Menurut Academy of General Dentistry, menggunakan pencungkil gigi adalah baik jika tiada pilihan lain dan jika anda berhati-hati. Tetapi doktor gigi tidak mengesyorkannya untuk kegunaan harian. Mengapa? Kayu ini boleh terpatah dan tercucuk masuk dalam tisu gusi. Apabila tisu gusi tertembus, bakteria boleh masuk dan menyebabkan jangkitan. Sekiranya anda adalah seorang pengguna tegar pencungkil gigi, doktor gigi anda mungkin akan mendapati beberapa kerosakan pada gusi semasa pemeriksaan gigi.
Walaupun kayu kecil ini tidak elok untuk kesihatan mulut anda, ia mempunyai fungsi-fungsi lain seperti menguji kek dan membersihkan papan kekunci. Yang penting, jauhkan ia daripada mulut anda!
Cara membersihkan gigi dengan betul
Cara yang sesuai untuk mengeluarkan sisa makanan dari gigi anda adalah dengan menggunakan floss. Floss sekali sehari juga menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada sisi gigi. Selain memberus gigi dengan menyeluruh, floss sangat penting dalam membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.
Sesiapa yang mempunyai artritis atau kesukaran mengendalikan floss di sekitar mulut boleh membeli floss dengan pemegang. Bergantung pada keperluan khusus seseorang, seorang doktor gigi mungkin mencadangkan alat khas seperti spiral brush (terutama mereka yang mempunyai fixed bridges) atau water flosser (floss air), alat floss gigi di rumah yang menggunakan aliran air yang disasarkan untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan di antara gigi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen