backup og meta

Muncul Bisul Di Kemaluan Wanita? Ini 4 Langkah Berkesan Untuk Rawat Di Rumah!

Muncul Bisul Di Kemaluan Wanita? Ini 4 Langkah Berkesan Untuk Rawat Di Rumah!

Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat.

Kondisi ini juga boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan, selalunya dijumpai di luar faraj, pada labia, atau sekitar kawasan kemaluan.

Walaupun kebanyakan masalah bisul dan kemaluan bernanah pada wanita akan sembuh dengan sendiri, tapi ada juga yang memerlukan rawatan perubatan untuk mengelakkan jangkitan bertambah teruk.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Bisul di kemaluan tanda apa?

Terdapat pelbagai keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan bisul pada alat kelamin atau faraj, antaranya:

  • Organisma berjangkit

Bisul boleh disebabkan oleh bakteria, seperti Staphylococcus aureus, Escherichia coli, dan Chlamydia trachomatis.

  • Kondisi kulit

Salah satu keadaan kulit yang boleh menyebabkan bisul di kemaluan wanita sebelah kanan atau kiri adalah folikulitis, yang berlaku apabila bakteria menjangkiti folikel rambut/bulu.

Jangkitan ini selalunya merupakan kesan sampingan akibat kerengsaan yang disebabkan oleh kesan cukur atau waxing bulu di kawasan kemaluan.

Benjolannya pula mungkin menyakitkan dan bermula dengan saiz kecil tetapi ia berisiko untuk membesar dan menjadi bisul.

  • Masalah sista

Penyebab kondisi ini di bahagian kemaluan yang lain adalah sista kelenjar Bartholin. Sista jenis ini disebabkan oleh jangkitan pada kelenjar Bartholin, yang terletak di bawah kulit berhampiran bukaan faraj.

Kelenjar ini boleh tersumbat, menimbulkan sejenis sista atau benjolan berbentuk bulat dan keras.

Sekiranya sista tersebut dijangkiti, ia boleh menyebabkan bisul pada alat kelamin berlaku.

  • Jangkitan kelamin

jangkitan kelamin
Jangka masa simptom jangkitan kelamin muncul.

Jangkitan seksual (STD) dan membuat tindikan di alat kelamin juga boleh menjadi salah satu punca bisul faraj.

Wanita dengan kulit yang berminyak atau mereka yang mempunyai bulu kemaluan tebal juga lebih berisiko untuk mengalaminya.

4 maksud sebenar di sebalik kemunculan bisul di alat sulit:

  1. Organisma berjangkit.
  2. Kondisi kulit.
  3. Masalah sista.
  4. Jangkitan kelamin.

Ini cara merawat bisul di rumah

Sebilangan besar bisul di kemaluan akan menghilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu.

Namun dengan rawatan rumah ini, anda boleh bantu meredakan simptom dan mempercepatkan proses penyembuhannya.

Sebelum itu, pastikan untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh bisul atau kawasan di sekitarnya.

Tanpa langkah ini, anda berisiko untuk mendedahkan lebih banyak bakteria terhadap bisul tersebut, membuatkan jangkitan menjadi lebih teruk.

Peringatan, basuh semula tangan anda setelah selesai melakukan rawatan agar risiko penyebaran bakteria ke kawasan lain di badan anda dapat dicegah!

1. Jangan picit atau cucuk bisul!

Walaupun anda mungkin geram mahu menyentuh bisul, tahan diri daripada godaan tersebut kerana anda perlu tahu berapa lama bisul masakterlebih dahulu.

Ini kerana perbuatan tersebut berisiko melepaskan bakteria dan menyebarkan jangkitan.

Apabila jangkitan berlaku, kesakitan yang diakibatkan oleh bisul boleh menjadi lebih teruk.

bisul di kemaluan
Jangan picit bisul di faraj.

2. Lakukan tuaman

Rendamkan kain dengan air yang lebih panas berbanding yang sering digunakan untuk mencuci tangan atau muka.

Kemudian, perah lebihan air dan letakkan kain tersebut di atas bisul. Biarkan selama 7 hingga 10 minit.

Ulangi proses ini sebanyak 3 atau 4 kali sehari sehingga bisul di kemaluan atau mana-mana bahagian tubuh lain menghilang.

Suhu daripada tuaman akan membantu melancarkan peredaran darah dan sel darah putih dapat melawan sisa jangkitan.

3. Elak pakai seluar ketat

Antara penyebab lain bisul pada alat kelamin adalah pemakaian seluar ketat yang menyebabkan kesan geseran pada kulit faraj yang halus.

Justeru, sehingga bisul anda sembuh, pakai seluar dan seluar dalam yang lebih longgar.

Jika bersenam, setelah selesai, segera tukar kepada seluar dalam yang bersih dan kering.

4. Ambil ubat tahan sakit di kaunter

bisul di kemaluan
Ubat untuk bisul di faraj.

Ubat over-the-counter (OTC) mungkin diperlukan untuk meredakan kesakitan dan keradangan yang menyebabkan bisul.

Anda boleh mengambil ibuprofen atau acetaminophen mengikut arahan pakej.

Adakah normal jika anda selalu terkena dan hanya perlu membiarkannya?

Sekiranya rawatan di rumah tidak dapat bantu merawat bisul, lakukan janji temu dengan pakar sakit puan atau doktor. Anda mungkin akan memerlukan rawatan perubatan daripada mereka.

Apakah jenis rawatan perubatan yang mungkin doktor sarankan jika kenapa selalu kena bisul di kemaluan?

Doktor mungkin menyarankan anda untuk menyapu krim antibiotik dan menggunakan pembalut steril untuk membiarkan bisul sembuh.

Manakala, bagi bisul yang berada di lapisan kulit lebih dalam atau menunjukkan tanda-tanda selulitis, jangkitan bakteria yang mempengaruhi lapisan dalam kulit dan lapisan lemak, mungkin memerlukan rawatan dengan antibiotik oral atau intravena (IV).

Jenis antibiotik yang akan ditetapkan pula bergantung pada sifat dan keparahan jangkitan seseorang.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Boils. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/home/ovc-20214754. Accessed June 2, 2021.
  2. How To Treats Boils And Styes. https://www.aad.org/public/skin-hair-nails/skin-care/boils-and-styes. Accessed June 2, 2021.
  3. Management of Bartholin’s Duct Cyst and Gland Abscess. https://www.aafp.org/afp/2003/0701/p135.html. Accessed June 2, 2021.
  4. Managing common vulvar skin conditions. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/managing_common_vulvar_skin_conditions. Accessed June 2, 2021.
  5. Boils. http://www.nhs.uk/Conditions/Boils/Pages/Introduction.aspx. Accessed June 2, 2021.

Versi Terbaru

20/09/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Faraj Lembap Dan Berbau Selepas Haid? Itu Tanda Jangkitan Kulat, Kenal Pasti Puncanya!

Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan