk mendapatkan pertolongan pakar.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. “Being a Woman” in the Shadow of Vaginismus: The Implications of Vaginismus for Women. https://www.researchgate.net/publication/335878230_Being_a_Woman_in_the_Shadow_of_Vaginismus_The_Implications_of_Vaginismus_for_Women. Accessed on June 26, 2022.
  2. Fast Facts: What You Need to Know About Vaginismus. https://www.healthywomen.org/your-health/your-body/what-you-need-know-vaginismus. Accessed on June 26, 2022.
  3. Vaginismus. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15723-vaginismus. Accessed on June 26, 2022.
  4. Vaginismus. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/vulva-vagina-ovaries-uterus/vulval-vaginal-conditions/vaginismus. Accessed on June 26, 2022.
  5. Vaginismus. https://www.nhs.uk/conditions/vaginismus/. Accessed on June 26, 2022.

Versi Terbaru

17/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Menarik! Ada Cara Nak Rawat Fibroid Tanpa Bedah, Boleh Tingkatkan Rangsangan Seks Juga!

Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Umur Akan Menurun Bila Sudah Tua?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan