backup og meta

Tak Tahan Tanggung Sakit Setiap Bulan! Bolehkah Hentikan SENGGUGUT Buat Selama-lamanya?

Tak Tahan Tanggung Sakit Setiap Bulan! Bolehkah Hentikan SENGGUGUT Buat Selama-lamanya?

Sakit period boleh berlaku sebelum atau semasa haid wanita. Intensiti kesakitan pula bermula daripada rasa ketidakselesaan ringan hingga kekejangan yang teruk. Adakah wanita perlu menghadapi kesakitan ini hingga menopaus? Wujudkah cara hilangkan senggugut, secara kekal?

Ada berita baik! Sebenarnya, terdapat cara untuk merawat atau menghentikan sakit berkaitan haid.

Namun, untuk menghentikan sakit period secara kekal, anda perlu mencuba beberapa opsyen rawatan atau remedi sebelum dapat mengenal pasti jalan penyelesaian yang terbaik.

Cubaan untuk hilangkan senggugut juga mungkin lebih sukar sekiranya anda memiliki penyakit sedia ada yang memerlukan perhatian.

Artikel kali ini akan membincangkan pemicu di sebalik kesakitan haid dan melihat pilihan rawatan atau remedi rumah yang dapat menghentikannya secara kekal!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kesakitan haid, apa puncanya? Bolehkah ia dihentikan secara kekal?

Semasa kitaran haid bulanan wanita, lapisan rahim atau endometrium menebal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Haid, juga dikenali sebagai menstruasi, berlaku apabila tubuh menyingkirkan lapisan ini melalui faraj kerana tidak berlaku kehamilan.

Untuk membolehkan proses penyingkiran lapisan endometrium, otot-otot rahim bakal berkontraksi dan mengendur dengan corak yang tidak teratur.

Pergerakan ini akan bantu lapisan rahim untuk gugur, membolehkannya keluar melalui serviks dan lantas ke faraj.

Pun begitu, pengecutan otot-otot rahim ini boleh menyebabkan ketidakselesaan!

Intensiti ketidakselesaan ini juga boleh melibatkan kekejangan ringan hingga sangat menyakitkan. Kesakitan yang berkaitan dengan haid dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea).

Menurut American College of Obstetrics and Gynecologists (ACOG), lebih separuh daripada wanita mengalami senggugut selama 1-2 hari setiap bulan!

Selain itu, memiliki penyakit sedia ada yang tertentu juga berupaya membuatkan kesakitan dialami lebih parah.

hilangkan senggugut

Rawatan klinikal yang dapat hilangkan senggugut, secara kekal..

Perlu kalian faham, setiap tubuh manusia bertindak balas secara berbeza terhadap ubat-ubatan. Lain orang, lain kesan yang dialami.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai rawatan klinikal yang mungkin disarankan doktor untuk bantu hilangkan senggugut secara kekal!

#1 Peranti progestin

Progestin merupakan hormon progesteron berbentuk sintetik dan ada beberapa jenis progestin yang boleh bantu menghentikan sakit period, antaranya:

  1. Suntikan kontraseptif: Wanita bakal memerlukan suntikan kontraseptif setiap 3 bulan.
  2. Peranti intrauterin (IUD): IUD adalah alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam rahim. IUD progestin dapat bertahan selama 3-5 tahun.
  3. Implantable rod: Doktor boleh meletakkan rods yang nipis ini tepat di bawah kulit lengan. Setelah ditanam, ia akan melepaskan progestin secara berterusan untuk mencegah kehamilan. Rods yang ditanam perlu digantikan setiap 3 ke 5 tahun.

Mana-mana wanita yang berhasrat untuk hamil dan juga mencegah sakit period harus membincangkan kaedah alternatif bersama doktor mereka.

#2 Kontraseptif hormon

Untuk makluman, kontraseptif hormon tersedia dalam pelbagai bentuk, termasuk tablet oral, suntikan dan alat yang dimasukkan ke dalam faraj.

Kontraseptif oral

Kontraseptif oral berfungsi dengan menggunakan hormon untuk mengelak ovari melepaskan telur. Pil kontraseptif oral boleh didapati dalam 2 jenis yang berbeza:

  • Pil progesterone-only: Pil ini hanya mengandungi progesteron. Doktor boleh mempreskripsikan ubat ini untuk mereka yang tidak boleh mengambil pil gabungan
  • Pil gabungan: Pil kontraseptif gabungan mengandungi estrogen dan progesteron. Hormon ini penting dalam kitaran haid

Kedua-dua bentuk kontraseptif oral dapat bantu menghentikan kesakitan.

Untuk memastikan pil perancang yang diambil berkesan, wanita perlu mengambilnya seperti diarahkan, setiap hari.

Selain itu, kontraseptif oral boleh mengakibatkan beberapa wanita mengalami haid yang lebih ringan dan kerap.

Jadi, jika kontraseptif oral tidak berupaya hilangkan senggugut, anda boleh memakannya untuk menghentikan haid dengan sepenuhnya!

Namun, dapatkan khidmat nasihat dan kebenaran doktor terlebih dahulu sebelum mengubah cara pengambilan pil perancang, okey?

#3 Merawat masalah kesihatan sedia ada

Kadangkala, senggugut yang teruk berpunca daripada kondisi perubatan sedia ada, yang mungkin tidak kalian sedari.

Dalam kes-kes ini, menerima rawatan untuk kondisi yang dialami dapat mengurangkan sakit senggugut.

Antara kondisi yang berupaya memicu kesakitan, merangkumi:

Remedi rumah yang boleh hilangkan senggugut

hilangkan senggugut

Ubat tahan sakit yang turut digelar sebagai ubat nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAIDs) dapat bantu mengurangkan sebarang kesakitan akibat haid.

NSAID yang boleh diperolehi di kaunter farmasi, seperti aspirin dan ibuprofen, juga boleh mengurangkan sakit senggugut dan mencegah rasa mual serta cirit-birit.

Bergantung pada tahap keparahan dialami, NSAID mungkin dapat menghentikan kesakitan sepenuhnya!

Walau bagaimanapun, anda mungkin terpaksa mengambil NSAID setiap kali haid, untuk melegakan rasa sakit.

Kaedah-kaedah melegakan kesakitan dengan cepat

Kaedah di bawah mungkin tidak mampu hilangkan senggugut secara kekal, tetapi ia dapat memberikan kelegaan dengan cepat!

Golongan wanita yang lebih gemar untuk menghilangkan rasa sakit dengan kadar yang cepat boleh mencuba:

  • Senaman ringan
  • Tuam botol air panas atau pek panas ke perut mereka
  • Mandi atau berendam di dalam air suam
  • Mengurut kawasan yang sakit dengan lembut
  • Amalkan teknik relaksasi, seperti yoga atau Pilates
  • Menggunakan alat rangsangan saraf elektronik transcutaneous, yang memberikan arus elektrik ringan ke perut untuk kurangkan kesakitan

Bagi mereka yang ingin hilangkan senggugut secara kekal, doktor boleh mencadangkan beberapa jenis rawatan yang berbeza.

Sekiranya masalah kesihatan seperti fibroid rahim menjadi pemicu rasa sakit anda, rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dysmenorrhea.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5585876/Accessed 6 August 2021.
  2. Dysmenorrhea painful periods. https://www.acog.org/womens-health/faqs/dysmenorrhea-painful-periods. Accessed 6 August 2021.
  3. Birth control. https://www.fda.gov/consumers/free-publications-women/birth-control. Accessed 6 August 2021.
  4. Endometriosis. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/endometriosis. Accessed 6 August 2021.
  5. Lifestyle and prevalence of dysmenorrhea among Spanish female university students. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6086430/Accessed 6 August 2021. Accessed 6 August 2021.

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kekejangan Haid, Ini Beberapa Cara Mengatasi Senggugut Yang Boleh Kaum Hawa Cuba!

WOW! Ada Seluar Dalam Khas Untuk Wanita Yang Haid, Lebih Jimat & Mesra Alam!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan