Punca pendarahan implantasi

Selepas sperma disenyawakan dengan telur anda, ia akan berubah menjadi embrio. Kemudian, embrio akan menuju ke uterus dan menempel (implan) pada dinding uterus.
Ada kalanya, semasa penempelan embrio, ia boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah untuk bayi berkembang dalam rahim.
Wanita hamil boleh mengalami pendarahan disebabkan punca lain selain daripada implantasi. Jika pendarahan berat berlaku berserta atau tanpa rasa sakit atau kejang, hubungi doktor anda segera.
Jika anda sudah hamil dan mengalami pendarahan, ia mungkin disebabkan oleh:
- Hubungan seks: Ia boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan anda. Perubahan hormon dalam tubuh juga boleh berkait. Ia sepatutnya berhenti sendiri.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila embrio menempel di luar rahim. Anda mungkin akan mengalami pendarahan dengan rasa sakit dan kejang. Ia juga berbahaya dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
- Keguguran: Lebih kurang 15% kehamilan berakhir dengan keguguran semasa beberapa minggu terawal. Kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan dan kekejangan perut jika keguguran berlaku. Segera hubungi doktor anda jika anda tahu anda hamil dan mengalami simptom tersebut.
Bagaimana untuk saya tahu ianya darah implantasi dan bukannya darah haid?
