backup og meta

Tumor Gigi Dan Gusi, Apa Beza Antara 2 Jenis Ketumbuhan Dalam Mulut Ini?

Tumor Gigi Dan Gusi, Apa Beza Antara 2 Jenis Ketumbuhan Dalam Mulut Ini?

Apabila anda perasan seperti ada benjolan dalam mulut yang abnormal, anda mungkin akan keliru sama ada ia adalah tumor gusi atau tumor gigi, sedangkan kedua-duanya adalah kondisi berbeza!

Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai perbezaan dua jenis ketumbuhan ini, teruskan baca artikel.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Apa itu tumor gusi?

Ketumbuhan atau tumor gusi (epulis) adalah sejenis kondisi di mana muncul jisim abnormal pada jaringan lembut gusi (gingiva) yang mungkin tidak atau belum bersifat kanser.

Terdapat beberapa jenis epulis yang mungkin biasa berlaku dengan punca dan gejala berbeza iaitu:

  • Epulis fibromatosa – Jenis paling umum dengan karakteristik warna merah, rasa sakit dan biasa wujud di sekitar gigi berlubang angkara luka dan iritasi
  • Epulis kongenital – Jenis yang biasa berlaku pada bayi baru lahir dan akan muncul pada sekitar kawasan gusi bahagian atas dengan ukuran 0.5 ke 2 cm
  • Epulis gravidarum – Jenis yang biasa berlaku pada wanita hamil ketika trimester pertama dan kedua akibat perubahan hormon di dalam tubuh badan
  • Epulis (tumor gusi) granulomatosa – Jenis yang biasa berlaku pada lubang bekas cabut gigi atau prosedur perawatan klinikal gigi lain jika tidak jaga tahap kebersihan
  • Epulis gigantoselulare – Jenis yang biasa berlaku angkara trauma cabut gigi dan memiliki karakteristik warna biru atau ungu dan mudah mengalami pendarahan

tumor gusi

  • Epulis fissuratum – Jenis yang biasa berlaku akibat penggunaan gigi palsu tidak sesuai kerana tulang di bawah gigi palsu berubah seiring peningkatan usia
  • Granuloma piogenik – Jenis tumor gusi paling biasa terjadi kepada golongan remaja yang gemar melakukan perawatan ortodontik seperti braces gigi atau crown gigi

Apa pula tumor gigi?

Ketumbuhan pada gigi atau odontoma pula adalah sejenis kondisi di mana muncul jisim abnormal pada kawasan akar gigi (root canal) yang mungkin tidak atau belum bersifat kanser.

Terdapat dua jenis odontoma yang mungkin biasa berlaku dengan punca dan gejala berbeza yakni:

  • Odontoma compound – Jenis yang ditemui dengan bentuk hampir sama dengan bentuk gigi normal
  • Odontoma complex Jenis yang ditandai dengan kemunculan ketumbuhan pada gigi yang tidak teratur

Dalam erti kata lebih mudah, kedua-dua jenis kondisi ini adalah tumor yang wujud di dalam mulut cuma ia berbeza dari aspek di mana tempat ia berlaku – epulis itu terjadi di jaringan lembut gusi manakala odontoma pula terjadi di kawasan akar gigi.

Ketumbuhan di dalam mulut ini bahaya?

tumor gusi

Apabila membincangkan topik tentang tumor, sudah pasti ramai yang mengaitkan ia dengan kanser. Pun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana kedua-duanya mungkin tidak bersifat kanser.

Tumor pada gigi dan gusi ini mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan pada gusi, gigi, rahang dan kawasan sekitar serta gangguan ketika menelan makanan dan minuman atau semasa bertutur.

Meskipun risiko tumor ini untuk berubah menjadi kanser itu kecil, anda masih perlu rujuk dengan doktor!

Bagaimana cara untuk rawat kondisi ini?

Sekiranya anda perasan ada benjolan dalam mulut dan khuatir jika ia adalah ketumbuhan gusi atau gigi, jangan berlengah lagi dan segera berjumpa dengan doktor untuk buat diagnosis.

Rawat ketumbuhan pada gusi dengan…

Doktor akan melakukan pemeriksaan gusi anda melalui beberapa jenis prosedur seperti berikut:

  • Rontgen gigi
  • Biopsi kanser
  • Pemeriksaan CT
  • Pemeriksaan MRI

Selepas doktor mengesahkan bahawa anda ada ketumbuhan pada gusi, maka ada beberapa cara untuk merawatnya dalam usaha untuk menyingkirkan tumor ini daripada mulut anda.

Pertama, anda mungkin akan dinasihatkan untuk mencabut gigi, scaling atau root planing. Jika ia sudah berada pada tahap teruk, maka pembedahan minor mungkin diperlukan.

tumor gusi

Rawat ketumbuhan pada gigi dengan…

Sama seperti tumor gusi, tumor gigi perlu diperiksa terlebih dahulu melalui pemeriksaan berikut:

  • Rontgen gigi
  • Biopsi kanser
  • Pemeriksaan CT
  • Pemeriksaan MRI
  • Histologi odontoma

Selepas doktor mengesahkan bahawa anda ada ketumbuhan pada gigi, maka ada beberapa cara untuk merawatnya dalam usaha untuk menyingkirkan tumor ini daripada mulut anda.

Pun begitu, tidak wujud kaedah lain dan satu-satunya cara untuk rawat tumor pada gigi ini adalah melalui prosedur pembedahan minor untuk membuang ketumbuhan yang wujud.

Konklusinya, kedua-dua benjolan di dalam mulut ini mungkin perlu dirujuk dan didiagnosis oleh doktor melalui prosedur klinikal serta perlu dibuang melalui pembedahan minor.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mouth cancer, https://www.nhs.uk/conditions/mouth-cancer/, Accessed Apr 26 2022.
  2. Oral Cancer, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11184-oral-cancer, Accessed Apr 26 2022.
  3. Epulis, https://dermnetnz.org/topics/epulis, Accessed Apr 26 2022.
  4. Epulides, https://exodontia.info/epulides/, Accessed Apr 26 2022.
  5. Odontoma, https://radiopaedia.org/articles/odontoma, Accessed Apr 26 2022.
  6. Odontomes, https://exodontia.info/odontomes/, Accessed Apr 26 2022.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pasang 'Crown' Untuk 'Cover' Gigi Rosak, Ini 5 Bahaya Yang Bakal Datang!

Penyakit Gusi & Mulut (Gingivitis & Periodontitis)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan