Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Gusi Berdarah Masa Floss Gigi? Ini Sebab dan Cara Betul Nak Elak!
Ramai orang masih menganggap flos gigi sebagai langkah tambahan, bukan keperluan harian. Hakikatnya, flos gigi penting untuk membersihkan bahagian antara gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi. Tanpa rutin flos ini, sisa makanan dan bakteria mudah terkumpul hingga menyebabkan plak, gusi bengkak dan nafas berbau.
Untuk memastikan anda tak takut lagi nak guna flos, mari ketahui jenis, cara, dan kekerapan yang betul supaya gigi kekal sihat tanpa rasa sakit atau berdarah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klikdi sini.
Jenis floss gigi yang sesuai untuk anda
Jenis floss yang biasa digunakan.
Terdapat pelbagai jenis floss gigi di pasaran dan pemilihannya bergantung pada keadaan gigi dan keperluan individu.
Antara jenis floss gigi yang biasa digunakan ialah:
Floss lilin (waxed floss): Sesuai untuk gigi yang rapat kerana lapisan lilin membantu ia mudah meluncur di antara celah gigi
Floss tanpa lilin (unwaxed floss): Lebih nipis dan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang gigi luas
Floss pita (dental tape): Lebih lebar dan lembut, sesuai untuk gigi sensitif
Floss bertangkai (floss pick): Praktikal dan mudah digunakan bagi kanak-kanak atau ketika berada di luar rumah
Floss elektrik (water flosser): Menggunakan semburan air bertekanan untuk membersihkan plak dan sisa makanan tanpa tekanan kuat pada gusi
Memilih jenis floss yang sesuai membantu mengurangkan risiko pendarahan dan menjadikan rutin kebersihan mulut lebih selesa.
Flos gigi: kekerapan menggunakan floss gigi
Ramai tertanya-tanya, “Perlu ke floss setiap hari?” Jawapannya – ya. Menurut pakar pergigian, kekerapan menggunakan floss gigi yang disarankan ialah sekali sehari, idealnya pada waktu malam sebelum tidur.
Sebabnya:
Pada waktu malam, air liur berkurangan, menjadikan bakteria mudah membiak
Sisa makanan yang tertinggal antara gigi boleh menyebabkan plak dan bau mulut
Floss pada malam hari membantu membersihkan gigi sebelum bakteria sempat membentuk lapisan plak
Namun, jika anda banyak makan makanan manis atau melekit, meningkatkan kekerapan menggunakan floss gigi kepada dua kali sehari boleh membantu mengurangkan risiko gigi berlubang.
Cara menggunakan floss gigi dengan betul
Floss gigi setiap hari untuk menyingkirkan sisa makanan yang melekat.
Penggunaan flos gigi yang salah boleh menyebabkan gusi luka atau berdarah.
Ini langkah cara menggunakan floss gigi dengan betul:
Ambil sekitar 45 cm tali flos dan lilit di jari tengah kedua-dua tangan.
Pegang dengan ibu jari dan jari telunjuk, pastikan flos tegang.
Selitkan perlahan-lahan di antara gigi, gerakkan naik-turun secara lembut.
Jangan tarik terlalu kuat ke gusi. Gunakan bentuk seperti huruf “C” mengikut lekuk gigi.
Gunakan bahagian flos yang bersih untuk setiap celah gigi.
Cara menggunakan floss gigi ini bukan saja mencegah luka pada gusi, malah memastikan semua sisa makanan dibuang sepenuhnya.
Kebaikan floss gigi yang ramai tak tahu
Ramai tak sedar bahawa kebaikan floss gigi bukan sekadar membersihkan celah gigi, tetapi juga menyokong kesihatan keseluruhan.
Antara kebaikan floss gigi termasuk:
Mengurangkan risiko pembentukan plak dan karang gigi
Menggunakan flos lama atau kotor boleh memindahkan bakteria
Flos bertangkai yang dikongsi antara individu boleh menyebabkan penyebaran kuman
Untuk mengelakkan keburukan floss gigi, pastikan anda gunakan teknik yang betul dan selalu ganti flos baru setiap kali digunakan.
Ini bagaimana gigi berlubang berlaku.
Flos gigi setiap hari!
Menjadikan flos gigi sebagai rutin harian bukan sekadar menjaga senyuman, namun ia membantu kesihatan gusi, gigi dan seluruh tubuh.
Pilih jenis floss gigi yang sesuai, amalkan kekerapan menggunakan floss gigi setiap hari dan pelajari cara menggunakan floss gigi dengan betul.
Langkah kecil ini mampu memberi perbezaan besar kepada kesihatan mulut anda!
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Flossing. https://www.mouthhealthy.org/all-topics-a-z/flossing. Diakses pada Oktober 22, 2025.
Flossing. https://teeth.org.au/flossing. Diakses pada Oktober 22, 2025.
How To Properly Floss Your Teeth. https://health.clevelandclinic.org/how-to-floss-your-teeth. Diakses pada Oktober 22, 2025.
Floss/Interdental Cleaners. https://www.ada.org/resources/ada-library/oral-health-topics/floss. Diakses pada Oktober 22, 2025.
Is it more effective to floss teeth with a water flosser or with dental floss?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/dental-floss/faq-20058112. Diakses pada Oktober 22, 2025.
Versi Terbaru
27/10/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor