Pernahkah anda mengalami sakit bawah perut? Keadaan seperti ini biasanya menyebabkan sensasi seperti kekejangan, sakit berterusan, atau mungkin juga rasa sakit ari ari yang tajam seolah-olah menusuk.
Kadangkala, sakit perut bawah sampai ke miss v ini juga mungkin berlaku bersama-sama keputihan dalam kalangan wanita.
Walaupun keputihan merupakan cara vagina membersihkan keadaannya dan menyeimbangkan nilai pH, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang lain jika keadaan yang berlaku tersebut adalah tidak normal.
Keputihan yang tidak normal biasanya disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh yang boleh dilihat melalui bau busuk, lendir yang pekat dan memiliki warna yang tidak normal seperti warna kekuningan atau kehijauan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
4 sebab mengapa sakit bawah perut terjadi
Untuk mengetahui keadaan yang anda alami dengan lebih jelas, berikut merupakan antara jenis masalah kesihatan yang dirasai jika anda sakit perut bawah sampai ke miss v.
Punca sakit bawah perut bahagian bawah tengah:
#1. Penyakit keradangan pelvis, antara penyebab sakit bawah perut selepas haid
Penyakit keradangan pelvis atau pelvic inflammatory diseases adalah satu jangkitan pada bahagian organ pembiakan wanita.
Pelvis terletak di perut bahagian bawah yang berdekatan dengan tiub falopio, induk telur, serviks dan rahim.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis bakteria yang juga menyebabkan penyakit gonorea dan klamidia.
Bakteria pertama kalinya akan memasuki tubuh melalui vagina. Kemudiannya, bakteria berpindah ke organ pelvis dan akhirnya menyebabkan jangkitan.
Keadaan ini sebenarnya sangat berbahaya serta boleh menyebabkan keradangan kronik dan menjejaskan kesuburan.
Selain daripada rasa sakit bawah perut dan juga keputihan dengan bau yang menjengkelkan, anda juga biasanya akan demam, sakit ketika melakukan seks, sakit sewaktu membuang air kecil, pendarahan yang tidak teratur dan rasa keletihan yang melampau.
Jika hal ini berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan.
#2. Sakit bawah perut selepas haid tanda kanser serviks?
Kanser serviks adalah termasuk dalam jenis kanser yang sangat berbahaya dan menjadi salah satu penyebab kematian wanita yang cukup tinggi.
Serviks adalah bahagian silinder berongga yang menghubungkan antara vagina ke bahagian rahim.
Kanser serviks ini berlaku disebabkan oleh virus Human Papillomavirus atau HPV yang berjangkit melalui hubungan seksual.
Biasanya virus HPV-16 dan HPV-18 adalah yang paling banyak menjadi penyebab kepada berlakunya kanser serviks ini.
Selain daripada sakit bawah perut dan juga keputihan, seseorang wanita yang mengalami kanser serviks juga akan mengalami pendarahan yang tidak normal yang keluar dari vagina.
Sebagai contoh, mengalami pendarahan ketika bukan tempoh haid, waktu haid yang lebih lama dan mungkin juga pendarahan setelah atau semasa melakukan hubungan seksual.
Walau bagaimanapun, perkara ini dapat dicegah jika aktif melakukan pemeriksaan pap smear.
#3. Uretritis (salah satu jenis dalam jangkitan saluran kencing-UTI)
Untuk pengetahuan anda, uretritis adalah keadaan di mana uretra atau pundi yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mengalami keradangan lalu menyebabkan iritasi.
Keadaan ini juga boleh berlaku sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
Uretritis biasanya akan menyebabkan rasa sakit sewaktu anda membuang air kecil atau semasa keinginan untuk kencing itu muncul. Secara umumnya, uretritis adalah disebabkan oleh bakteria.
Golongan lelaki yang mengalami uretritis akan mengalami pelbagai simptom seperti sensasi rasa terbakar sewaktu membuang air kecil, rasa gatal di hujung zakar, terdapat darah pada air mani atau air kencing dan keluarnya lendir dari zakar.
Bagi wanita pula, simptom yang dialami adalah seperti kerap ke tandas, rasa sakit semasa membuang air kecil, iritasi yang berlaku pada bukaan uretra dan keluarnya lendir atau cecair yang tidak normal dari vagina.
#4. Hamil luar rahim, punca sakit bawah perut
Hamil luar rahim atau kehamilan ektopik adalah keadaan di mana sel telur melekat di tempat lain selain daripada rahim.
Pada kebiasannya, sel telur akan melekat pada tiub falopio.
Tetapi, dalam beberapa kes, kehamilan yang berlaku juga boleh terjadi di kawasan rongga perut atau serviks.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh American Academy of Family Physicians (AAFP), kehamilan ektopik berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan di dunia.
Pelbagai gejala atau simptom perlu diambil perhatian jika mengalami masalah atau keadaan ini. Antara simptomnya adalah:
- Rasa sakit bawah perut kanan menusuk, pelvis, bahu dan juga leher
- Terdapat pendarahan pada bahagian vagina
- Pening kepala sehingga menyebabkan pengsan
- Tekanan yang kuat pada bahagian dubur
Kesimpulan
Punca sakit bawah perut dan pinggang
- Penyakit keradangan pelvis
- Kanser serviks
- Uretritis
- Hamil luar rahim
Jika anda mengalami sesuatu yang luar daripada kebiasaan, terutama sakit bawah perut dan pinggang, jangan berlengah lagi dan berjumpalah dengan doktor.
Anda mungkin tidak begitu pasti dengan apa yang sedang anda alami, oleh itu pemeriksaan awal oleh doktor dapat mengelakkan keadaan yang dialami daripada menjadi lebih buruk atau parah.
[embed-health-tool-ovulation]