Hmm, nak pilih panties yang selesa, comel atau seksi? Runsing betul apabila memikirkan mengenai kepelbagaian spender wanita. Ada macam-macam bentuk, warna dan aksesori yang membuatkan pemilihan seluar dalam yang sesuai untuk wanita mungkin lebih sukar!
Tetapi, apakah kepentingan seluar dalam bagi wanita? Menurut Dr. Kim Langdon, ada beberapa sebab mengapa pemakaian seluar dalam sangat penting.
Apa yang pasti, spender wanita sangat penting untuk melindungi pakaian kita daripada sebarang cecair vagina, terutamanya ketika haid!
Bukan itu sahaja, kawasan vulva juga sangat sensitif terhadap geseran. Jika ia kerap bersentuhan dengan baju, Miss V boleh tercedera dan lebih teruk lagi, melecet! Auch!
Jadi, jangan pandang rendah tentang kepentingan seluar dalam ya! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai seluar dalam yang sesuai untuk wanita serta tip untuk memilih undies yang paling selesa!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
5 tip pilih spender wanita yang selesa
Seluar dalam yang selesa tak semestinya boring! Ada seluar dalam yang comel dan cantik namun masih selesa untuk dipakai setiap hari.
Jangan lupa, elakkan membeli secara semberono! Kalau salah beli, membazir je kan… Oleh sebab itu, sebelum beli:
1. Pastikan seluar dalam muat
Selalu beli seluar dalam secara atas talian? Tapi, bila sampai, terlebih longgar atau ketatlah pula!
Untuk memastikan Miss V sentiasa terjaga, elakkan memakai seluar dalam yang terlalu longgar atau ketat.
Pastikan seluar dalam yang dibeli muat-muat dan selesa apabila dipakai. Ketika berjalan, ia tidak akan ‘melekat’ atau menyebabkan kawasan celah kelangkang melecet.
Spender wanita yang terlalu ketat boleh menyebabkan geseran. Malah, dalam sesetengah kes, ia boleh menggalakkan pertumbuhan sista, skin tag dan isu lain di sekitar kawasan intim!
Baca juga:
- Wanita Sering Dikaitkan Dengan Jangkitan Saluran Kencing, Punca Utama Seks & SELUAR DALAM!
- Ingin Faraj Yang Sihat Kena Pandai Pilih Seluar Dalam Wanita, Ada 5 Tip Perlu Ikut
2. Pilih material yang selesa
Kapas merupakan material spender wanita yang terbaik untuk pemakaian harian. Ia dapat menyerap peluh dan menggalakkan pengudaraan.
Material sintetik seperti likra dan nilon mungkin boleh menyebabkan ruam, iritasi dan jangkitan. Tidak seperti kapas, material ini lebih mudah memerangkap lembapan. Segala peluh dan cecair yang terperangkap ini boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
Jika kulit anda sensitif dan sering mengalami jangkitan, pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kapas semula jadi. Walau bagaimanapun, harganya lebih mahal daripada biasa.
Jangan pakai seluar dalam kapas ketika bersenam. Bukanlah tidak boleh, namun ia mungkin akan menyerap terlalu banyak peluh dan membuatkan seluar dalam basah! Ew…
3. Nak pakai thong, boleh ke tidak?
Hmm, rasa macam nak seksi-seksi depan suami malam ni! Tapi, boleh ke pakai thong? Tak ada masalah jika anda ingin pakai seluar dalam jenis ini sekali-sekala.
Malah, ia juga tidak akan meningkatkan risiko jangkitan atau iritasi seperti yang dicanang-canangkan selama ini!
Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Acta Dermato-Venereologica, seluar dalam jenis thong atau g-string tidak akan menyebabkan penyakit. Ia juga tidak akan mempengaruhi PH serta mikroflora faraj.
Malah, pemakaian seluar dalam ini juga tidak akan meningkatkan risiko penyakit kelamin.
Walau bagaimanapun, thong yang terlalu ketat atau mempunyai terlalu banyak aksesori (manik, renda dan sebagainya) mungkin akan menyebabkan celah kelangkang melecet.
Jadi, pilih seluar dalam yang mempunyai lapisan kapas yang menutupi Miss V untuk melindungi kawasan lembut ini daripada sebarang kecederaan.
4. Pilih pencuci lembut
Kadangkala, bukan seluar dalam yang menyebabkan kegatalan, tetapi pencuci yang digunakan! Pewangi dalam pencuci baju atau softener yang digunakan boleh mengakibatkan iritasi.
Jika masalah ini tidak ditangani, PH Miss V mungkin akan terganggu. Sebab itulah, timbul masalah keputihan dan bau yang luar biasa walaupun anda sering menukar seluar dalam!
Tip basuh seluar dalam dengan selamat
- Selepas basuh, cuba keringkan dengan suhu sederhana selama 30 minit.
- Ada ahli keluarga yang sakit? Jangan campur seluar dalam dalam basuhan yang sama.
- Jangan basuh seluar dalam dengan pakaian orang lain jika anda menghidap BV.
- Asingkan seluar dalam dan basuh berasingan dengan baju lain.
5. Tak suka pakai spender wanita? Psst… Tak pakai pun takpe!
Benar, tujuan utama kita memakai seluar dalam adalah untuk memastikan pakaian sentiasa bersih dan mengelakkan luka pada kawasan Miss V.
Namun, bagaimana jika anda jarang alami keputihan dan tidak mudah melecet jika tidak memakai seluar dalam?
Jadi, tiada masalah jika anda tidak mahu memakai seluar dalam. Jika selesa, anda boleh ‘bebaskan’ Miss V, terutamanya pada waktu malam!
[embed-health-tool-ovulation]