backup og meta

Hati-Hati Ladies! Ini 6 Punca Haid Keluar Sedikit Masa Datang Bulan

Hati-Hati Ladies! Ini 6 Punca Haid Keluar Sedikit Masa Datang Bulan

Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bergelar wanita didatangi haid setiap bulan. Malahan pengalaman setiap kali ‘datang bulan’ boleh jadi berbeza-beza, antaranya ada wanita yang mengalami darah haid sedikit.

Tahukah anda keadaan ini mempunyai nama dalam sains perubatan, iaitu hipomenorea. Macam mana boleh terjadinya hipomenorea ini?

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Apa itu hipomenorea?

Hipomenorea atau turut dikenali sebagai darah haid sedikit yang berlaku pada sebilangan perempuan boleh dialami selepas baligh dan sebelum mula menopaus.

Ini kerana proses ovulasi menjadi tidak teratur pada masa ini, dan lapisan endometrial gagal berkembang secara normal.

Ovulasi kerana tahap hormon tiroid yang rendah, tahap prolaktin tinggi, tahap insulin tinggi, tahap androgen tinggi dan masalah dengan hormon lain juga boleh menyebabkan haid yang sedikit.

Individu yang mempunyai masalah ini akan mengalami darah haid sedikit dan hanya dua hari, atau kurang daripada 80ml.

Kenapa haid datang sedikit?

Masalah haid sedikit berlaku akibat penggunaan kontraseptif hormon seperti kontraseptif oral mahupun IUD.

Sebab-sebab kenapa haid datang sedikit yang lain juga adalah:

  • Lemak badan rendah
  • Kehamilan
  • Sindrom Asherman
  • Stres
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Kegagalan ovari pramatang

Keadaan ini boleh berlaku pada tahap mana pun dalam kehidupan seseorang wanita, tetapi ia lebih kerap berlaku sebelum menopaus atau selepas akil baligh.

Hipomenorea dapat didiagnosis melalui ultra-sonogram, ujian darah, dan ujian perubatan lain untuk memeriksa ketebalan dan penyebab aliran haid sedikit.

Penyebab-penyebab terjadinya haid sedikit

1. Efek sampingan pemakaian kontrasepsi

jenis alat kontrasepsi
Kesan sampingan menggunakan kaedah kontraseptif.

Selain faktor umur, ternyata penggunaan kontraseptif juga mampu menyebabkan hipomenorea.

Pil-pil kontrasepsi, IUD, atau implan mengandungi estrogen yang cukup rendah, sehingga mengurangkan pertumbuhan endometrium.

Hal tersebut menyebabkan endometrium saat menstruasi menjadi lebih sedikit.

2. Polycystic ovary syndrome (PCOS)

Sindrom ovarium polikistik adalah kelainan hormon wanita yang menghasilkan banyak sista-sista kecil di ovari.

Selain dapat menghasilkan hormon lelaki, dikenali sebagai androgen, penyakit ini juga mempengaruhi kitaran haid dan pendarahan anda- ini yang mengakibatkan hipomenorea.

Oleh itu, jika anda mengalami gejala PCOS dan darah haid sikit, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

3. Tekanan psikologi/ stres

Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, hal tersebut akan memberikan kesan terhadap menstruasi anda.

Otak anda mampu mengubah hormon kitaran period yang boleh menjadikan anda sama ada tidak mengalami period langsung atau kurang mengeluarkan darah period.

4. Hormon tidak seimbang

Kitaran haid anda diatur sebahagian besarnya oleh dua hormon iaitu estrogen dan progesteron.

Hormon ini akan menurun dan meningkat sepanjang kitaran anda dan sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan hormon, logiklah jika kitaran haid anda akan berubah.

Mempunyai hormon testosteron yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan darah haid sikit.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap hormon anda, anda harus meminta doktor untuk melakukan ujian ke atas anda.

haid sedikit
Kesan ketidakseimbangan hormon perempuan.

5. Anda menghidap hipertiroidisme

Tiroid anda berfungsi dalam mengawal bagaimana sel anda memetabolismekan tenaga, yang mempengaruhi tubuh anda dalam banyak cara.

Sekiranya anda mempunyai hipertiroidisme, itu bermakna kelenjar tiroid anda menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan.

Hal ini akan dapat menyebabkan anda berasa gugup dan cemas, mengalami masalah tidur, atau penurunan berat badan.

Ia juga boleh menyebabkan period anda lebih kurang daripada biasa.

Punca haid sedikit #6. Anda menuju menopause

punca period sedikit
Punca period tidak teratur.

Sekiranya anda berada dalam lingkungan umur di mana anda mungkin akan mengalami menopaus dan anda sedari bahawa haid semakin sikit, itu mungkin merupakan tanda yang anda sedang mengalami perimenopause.

Haid anda tidak akan berhenti secara tiba-tiba, ia bakal menjadi perlahan mungkin selama beberapa bulan.

Oleh itu, dalam tempoh berkenaan, darah haid keluar sedikit kemudian berhenti ini adalah perkara biasa.

Diet dan gaya hidup untuk wanita haid sedikit

Diet dan gaya hidup seseorang individu memainkan peranan yang sangat penting dalam faktor kualiti kesihatan.

Bagi para wanita yang mengalami darah haid keluar sedikit kemudian berhenti, terdapat senaman dan diet tertentu yang dapat diamalkan.

Bagi diet pemakanan:

Bagi aktiviti senaman:

Aktiviti yang ringan amat disyorkan seperti brisk walking, berkebun, yoga dan sebagainya.

Rumusan

Selalunya, haid sedikit tidak akan memberikan kesan yang serius terhadap kesihatan dan kebanyakan penyebab ini mudah diselesaikan.
Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengetahui punca darah haid keluar sedikit kemudian berhenti, supaya anda dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dengan melakukan rawatan mahupun ubat-ubatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hypomenorrhea. https://fertilitypedia.org/edu/symptoms/hypomenorrhea. Accessed 4 July 2022.
  2. Period irregular. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/why-are-my-periods-so-irregular-heavy-and-painful. Accessed 4 July 2022.
  3. What causes an extended period. https://www.mvorganizing.org/what-causes-an-extended-period/Accessed 4 July 2022.
  4. Irregular Periods. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14633-abnormal-menstruation-periods. Accessed 4 July 2022.
  5. Irregular Periods: Why Is My Period Late? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2020/november/irregular-periods-why-is-my-period-late. Accessed 4 July 2022.

Versi Terbaru

24/04/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Betul Ke Kaedah Kontraseptif Boleh MATIKAN Keinginan Nafsu Wanita?

7 Fakta Penting Tentang Proses Ovulasi, Orang Perempuan Kena Faham & Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan