Sedang mencari petua untuk datang haid dengan lebih cepat? Jangan terkejut, kerana terdapat makanan tertentu mempunyai sifat ‘penjana haba’ yang boleh mempercepatkan kitaran haid wanita.
Dalam perkongsian artikel ini, anda akan mengetahui jenis makanan agar haid cepat keluar, teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Punca haid lewat
Kenapa period lambat datang? Kenapa darah haid tak keluar?
Sebelum mengetahui apakah petua untuk datang haid cepat, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai kitaran haid.
Kitaran haid biasa adalah antara 21 hingga 35 hari. Jika pendarahan haid tidak berlaku, keadaan tersebut dikenali sebagai amenorrhea.
Remaja perempuan yang tidak mengalami haid pada usia 15 tahun dan wanita yang tidak haid 3x berturut-turut atau lebih turut menghidap amenorrhea.
Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menjadi punca kelewatan atau tidak mengalami haid, seperti:
- Tekanan
- Kurang atau terlebih berat badan
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Kontraseptif hormon
- Penyakit kronik seperti diabetes atau penyakit seliak
- Masalah tiroid
- Menopaus
- Kehamilan
Makanan agar haid cepat keluar
Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang wanita itu inginkan haid cepat berlaku, mungkin anda mahu pendarahan haid habis sebelum bercuti atau majlis tertentu.
Di bawah ini disenaraikan 13 jenis makanan agar haid cepat keluar. Pun begitu, anda harus tahu pengambilannya tidak bermakna period akan datang tepat pada masanya.
Namun, dengan pengambilan emenagog (emmenagogue) – bahan atau agen yang merangsang haid – ia membantu mengawal kitaran period anda.
Jika kelewatan haid kerana kehamilan, anda harus fahami pengambilan emenagog boleh menyebabkan keguguran.
1. Buah-buahan kaya vitamin C antara makanan agar haid cepat keluar
Vitamin C membantu mencetuskan peningkatan tahap hormon, yang dapat menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
Antara buah sitrus yang boleh diambil adalah oren, buah beri, kiwi atau sayuran tinggi vitamin C seperti bayam, lada benggala merah dan hijau, tomato, brokoli dan sebagainya.
Petua untuk datang haid cepat #2. Halia
Halia merupakan herba emenagog terkenal. Memasukkan halia secara tetap dalam diet boleh membantu ketidakaturan haid.
3. Kunyit
Kunyit juga merupakan emenagog yang boleh merangsang aliran darah pada rahim dan kawasan pelvis.
Kunyit mempunyai kesan antispasmodik pada badan yang mengembangkan rahim dan mencetuskan haid.
4. Nanas juga makanan agar haid cepat keluar
Nanas kaya dengan bromelain – enzim yang dipercayai mempengaruhi estrogen dan hormon lain.
Terdapat kajian mencadangkan bromelain boleh membantu mengurangkan keradangan punca haid tidak teratur.
5.Parsli, antara petua untuk datang haid cepat
Mengandungi tahap vitamin C dan apiol tinggi – boleh membantu merangsang pengecutan rahim.
Pun begitu, dalam jumlah tertentu apiol boleh menjadi toksik dan amat berbahaya kepada wanita hamil.
6. Kopi
Kehadiran kafein dalam kopi dipercayai dapat merangsang estrogen – yang menyebabkan haid berlaku lebih awal. Umumnya, kafein merupakan bahan kimia terkenal untuk melegakan kesakitan semasa haid.
7. Kacang
Sama ada badam atau walnut, kedua-duanya kaya dengan serat dan protein – berfungsi mendorong haba dalaman seterusnya menjadi asas untuk haid lebih teratur.
Pengambilan segenggam kacang sebelum haid amat baik untuk kesihatan dan kesuburan anda!
Petua untuk datang haid cepat #8. Kurma
Buah kurma dapat menjana haba, sekali gus membantu merangsang pendarahan haid. Pengambilan susu kurma suam pula dapat memberi kelegaan semasa haid.
Amalkan memakan kurma setiap malam sebelum tidur, untuk mendapatkan hasil positif kepada kesihatan reproduktif anda.
9. Saderi
Antara pilihan yang selamat, semula jadi dan disyorkan doktor, pengambilan jus saderi adalah antara cara merangsang aliran darah ke pelvis dan rahim – seterusnya mendorong pendarahan haid.
10. Buah delima
Jus buah delima juga membantu dalam merangsang haid. Amalkan pengambilan minuman ini 3x sehari sekurang-kurangnya antara 10-15 hari sebelum tarikh jangkaan haid anda.
11. Lidah buaya
Jus lidah buaya atau aloe vera selain boleh digunakan untuk melegakan perut yang sakit, ia juga dipercayai berfungsi sebagai emenagog.
Campurkan gel lidah buaya segera dengan 1 sudu besar madu dan air, amalkan sebelum bersarapan. Teruskan amalan ini sehingga mendapat hasil yang baik.
12. Salmon, salah satu petua untuk datang haid cepat
Salmon juga mempunyai ciri-ciri memperbaiki dan menstabilkan hormon, sekali gus menyingkirkan isu berkaitan menstruasi.
13. Biji ketumbar
Sifat emenagog pada biji ketumbar membantu menangani masalah haid tidak teratur.
Untuk mencuba petua ini, anda perlu merebus satu sudu teh biji ketumbar bersama dua cawan air sehingga air rebusan berkurangan kepada satu cawan air.
Amalkan minuman ini 3x sehari, khususnya 4-5 hari sebelum haid. Ia membantu menjana haba berhampiran rahim, menyebabkan period berlaku
Mencuba petua untuk datang haid cepat
Pengambilan makanan merangsang haid dalam diet berfungsi untuk membantu kitaran haid secara semula jadi.
Nutrien yang terdapat dalam makanan itu dapat menjadikan aliran darah lebih baik dan menyebabkan pengecutan rahim.
[embed-health-tool-ovulation]