backup og meta

Mood Swing Tanda Nak Period Atau Pregnant? Ini Dia Bezanya, Wanita Kena Tahu!

Sakit kepala dengan mood swing ini sindrom prahaid (PMS) atau mengandung? Macam hampir serupa tapi sebenarnya terdapat perbezaan antara tanda nak period vs hamil yang ramai wanita sering salah faham.

Mood Swing Tanda Nak Period Atau Pregnant? Ini Dia Bezanya, Wanita Kena Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Tanda nak period vs hamil

Menurut The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), ‘PM’ atau ‘premenstrual’ dalam PMS merujuk kepada perubahan fizikal dan/atau mood yang dialami wanita pada hari-hari sebelum haid.

Manakala ‘S’ atau ‘sindrom’ dalam PMS merujuk kepada keadaan di mana gejala ini berlaku bulan demi bulan, yang menjejaskan kehidupan seharian wanita.

Disebabkan simptom-simptom ini boleh sama dengan gejala awal kehamilan, jadi ramai wanita yang mengalami PMS mungkin akan tertanya-tanya sama ada diri akan datang haid atau mengandung.

Ada kalanya, ia boleh menyebabkan kekeliruan untuk membezakan antara kehamilan awal dan tempoh haid yang semakin hampir.

Pendarahan ringan sekitar masa implantasi telur yang disenyawakan adalah perkara biasa bagi tanda nak hamil dan boleh berlaku sekitar tempoh jangkaan haid.

tanda nak period vs hamil

Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada diri hamil atau tidak adalah dengan melakukan ujian kehamilan jika haid anda lewat atau langsung tidak didatangi period.

Tanda nak period vs hamil yang sama

Adakah saya haid atau mengandung? Ini adalah persoalan biasa bagi kebanyakan wanita kerana tanda dan gejala kehamilan awal tertentu boleh menyerupai sindrom prahaid.

Antara simptom awal kehamilan dan PMS yang sama adalah seperti:

  • Mudah menangis
  • Kebimbangan
  • Insomnia atau gangguan tidur yang lain
  • Mengidam makanan
  • Kemarahan
  • Kemurungan
  • Perbandingan tanda nak period vs hamil

    Walaupun terdapat banyak gejala yang hampir sama, namun masih terdapat tanda yang membezakan antara kedua-dua keadaan ini.

    Pendarahan semasa haid, biasanya berbeza daripada yang dialami oleh sesetengah wanita pada awal kehamilan.

    • Pendarahan awal kehamilan jarang sekali seberat atau panjang seperti tempoh haid biasa. Kebanyakan pendarahan semasa kehamilan akan menjadi kurang berat (tidak cukup untuk membasahkan tampon atau tuala wanita), dan selalunya berwarna lebih cerah atau kecoklatan
    • Pendarahan implantasi biasanya adalah pendarahan ringan atau tompok yang berlaku pada masa telur yang disenyawakan diimplan ke dalam dinding rahim. Oleh sebab pendarahan ini berlaku sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid, jadi ia mungkin mengelirukan bagi sesetengah wanita untuk membezakan antara pendarahan implantasi dan pendarahan haid

    Kekejangan PMS biasanya lebih teruk daripada kekejangan yang dialami wanita pada awal kehamilan. Manakala simptom mual dan muntah lebih kerap berlaku pada awal kehamilan berbanding PMS.

    tanda nak period vs hamil

    Bagaimana pula dengan wanita yang mengidam makanan tertentu, adakah ia tanda nak period vs hamil?

    Sesetengah wanita dengan PMS mempunyai keinginan untuk makan makanan tertentu (atau menolak makanan), pun begitu, situasi ini lebih kerap berlaku semasa kehamilan.

    Cecair keputihan dan perubahan pada puting dan/atau areola yang menjadi gelap adalah tanda-tanda kehamilan awal yang tidak berlaku dalam sindrom prahaid.

    Tanda dan gejala PMS yang lain yang tidak berlaku pada awal kehamilan termasuk:

    Dalam kebanyakan kes, simptom PMS merupakan gejala yang boleh diramalkan bagi sesetengah wanita dan berlaku dalam selang masa tetap berkaitan dengan kitaran haid.

    Boleh ke alami haid & hamil?

    Tidak, pendarahan haid yang sebenar mewakili penumpahan (penyingkiran) lapisan rahim sebagai persediaan untuk kitaran haid baharu dan ini tidak berlaku semasa kehamilan.

    Walau bagaimanapun, seperti yang diterangkan di atas, ramai wanita mengalami beberapa tahap pendarahan semasa minggu-minggu awal kehamilan, seperti pendarahan implantasi.

    Keadaan itu membuatkan mereka tersilap percaya ia adalah pendarahan yang disebabkan oleh haid. Pendarahan sebegini pada awal kehamilan biasanya lebih ringan daripada haid sebenar.

    tanda nak period vs hamil

    Konklusinya, jika anda mengalami simptom seperti PMS dan terfikir kemungkinan bahawa diri hamil, pertimbangkan untuk melakukan ujian kehamilan sebagai langkah pengesanan awal. 

    Anda juga disarankan untuk mengambil ujian tersebut sekiranya kedatangan haid lewat daripada jangkaan, ini terutamanya jika anda mempunyai kitaran haid teratur.

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai tanda nak period vs hamil, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    1. Premenstual Syndrome (PMS). https://www.acog.org/womens-health/faqs/premenstrual-syndrome. Accessed on Sept 4, 2023.
    2. Premenstrual syndrome (PMS). https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/premenstrual-syndrome. Accessed on Sept 4, 2023.
    3. Changes During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/infographics/changes-during-pregnancy. Accessed on Sept 4, 2023.
    4. Is it PMS or Am I Pregnant? https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/getting-pregnant/is-it-pms-or-am-i-pregnant. Accessed on Sept 4, 2023.
    5. PMS vs. pregnancy symptoms: What’s the difference? https://flo.health/getting-pregnant/trying-to-conceive/signs-of-pregnancy/pms-vs-pregnancy-symptoms. Accessed on Sept 4, 2023.
    6. Difference Between PMS and Early Pregnancy. https://www.medanta.org/patient-education-blog/difference-between-pms-and-early-pregnancy. Accessed on Sept 4, 2023.
    7. 5 Comparisons: PMS vs. Pregnancy Symptoms. https://www.mfine.co/article/pms-vs-pregnancy. Accessed on Sept 4, 2023.

    Versi Terbaru

    22/09/2026

    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

    Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


    Artikel Berkaitan

    Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita

    'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur


    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 9 jam lalu

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan