Setelah dibentuk, kalkulus iaitu karang gigi tidak dapat disingkirkan dengan memberus gigi dan hanya boleh dibuang melalui prosedur scaling.
Keperluan prosedur mencuci gigi

Pembersihan gigi secara berkala oleh doktor gigi adalah penting untuk menyingkirkan karang gigi yang terus terbentuk walaupun dengan penjagaan gigi yang teliti.
Pembersihan profesional merangkumi mencuci dan menggilap gigi. Cuci gigi adalah rawatan bukan pembedahan yang biasa dilakukan untuk membuang karang gigi yang telah dijangkiti kuman.
Jika tidak dibuang, ia boleh membawa kepada penyakit periodontal atau gusi. Poket di antara gusi dan gigi akan menjadi lebih mendalam dan menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tumbuh.
Bakteria mula membiak dengan cepat dan akan menjangkiti lebih banyak gusi. Hal ini boleh menyebabkan kelarutan tulang yang menyokong gigi dan menjadikan gigi semakin longgar.
Jika kejadian tersebut berlaku, rawatan akan menjadi lebih rumit untuk menyelamatkan gigi anda. Pembedahan gusi diperlukan untuk memastikan tisu di sekitar gigi sihat.
Berapa kerapkah prosedur ini dilakukan?
Pembentukan plak pada gigi adalah proses yang berterusan. Sekiranya ia tidak dibuang dengan memberus gigi, ia boleh membentuk karang gigi dengan lebih pantas.
Individu yang berada dalam keadaan tersebut mungkin memerlukan pembersihan gigi berkala, setiap 6 bulan atau lebih.
Namun, adalah lebih baik jikalau pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin setiap 6 bulan supaya doktor gigi boleh memeriksa kesihatan mulut anda.
Ramai yang beranggapan bahawa prosedur pembersihan karang gigi boleh melemahkan dan menghakis gigi tetapi ia salah sama sekali.
Prosedur pembersihan gigi secara berkala boleh membantu mencegah penyakit gusi dalam jangka masa panjang.
Baca juga:
Risiko prosedur pembersihan gigi
Selalunya, prosedur ini sangat selamat jika dijalankan oleh pakar gigi yang berpengalaman. Risikonya sangat rendah berbanding dengan prosedur yang lain.
Namun, ia boleh menyebabkan bakteria berbahaya masuk ke dalam aliran darah melalui luka semasa prosedur ini.
Selain itu, tisu gusi juga berisiko untuk dijangkiti kuman. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum atau selepas prosedur jika mempunyai keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.
Kumpulan individu yang perlu mengambil antibiotik untuk prosedur ini termasuklah :
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen