backup og meta

Aduh! Plan Terganggu Sebab Datang Bulan? Jangan Risau, Ada Cara Mudah Hentikan Haid!

Aduh! Plan Terganggu Sebab Datang Bulan? Jangan Risau, Ada Cara Mudah Hentikan Haid!

Kadangkala, kedatangan haid boleh mengganggu ‘plan’ yang telah dirancang sekian lama bersama kawan atau pasangan. Apabila period, bermulalah episod PMS; perubahan mood, kembung perut, pening kepala dan sebagainya. Tidak pasal-pasal, anda pula merosakkan rancangan yang ditunggu-tunggu, kan? Jadi, wujudkah cara menghentikan haid?

Ha… Jangan terkejut ya! Sebenarnya ada cara menghentikan haid yang boleh dicuba!

Kedengaran macam mustahil bukan? Tunggu dulu.. Sebelum anda terus jatuh hukum, baca artikel ini hingga ke penghujung ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Bolehkah wanita menghentikan simptom haid mereka?

1 kajian kecil yang dijalankan pada kira-kira 450 wanita muda yang aktif secara fizikal melaporkan, sebanyak 74% peserta telah ‘memanipulasi’ kitaran haid mereka, dan 29% peserta pula melakukan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun!

Antara sebab yang membuatkan mereka ingin mencari cara menghentikan haid dengan cepat adalah kerana sudah rancang untuk percutian atau menyertai acara sukan.

Cara menghentikan haid dengan cepat

  • Menggunakan kontraseptif hormon
  • Mengambil pil pencegah kehamilan lebih awal
  • Menggunakan peranti intrauterin (IUD)

Namun begitu, sila dapatkan pandangan doktor untuk menentukan pilihan kontraseptif yang paling sesuai buat anda.

Sekarang, ayuh kita lanjut ke cara cara menghentikan haid!

Ini cara cara menghentikan simptom haid di rumah!

Setelah datang bulan, sebenarnya adalah mustahil untuk haid dihentikan.

Namun, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda buat untuk memperlahankan aliran atau mengurangkan kesan haid, dengan cara-cara berikut:

#1. Cawan haid

cara menghentikan haid
Cawan haid untuk menghentikan haid.

Cawan haid adalah pilihan yang kurang dikenali sebagai cara menghentikan haid dengan cepat.

Menurut sumber kajian 2019, cawan haid sebenarnya sama efektif dengan tampon dan produk kebersihan lain dalam mencegah kebocoran.

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi stigma berkaitan penggunaan produk haid, lebih-lebih lagi jenis yang perlu dimasukkan ke dalam faraj.

Perlu anda tahu, cawan haid tidak akan menjejaskan jumlah darah period sama sekali.

Bahkan, ia bantu menghentikan kebocoran yang tidak diingini dan membuatkan proses pembuangan darah lebih terkawal!

#2. Tuam panas, antara cara hentikan haid secara tradisional

Cara menghentikan haid ini boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan berkaitan haid, seperti senggugut!

Menurut tinjauan tahun 2018, penggunaan haba secara efektif dapat mengatasi kesakitan datang bulan.

Pun begitu, tinjauan menyatakan kebanyakan kajian mengenai topik ini adalah kecil, dan penyelidik perlu menjalankan kajian lanjut mengenai kesan penggunaan haba.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk menuam adalah:

  • Pek panas
  • Mandi air suam
  • Botol air panas
  • Membungkus panas untuk dituam

Tiada kajian yang menunjukkan haba dapat melambatkan pendarahan. Namun, pengurangan kesakitan mungkin menjadikan haid lebih terurus!

darah haid banyak
Punca haid terlalu banyak.

Ubat hentikan darah haid untuk umrah #3. Ambil ubat tahan sakit

Ubat tahan sakit seperti ibuprofen dapat mengatasi kesakitan dan kekejangan yang terjadi akibat period.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ibuprofen juga bantu mengurangkan jumlah pendarahan berkaitan haid.

Tetapi anda juga perlu tahu bahawa ibuprofen turut berupaya meningkatkan jumlah pendarahan.

Kajian lain menunjukkan, anda mungkin memerlukan sekitar 800 miligram (mg) atau 4 biji pil ibuprofen, 3 kali sehari untuk melihat penurunan darah haid sebanyak 30%.

Amaran bagi yang berhasrat mengambilnya, ibuprofen berisiko merengsakan lapisan perut jika diambil dengan perut kosong. Pastikan anda melapik perut dengan makanan ya!

Apa-apa pun, jika anda sedang mempertimbangkan ibuprofen sebagai ubat hentikan darah haid untuk umrah, dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

#4. Senaman berintensiti ringan hingga sederhana

Senaman yang berintensiti ringan hingga sederhana dapat bantu mengurangkan kekejangan haid. Bagaimana?

Aktiviti fizikal ini membuatkan badan melepaskan bahan kimia penahan sakit semula jadi, yang dikenali sebagai endorfin.

Pakar turut mengatakan bahawa bersenam ketika period berkemungkinan memberikan banyak faedah, termasuk mengurangkan senggugut!

Tambah pakar, senaman ringan seperti berjalan kaki, berpotensi melegakan rasa sakit serta membuatkan anda berasa lebih baik.

Namun, kalian juga perlu beringat bahawa senaman berlebihan dapat menyebabkan haid berhenti!

Sekiranya hal ini berlaku, berbincanglah dengan doktor atau pakar sakit puan kerana ia berisiko memicu masalah kesihatan yang lain.

Menghentikan haid buat jangka masa panjang, selamat ke?

makanan untuk hentikan haid
Petua tradisional untuk hentikan haid.

Sesetengah bentuk kontraseptif berupaya menyebabkan haid wanita terhenti berbulan-bulan lamanya, pada 1 masa.

Majoriti doktor juga menganggap adalah selamat untuk haid wanita terhenti selama 1 bulan atau lebih, menggunakan alat pencegah kehamilan.

1 kajian yang lebih lama mendapati, penggunaan kontraseptif oral secara berterusan tidak memberikan sebarang kesan jangka panjang yang buruk.

Satu-satunya kesan sampingan daripada kajian ini adalah pendarahan atau tompokan (spotting) di pertengahan kitaran, yang akan berkurang dengan sendirinya dari masa ke masa.

Selain itu, wanita mempunyai pilihan untuk menggunakan kontraseptif oral secara berterusan untuk mengelakkan haid selama berbulan-bulan.

1 kajian tahun 2014 turut mendapat hasil yang sama! Peserta kajian mengalami pendarahan atau spotting di pertengahan kitaran menstruasi sebagai kesan sampingan cara menghentikan haid.

Disebabkan itu, wanita perlu maklumkan kepada doktor sebab-sebab mereka ingin menghentikan period, supaya cara menghentikan haid yang terbaik dapat ditentukan.

Konklusinya, sila berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum melakukan cara menghentikan haid ini, okey?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 4 Ways to Decrease Menstrual Flow. https://uscfertility.org/4-ways-decrease-menstrual-flow/. Accessed June 14, 2022.
  2. Heavy Menstrual Bleeding. https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html. Accessed June 14, 2022.
  3. Menstrual suppression: current perspectives. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4075955/. Accessed June 14, 2022.
  4. Menstrual Suppression. https://www.nwhn.org/menstrual-suppression/. Accessed June 14, 2022.
  5. Physical activity and your menstrual cycle. https://www.womenshealth.gov/getting-active/physical-activity-menstrual-cycle. Accessed June 14, 2022.
  6. Use of Oral Contraceptives to Manipulate Menstruation in Young, Physically Active Women. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28459358/. Accessed June 14, 2022.
  7. Quick Dose: Can Ibuprofen Reduce Menstrual Flow? https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/can-ibuprofen-reduce-menstrual-flow. Accessed June 14, 2022.

Versi Terbaru

09/09/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Kena Tahu Dulu Risikonya, Boleh Bawa Jangkitan!

Sedang Merancang? Cuba Guna Kontrasepsi Bebas Hormon, Itu Mungkin Pilihan Yang Baik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan