backup og meta

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat & Tahan Lama

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat & Tahan Lama

Kini, terdapat begitu banyak pilihan tuala wanita yang boleh dipilih kaum Hawa ketika didatangi haid. Antara pilihan yang sedang hangat mendapat perhatian ialah cawan menstruasi atau turut dikenali sebagai menstrual cup. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu cawan menstruasi?

Cawan ini adalah sejenis produk kebersihan wanita ketika haid yang boleh digunakan semula.

Ia berbentuk cawan kecil yang fleksibel, diperbuat daripada getah atau silikon agar senang bagi anda masukkan ke dalam faraj untuk menahan dan mengumpulkan cecair darah haid.

Menstrual cup juga dapat menampung lebih banyak darah daripada kaedah lain, menyebabkan banyak wanita memilihnya sebagai alternatif yang mesra alam selain daripada tampon.

Selain itu, bergantung pada aliran, anda boleh memakai menstrual cup sehingga 12 jam.

Cara-cara menggunakan menstrual cup

cawan menstruasi

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan cawan menstruasi, dinasihatkan agar anda berbincang terlebih dahulu dengan pakar sakit puan anda.

Di dalam pasaran, cawan ini dijual dalam pebagai saiz, terdapat versi kecil dan juga besar. Oleh itu, anda harus terlebih dahulu mengetahui ukuran yang anda perlukan.

Untuk mengetahui ukuran yang tepat buat diri anda, perkara-perkara di bawah perlu dipertimbangkan:

  • Umur
  • Panjang serviks anda
  • Sama ada anda mempunyai aliran haid yang berat atau tidak
  • Kekuatan otot-otot pelvis anda
  • Pernah melahirkan secara normal (melalui faraj)

Cara memasukkan menstrual cup

Sekiranya anda boleh memasukkan tampon, pasti senang untuk anda memasukkan cawan menstrual.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakannya:

  • Basuh tangan anda dengan bersih
  • Sapukan air atau pelincir berasaskan air pada cawan
  • Lipat rapat cawan tersebut menjadi separuh, terdapat juga beberapa kaedah dalam melipatnya
  • Masukkan cawan ke dalam faraj anda seperti anda menggunakan tampon tanpa aplikator. Ia harus dimasukkan beberapa inci di bawah serviks anda
  • Setelah cawan berada di dalam faraj anda, putar. Ia akan menjadi terbuka untuk membuat kedapan udara yang berfungsi dalam menghentikan kebocoran

Jangan risau kerana anda tidak akan merasakan kewujudan cawan ini di dalam faraj anda jika memasukkannya dengan betul.

Anda juga harus dapat bergerak, melompat, duduk, berdiri, dan melakukan aktiviti seharian yang lain dengan bebas tanpa menyebabkan kedudukan cawan menstrual anda jatuh.

Cara-cara mengeluarkannya

Anda boleh memakai cawan menstruasi selama 6 hingga 12 jam, bergantung kepada sama ada anda mempunyai aliran haid banyak atau tidak.

Ini juga bermakna anda boleh menggunakan cawan untuk perlindungan semalaman.

Sekiranya cawan tersebut sudah penuh sebelum masa yang sepatutnya, anda mesti mengosongkannya lebih awal daripada waktu kebiasaan bagi mengelakkan berlakunya kebocoran.

Untuk mengeluarkan menstrual cup, ikuti langkah berikut:

  • Basuh tangan anda dengan bersih
  • Letakkan jari telunjuk dan ibu jari ke dalam faraj anda. Tarik batang cawan dengan lembut sehingga anda dapat mencapai pangkal faraj
  • Picit pangkal untuk melepaskan penutup dan tarik ke bawah untuk mengeluarkan cawan
  • Setelah selesai pemakaian, buang darah haid dalam cawan ke singki atau tandas dan bersihkan dengan cara merebusnya sebentar di dalam air panas

Penjagaan

Menstrual cup yang boleh digunakan semula hendaklah dibasuh dan dicuci bersih sebelum dimasukkan semula ke dalam faraj anda.

Cawan menstrual anda hendaklah dikosongkan sekurang-kurangnya 2  kali sehari.

Selain itu, ia boleh digunakan semula serta tahan lama; boleh bertahan selama 6 hingga 10 tahun dengan penjagaan yang betul.

Apakah kelebihan menggunakan cawan menstruasi?

cawan menstruasi

Ramai wanita memilih untuk menggunakan cawan menstruasi kerana:

  • Ia mesra bajet. Anda membayar harga hanya sekali untuk cawan menstrual yang boleh digunakan semula, tidak seperti tampon atau tuala wanita, yang harus dibeli secara berterusan
  • Cawan menstruasi lebih selamat. Ini kerana ia hanya mengumpulkan dan tidak menyerap darah, anda tidak akan mendapat risiko sindrom kejutan toksik (TSS), jangkitan bakteria yang berkaitan dengan penggunaan tampon juga jarang berlaku
  • Cawan ini mampu menampung lebih banyak darah. Ia dapat menampung sekitar satu hingga dua auns aliran haid. Tampon, sebaliknya, hanya dapat menampung sepertiga auns
  • Lebih mesra alam. Cawan menstruasi yang boleh digunakan semula boleh bertahan lama, yang bermaksud anda tidak menyumbang terhadap lambakan sampah kepada alam sekitar

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/menstrual-cups-vs-tampons-things-you-might-not-know-about-the-cup/
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/expert-answers/menstrual-cup/faq-20058249
  3. https://youngwomenshealth.org/2013/03/28/period-products/
  4. https://www.cdc.gov/niosh/topics/repro/femalereproductivesystem.html
  5. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10132-normal-menstruation

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bimbang Vagina Longgar Lepas Bersalin? Ibu Disarankan Buat 4 Tip Ini, Berkesan!

Alamak, Tampon Tersangkut Dalam Faraj! Tenang, Anda Boleh Cuba Cara Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan