backup og meta

Ini 5 Punca Sebenar Gigi Berlubang! Bukan Sebab Banyak Makan Manis Sahaja

Ini 5 Punca Sebenar Gigi Berlubang! Bukan Sebab Banyak Makan Manis Sahaja

Kadangkala, akan timbul rasa sakit pada gigi dengan tiba-tiba tanpa tahu apa punca di sebaliknya. Wujud banyak kondisi yang boleh menjadi dalangnya, salah satunya, gigi berlubang!

Persoalannya, apa pula punca kondisi ini berlaku? Terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana boleh berlaku gigi berlubang?

Untuk pengetahuan anda semua, masalah ini akan bermula daripada pembentukan plak – lapisan yang terlekat pada gigi dan terbentuk hasil pengumpulan sisa makanan serta air liur.

Apabila anda makan dan minum tetapi jarang membersihkan mulut, maka plak akan mula wujud. Apa yang lebih membimbangkan, ia juga boleh menjadi habitat bakteria untuk membiak.

Bakteria yang wujud pada plak gigi ini akan mengeluarkan asid. Akibatnya, asid ini bakal merosak dan menghakis lapisan gigi yang paling luar (enamel) lantas membuatkan ia berlubang.

gigi berlubang

Buat anda yang terfikir dan tertanya, sebenarnya ada banyak perkara atau faktor risiko yang akan meningkatkan potensi masalah ini terjadi. Disebabkan itu juga, anda perlu lebih peka dengan apa yang bakal kami nyatakan di bawah nanti ya?

Tabiat yang meningkatkan risiko gigi berlubang!

Ramai percaya sakit gigi berlubang itu tidak jauh berbeza dengan sakit wanita bersalin. Mungkin benar, mungkin juga tidak. Persoalannya, apakah habit yang boleh menyebabkan seseorang mendapat masalah gigi ini?

Elakkan tabiat-tabiat buruk berikut agar gigi anda sentiasa sihat dan kuat:

#1. Jarang gosok gigi

Menurut saranan doktor dan pakar gigi, anda perlu gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pagi dan malam) untuk mengelakkan pembentukan plak atau bau mulut yang busuk.

Ini kerana kekotoran dari sisa makanan atau sebarang anasir buruk lain yang tertinggal di dalam mulut itu akan jadi habitat bakteria penyebab plak lantas membawa kepada punca gigi berlubang.

Ketika menggosok gigi pula, jangan terlalu laju atau kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan enamel!

#2. Kurang flos gigi

Kalau gosok gigi juga rasa malas, apatah lagi mahu flos bukan? Sebenarnya, rutin menggosok itu sahaja tidak cukup untuk membersihkan gigi kerana anda masih perlu buat rutin memflos.

Ini kerana bakteria penyebab plak ini bukan sahaja boleh wujud pada kawasan gigi yang terdedah, malahan juga selalu ada tersorok terutama pada celah-celah di antara gigi anda.

gigi berlubang

Apabila memflos gigi anda, jangan terlalu laju dan kuat kerana ia boleh membuat gusi anda luka!

Punca sakit gigi berlubang #3. Mulut kering

Institute of Medicine of the National Academies menyarankan wanita untuk minum air kosong sekitar 2.7 liter sehari dan 3.7 liter pula bagi lelaki. Kenapa? Ia penting untuk mengelakkan diri anda daripada dehidrasi dan masalah pada oral!

Baca lagi artikel berkaitan:

Mulut kering turut boleh jadi punca lubang pada gigi ekoran kewujudan air liur yang tidak cukup dalam mulut akan menyebabkan kawasan dalam oral kurang kelembapan semula jadi.

Akibatnya, bakteria di dalam mulut akan sukar untuk dilawan selain mengakibatkan banyak lagi masalah oral yang lain seperti ulser, bau mulut, gigi sensitif, gusi lembut dan lain-lain.

#4. Makan hidangan yang manis

Selain untuk elak kencing manis, tahukah anda bahawa makanan manis juga sangat tidak bagus untuk kesihatan oral individu? Ia juga mungkin boleh jadi antara punca lubang di gigi.

Alasannya, makanan dan minuman manis itu akan menggalakkan pergerakan dan pertumbuhan bakteria sedia ada sekali gus mengakibatkan lebih banyak plak wujud pada sekitar gigi.

gigi berlubang

Apa yang lebih membimbangkan adalah makanan dan minuman manis itu akan mengakibatkan rasa sakit apabila ia terkena pada lubang tersebut. Namun, kami tidak kata anda tidak boleh makan manis-manis, cuma hadkan atau kurangkan pada kadar berpatutan ya?

#5. Makan makanan yang masam

Jangan hanya fokus pada makanan dan minuman yang manis sahaja. Segala juadah dengan rasa masam juga wajar dielakkan untuk mencegah lubang pada gigi terbentuk dengan mudah.

Anda perlu tahu bahawa pendedahan sesuatu dengan rasa masam melampau itu akan membawa kepada masalah pengurangan mineral di dalam gigi, lantas menjadi punca masalah kaviti.

Ini berkaitan dengan kadar pH dalam mulut yang perlu ideal agar tidak cepat menjadi habitat untuk bakteria hidup. Jadi, sila waspada dengan pengambilan buah sitrus masam seperti lemon, limau dan macam-macam lagi termasuk juga ubat gigi!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 6 Main Reasons Why You Get Tooth Decay, https://peacehaven.dentist/news/6-main-reasons-get-tooth-decay/, Accessed  June 1 2022.
  2. 5 Common Myths About Cavities, https://omahadentists.net/blog/5-common-myths-about-cavities/, Accessed  June 1 2022.
  3. 5 Amazingly Simple Things You Can Do to Prevent Cavities, https://dentistry.uic.edu/news-stories/5-amazingly-simple-things-you-can-do-to-prevent-cavities/, Accessed  June 1 2022.
  4. Top 9 Foods That Damage Your Teeth, https://www.mouthhealthy.org/en/nutrition/food-tips/9-foods-that-damage-your-teeth, Accessed  June 1 2022.
  5. Preventing tooth decay, https://www.dentalhealth.org/preventing-tooth-decay, Accessed  June 1 2022.

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

9 Makanan Ini Dianggap Sihat Tapi Boleh Buat GIGI Rosak, #3 Paling Mengejutkan!

7 Tabiat Ini Punca Anda Ada Masalah Pada Gigi! Baik Hentikan Segera!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan