backup og meta

Rasa Nak Muntah Setiap Kali Selepas Bersama Pasangan, Ini Bukan Tanda Hamil?

Rasa Nak Muntah Setiap Kali Selepas Bersama Pasangan, Ini Bukan Tanda Hamil?

Biasanya, orang akan bercakap mengenai rasa sakit selepas seks. Namun, pernahkah anda mendengar atau mengalami kejadian muntah selepas melakukan seks? Agaknya, apa penyebab muntah ya?

Cuba bayangkan jika anda rasa loya sejurus selepas bersenggama. Pasti rosak mood malam tersebut bukan?

Namun, jangan ambil ringan penyebab muntah atau rasa loya ketika bersama pasangan. Ia mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Penyebab muntah selepas melakukan hubungan seks

Selalunya, setelah bersenggama, ramai yang akan rasa seronok, bahagia, penat ataupun lebih kerap lagi – lapar.

Namun, pernahkah anda tiba-tiba rasa loya dan nak muntah selepas berasmara?

Walaupun jenis muntah ini agak lucu, ia merupakan sesuatu yang selalu terjadi kepada wanita selepas melakukan hubungan seks.

Pasti ada dalam kalangan anda yang mungkin menganggap loya ini sebagai salah satu simptom morning sickness yang dialami semasa mengandung.

Tapi, jika anda baru sahaja mengadakan hubungan seksual sejam yang lalu, tak mungkin simptomnya datang sebegitu pantas.

penyebab muntah
Rasa perut loya ketika sedang bersenggama.

Oleh itu, jangan panik! Ada beberapa sebab yang boleh buatkan anda rasa sakit, mual dan hendak muntah selepas mengadakan hubungan seks.

Penyebab muntah selepas seks mungkin kerana vasovagal syncope

Vasovagal syncope, apa yang menyebabkan orang muntah ini?

Vasovagal syncope ialah satu keadaan yang terjadi apabila anda rasa mual, pening ataupun mahu pengsan selepas badan anda berhadapan dengan satu keadaan yang membuatkan anda rasa amat stres.

Jantung anda akan berdegup lebih perlahan dan tekanan darah juga akan jatuh. Inilah penyebab muntah dan anda rasa ingin pengsan.

Kadangkala, ketika melakukan hubungan seksual, pasangan anda melakukan penetrasi yang terlalu dalam. Keadaan ini boleh menjadi punca anda mendapat vasovagal syncope.

Ini boleh jadi penyebab muntah bagi wanita ketika melakukan hubungan seks!

Jika anda mengalami simptom ini terlalu kerap semasa melakukan seks, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Ya, tiba-tiba rasa nak muntah juga mungkin akan menyebabkan anda rasa kurang puas ataupun takut untuk beraksi di ranjang.

hubungan intim
Cara hangatkan kembali hubungan intim yang hambar.

Selain itu, ia juga mungkin petanda anda mengalami masalah jantung.

Vasovagal syncope bukanlah penyakit yang serius. Wanita yang mengalami keadaan ini selepas bersenggama mungkin akan rasa mual selama beberapa minit.

Namun, jaga-jaga, anda juga boleh pengsan jika pasangan anda tidak henti beraksi dengan melakukan penetrasi!

Sebagai alternatif, anda boleh minta si dia untuk melakukannnya dengan perlahan dan elakkan penetrasi yang mengejut atau terlalu dalam.

Awas, kawasan serviks seorang wanita dipenuhi oleh jutaan saraf yang amat sensitif!

Jika penetrasi ketika hubungan dilakukan terlalu kuat, mungkin secara tidak sengaja pasangan anda boleh terlebih rangsangan di kawasan tersebut sehingga tercetusnya episod vasovagal syncope.

Endometriosis mungkin penyebab muntah

Selain itu, kenapa boleh muntah dan rasa loya selepas bersenggama juga mungkin tanda anda menghidap endometriosis!

Walau bagaimanapun, simptom endometriosis bukanlah terhad kepada rasa loya atau muntah selepas seks sahaja.

Berikut adalah antara simptom pesakit penyakit endometriosis:

  • Rasa sakit ketika seks
  • Rasa pedih ketika kencing
  • Kekejangan perut yang teruk ketika datang bulan
  • Kesukaran untuk hamil
  • Pendarahan yang teruk ketika datang bulan
penyebab muntah
Rasa tidak selesa ketika sedang berasmara.

Lazimnya, bagi mengelakkan penghidap endometriosis rasa sakit ketika melakukan hubungan seks, doktor akan memberikan ubat tahan sakit.

Oleh itu, jika anda rasa sakit selepas seks, jangan risau. Ada caranya untuk anda alami pengalaman tersebut bersama suami dengan tenang dan tanpa kesakitan.

Loya selepas hubungan, lelaki juga tidak terkecuali!

Ia tidak hanya akan berlaku kepada wanita, malahan kepada lelaki!

Post orgasmic illness syndrome (POIS) ialah satu keadaan yang amat jarang berlaku.

Lelaki yang menghidap POIS akan mengalami simptom seperti hendak demam dan sedikit loya selepas ejakulasi.

Pakar masih lagi tidak pasti apa yang penyebab muntah bagi lelaki mengalami sindrom ini.

Namun, ia mungkin penyakit autoimun yang menyebabkan lelaki tersebut mengalami tindak balas alergi terhadap air maninya sendiri.

Ada juga yang mengaitkan POIS dengan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Oleh itu, pesakit POIS mungkin akan dirawat di bawah pemantauan bahagian psikiatri.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Am I Pregnant, Or…? https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/am-i-pregnant-or/. Accessed June 30, 2020.
  2. Vasovagal syncope. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vasovagal-syncope/symptoms-causes/syc-20350527. Accessed June 30, 2020.
  3. Postorgasmic illness syndrome (POIS). https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/10809/postorgasmic-illness-syndrome. Accessed June 30, 2020.
  4. I started feeling nauseous an hour after sex. Am I pregnant? https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/i-started-feeling-nauseous-an-hour-after-sex-am-i-pregnant. Accessed June 30, 2020.
  5. Period Drama Feeling sick after sex could be a sign of endometriosis, doctors claim. https://www.thesun.co.uk/fabulous/8605396/sex-sick-nausea-endometriosis-doctors-warning/. Accessed June 30, 2020.

Versi Terbaru

23/07/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan