Tanda PCOS yang dialami bukan pengakhiran kepada anda untuk menjadi seorang ibu. Sindrom ovari polisistik (PCOS) yang dialami dapat dikawal dengan ilmu dan strategi yang betul.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah penting yang anda boleh lakukan bagi merancang kehamilan dengan lebih berkesan walaupun anda mempunyai PCOS.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Adakah PCOS boleh mengandung ?
Ya, anda boleh hamil walaupun anda mempunyai PCOS. Menurut Cleveland Clinic, PCOS akan menyukarkan anda untuk hamil dan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan.
Oleh itu, dapatkan konsulatasi dan informasi bermanfaat dengan doktor atau pakar yang akan membantu anda merancang pelan rawatan selanjutnya.
Pelan rawatan yang mungkin akan dilakukan termasuklah ubat-ubatan dan teknologi pembiakan seperti In Vitro Fertilization (IVF).
Hasil daripada ini, ia akan menolong anda dan pasangan untuk memahami pelan rawatan yang terbaik dan cara terbaik untuk meningkatkan peluang kehamilan dengan sihat.
Teruskan membaca bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tanda-tanda PCOS dan cara mengatasinya di dalam tubuh badan.
Tanda PCOS pada wanita

Berikut ialah tanda PCOS yang biasanya terjadi:
- Period yang tidak teratur
- Pertumbuhan rambut yang abnormal di bahagian lengan, dada dan perut
- Obesiti
- Mempunyai jerawat pada belakang badan, dada dan muka
- Mempunyai kulit yang gelap pada leher, ketiak, celah kelangkang dan sekitar bawah dada
- Sista
- Skin tag
- Rambut yang nipis
6 Cara mengatasi PCOS agar cepat hamil
1. Fahami kitaran haid dan waktu ovulasi
Langkah pertama adalah memahami tubuh anda. Ramai wanita yang ada PCOS mengalami ovulasi yang tidak menentu, namun ini tidak bermakna ovulasi tidak berlaku langsung!
Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi membantu anda untuk memahami secara terus mengenai waktu ovulasi yang berlaku pada tubuh anda! Dengan itu, anda sudah tahu waktu untuk ‘bersama’ dengan sang suami.
2. Dapatkan rawatan yang dipercayai
Tanda PCOS yang ada pada tubuh boleh dirawat dengan rawatan kesuburan.
Jika anda sudah mencuba selama 6–12 bulan tetapi tidak membuahkan hasil, berjumpa dengan pakar kesuburan adalah jawapannya!
Rawatan yang biasa dicadangkan:
- Ubat untuk merangsang ovulasi (melepaskan telur): Ubat Clomiphene dan Letrozole diambil melalu mulut, manakala Gonadotropin akan diberikan melalui suntikan
- Pembedahan: Prosedur pembedahan boleh membantu memulihkan ovulasi dengan membuang tisu dalam ovari anda yang menghasilkan hormon androgen
- Persenyawaan in vitro (IVF): Ini adalah pilihan untuk penghidap PCOS apabila ubat tidak membantu dengan ovulasi
Doktor akan menilai keadaan anda secara menyeluruh seperti hormon, struktur rahim, tiub falopio dan sperma pasangan sebelum mencadangkan rawatan terbaik kepada anda.
3. Menjaga emosi dan mengawal tekanan yang berlaku

Perkara paling kerap akan dinasihatkan ialah kaum hawa perlu sentiasa menjaga emosi agar tidak stress. Hal ini kerana, ia akan memburukkan lagi simptom PCOS dan menyukarkan proses kehamilan.
4. Ubah pemakanan harian, antara cara mengatasi PCOS agar cepat hamil
Nak ubah macam mana? Daripada kerap makan makanan yang kurang sihat seperti makanan manis berlemak dan tidak seimbang, kini anda perlu pastikan makanan tersebut memberikan nutrisi seimbang dan sihat seperti yang disarankan.
- Bijirin penuh dan bijirin
- Sayur-sayuran dan kekacang/kacang
- Daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur, tauhu, kacang dan biji serta kekacang/kacang
buah-buahan
- Susu kurang lemak, keju dan yogurt
Cara mengatasi PCOS agar cepat hamil, #5.Bersenam
Selain berdiet, anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk atasi PCOS. Hal ini akan membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dan mengurangkan gejala PCOS.
Anda juga boleh mencuba senaman mudah secara konsisten seperti brisk walk selama 30 minit setiap hari!
6. Dapatkan tidur yang cukup
Perubahan gaya hidup ini boleh mengurangkan simptom PCOS dan meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Jika berat badan anda berlebihan, penurunan berat badan sebanyak 5% hingga 10% boleh memulihkan kitaran haid yang normal.
Bercakap dengan doktor anda untuk mendapatkan panduan tentang cara membuat perubahan gaya hidup yang berkesan.

PCOS juga boleh menjadi ibu
[embed-health-tool-ovulation]