backup og meta

Gangguan Obsesif-Kompulsif

Definisi

Apa itu Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah gangguan psikiatri yang mempengaruhi pemikiran dan kelakuan penderita. Mereka dibebani pemikiran yang muncul secara terus-menerus yang akhirnya membuatkan mereka melakukan sesuatu berulang-ulang kali sebagai respon terhadap kegelisahannya. Sebagai contoh, memeriksa berulang kali sama ada mereka telah mengunci pintu atau belum. Mereka yang mengalami OCD boleh cuba untuk menghilangkan pemikiran tersebut, namun hal ini hanya akan menjadikan mereka tertekan dan cemas. Akhirnya, mereka terpaksa mengambil tindakan untuk melegakan tekanan yang dialami.

Apakah kebarangkalian Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Gangguan obsesif-kompulsif selalunya muncul di bawah usia 20 tahun, terutamanya pada mereka yang pernah mengalami pelbagai tekanan dalam kehidupan. Simptom-simptom ini kadang-kadang boleh dikawal namun tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Sila rujuk doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Tanda-tanda dan simptom-simptom penderita OCD biasanya merakam perilaku obsesif dan kompulsif yang bukan disebabkan penggunaan ubat atau kondisi lain. Ia menyebabkan stres dan menjejaskan kehidupan seharian si penderita. Terdapat banyak jenis kelakuan obsesif dan kompulsif, seperti:

Pemikiran yang keterlaluan:

  • Mengalami pemikiran yang tidak diingini seperti imej-imej ganas.
  • Merasa bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang salah dan sesuatu yang buruk akan berlaku.
  • Kebimbangan keterlaluan terhadap kebersihan diri, kotoran dan bakteria.
  • Kerisauan secara berlebihan terhadap pencemaran dan kemungkinan jatuh sakit.

Tingkah laku yang kompulsif:

  • Bangun beberapa kali pada waktu malam untuk memastikan alat peranti telah dimatikan, pintu dikunci dan tingkap ditutup.
  • Susun pakaian, kasut atau pinggan dalam urutan yang sama atau arah tertentu, sebagai respon terhadap rasa resah.
  • Basuh tangan berulang-ulang kali kerana takut terhadap jangkitan (walaupun ini tidak mungkin berlaku).

Mereka yang mengalami OCD selalunya tiada niat untuk berkelakuan sedemikian, namun ia adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal. Tingkah laku kompulsif biasanya terjadi pada waktu siang dimana si penderita pada kebanyakan masa berasa terganggu sehingga membuatnya sukar untuk melakukan kerja yang lebih berguna.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor jika:

  • Gangguan obsesif yang keterlaluan sehingga mempengaruhi kualiti hidup anda.
  • Merasai simptom-simptom fizikal seperti sakit dada atau palpitasi, atau jika anda mempunyai pemikiran untuk bunuh diri atau melakukan pembunuhan.

Punca

Apakah Punca Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Pada masa ini para saintis masih belum mengetahui punca yang menyebabkan obsesif-kompulsif. Beberapa faktor boleh menyumbang kepada penyakit ini termasuk:

Kecederaan kepala;

Jangkitan;

Mempunyai keabnormalan fungsi di kawasan-kawasan tertentu otak;

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko gangguan kompulsif-obsesif termasuk:

Sejarah keluarga: ibu bapa atau ahli keluarga yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif boleh meningkatkan risiko anda.

Mengalami peristiwa-peristiwa yang membuatkan anda berasa tertekan atau kecenderungan anda untuk bertindak balas dengan agresif terhadap tekanan dapat meningkatkan risiko gangguan obsesif-kompulsif.   

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gangguan Obsesif-Kompulsif didiagnosis?

Doktor sering mendiagnosis OCD berdasarkan simptom-simptom yang anda gambarkan. Doktor anda juga akan menjalankan pemeriksaan kinikal untuk menyisihkan sebab-sebab lain dari simptom-simptom anda. Juga, doktor juga mungkin menjalankan penilaian psikologi. Dalam kaedah penilaian psikologi, doktor boleh menyemak status pesakit mental dengan memerhati penampilan, sikap dan bertanya tentang fikiran, mood, paranoia, halusinasi, ketagihan penyalahgunaan bahan dan keupayaan untuk keganasan atau bunuh diri.

Bagaimana pesakit Gangguan Obsesif-Kompulsif dirawat?

Gangguan obsesif-kompulsif boleh dirawat menggunakan terapi kombinasi dan terapi perilaku kognitif.

Ubat: Doktor boleh menetapkan ubat-ubatan untuk membantu mengawal obsesi mental dan tingkah laku kompulsif. Biasanya, anti-depresan akan digunakan terlebih dahulu dan mungkin termasuk:

Clomipramine (Anafranil);

Fluvoxamine (Luvox CR);

Fluoxetine (Prozac);

Paroxetine (Paxil, Pexeva);

Sertraline (Zoloft).

Terapi perilaku kognitif: Jika anda sering mempunyai pemikiran negatif, ini boleh menyebabkan anda mengalami gangguan mental dalam jangka masa panjang. Terapi kognitif dapat membantu anda untuk mengenal pasti tabiat-tabiat yang dilakukan separa sedar yang menyebabkan pemikiran itu berlaku. Selanjutnya, terapi tingkah laku dan panduan latihan akan membantu anda untuk mengenal pasti tabiat lain bagi mengelakkan pemikiran negatif. Apabila cara pemikiran anda berubah, itu bermakna simptom-simptom telah berjaya diatasi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gangguan Obsesif-Kompulsif?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi gangguan obsesif-kompulsif:

  • Beritahu doktor anda jika simptom-simptom ini berterusan atau semakin teruk selepas rawatan untuk beberapa waktu.
  • Beritahu doktor anda jika anda mempunyai simptom-simptom baru atau anda tidak merasa sihat ketika mengambil ubat.
  • Lakukan senaman secara sederhana.
  • Ambil ubat anda seperti yang diarahkan oleh doktor anda walaupun anda sudah berasa lebih baik. Menghentikan pengambilan ubat-ubatan boleh menyebabkan simptom-simptom gangguan obsesif-kompulsif kembali.
  • Hubungi doktor anda sebelum mengambil sesuatu ubat atau makanan berfungsi (makanan  yang mempunyai nutrien khusus yang ditambahkan kepadanya seperti vitamin dan mineral, untuk tujuan tertentu).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Download version.
Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station, NJ, Merck Research Laboratories. Print edition. Page 860.
Obsessive compulsive disorder. http://familydoctor.org/familydoctor/en/diseases-conditions/obsessive-compulsive-disorder.printerview.all.html. Accessed July 14, 2016.
Obsessive compulsive disorder. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000929.htm. Accessed July 14, 2016.
Obsessive compulsive disorder. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ocd/basics/lifestyle-home-remedies/con-20027827. Accessed July 14, 2016.
Obsessive compulsive disorder. http://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd/index.shtml#part_145349. Accessed July 14, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Lyna Alfira Jamal Mohamed

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Lyna Alfira Jamal Mohamed · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan