Sejarah awal Black Friday bermula di Amerika Syarikat. Di mana ia merupakan satu jualan murah daripada pelbagai jenama yang berlangsung sehari selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day). Menariknya, jualan murah setahun sekali ini, sudah diraikan secara global dan Malaysia merupakan antara negara yang tidak terkecuali untuk meraikannya.
Tabiat online shopping
Mudah dan menjimatkan masa merupakan antara faktor mengapa kebanyakan individu lebih gemar online shopping. Ia boleh dilakukan walaupun pada ketika kita menggunakan internet berkenaan dengan perkara lain.
Menurut saintis, konsep “cue-reactivity” atau keseronokan membeli-belah atas talian merupakan cara iklan sasaran dan tajaan atas talian memanfaatkan konsep belian atas talian ini. Sebelum membuatkan individu menekan butang ‘Beli’, para peniaga perlu menarik perhatian pembeli dan membuatkan mereka berminat untuk mengklik paparan iklan atau tajaan.
Tindak balas ini bergantung kepada bagaimana seseorang individu teruja melihat item yang dijual dan sama ada ia boleh mendatangkan keinginan untuk melakukan pembelian.
Kedua-dua konsep ini cue-reactivity dan keinginan wujud dari bidang ketagihan tingkah laku (behavioral addiction), sama seperti masalah ketagihan perjudian dan porno. Terdapat pelbagai istilah yang diberikan kepada individu dengan ketagihan dalam membeli-belah. Antaranya:
Tiga faktor
Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE mengkaji mengenai persamaan antara ketagih dan membeli secara online. Sehingga kini, saintis masih lagi cuba untuk mengkategorikan tabiat membeli-belah atas talian dan adakah sama seperti gangguan kawalan impuls (impulse control disorders), gangguan obsesif-kompulsif (obsessive-compulsive disorders) atau ketagihan.