backup og meta

Adakah Anda Ketagihan Online Shopping?

Adakah Anda Ketagihan Online Shopping?

Siapa yang tak pernah online shopping? Boleh dikatakan hampir semua orang pernah membeli barang atas talian. Tetapi adakah tabiat ini boleh menjurus kepada satu masalah psikologi? 

Lagi-lagi menjelang jualan Black Friday pada 29 November nanti. Makin menjadi-jadilah beli macam-macam barangan online. Haaa…ada yang garu kepala. Tak tahu apa itu jualan Black Friday

Sejarah awal Black Friday bermula di Amerika Syarikat. Di mana ia merupakan satu jualan murah daripada pelbagai jenama yang berlangsung sehari selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day). Menariknya, jualan murah setahun sekali ini, sudah diraikan secara global dan Malaysia merupakan antara negara yang tidak terkecuali untuk meraikannya. 

Tabiat online shopping

Mudah dan menjimatkan masa merupakan antara faktor mengapa kebanyakan individu lebih gemar online shopping. Ia boleh dilakukan walaupun pada ketika kita menggunakan internet berkenaan dengan perkara lain.

Menurut saintis, konsep “cue-reactivity”  atau keseronokan membeli-belah atas talian merupakan cara iklan sasaran dan tajaan atas talian memanfaatkan konsep belian atas talian ini. Sebelum membuatkan individu menekan butang ‘Beli’, para peniaga perlu menarik perhatian pembeli dan membuatkan mereka berminat untuk mengklik paparan iklan atau tajaan.

Tindak balas ini bergantung kepada bagaimana seseorang individu teruja melihat item yang dijual dan sama ada ia boleh mendatangkan keinginan untuk melakukan pembelian. 

Kedua-dua konsep ini cue-reactivity dan keinginan wujud dari bidang ketagihan tingkah laku (behavioral addiction), sama seperti masalah ketagihan perjudian dan porno. Terdapat pelbagai istilah yang diberikan kepada individu dengan ketagihan dalam membeli-belah. Antaranya:

  • Pathological buying 
  • Compulsive buying
  • Buying addiction
  • Oniomania

Tiga faktor

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE mengkaji mengenai persamaan antara ketagih dan membeli secara online. Sehingga kini, saintis masih lagi cuba untuk mengkategorikan tabiat membeli-belah atas talian dan adakah sama seperti gangguan kawalan impuls (impulse control disorders), gangguan obsesif-kompulsif (obsessive-compulsive disorders) atau ketagihan. 

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terdedah kepada ketagihan membeli-belah secara online.

1. Hindari interaksi sosial

Terdapat pertindihan antara pathological buying dan anxiety-social anxiety. Bagi individu yang tidak suka situasi sesak dan interaksi sosial, membeli-belah online adalah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Kebiasaannya individu dengan tabiat membeli-belah ini sering berasa malu dan ingin melindungi tabiat mereka. Tetapi ia akan memburukkan lagi isu menghindari interaksi sosial yang dialami. 

2. Kepelbagaian dan ketersediaan item

Pembelian barangan atas talian sememangnya dapat memberikan kepuasan kepada individu yang sukakan kepelbagaian pilihan. Tambahan pula, jualan di atas talian tidak pernah terhenti. Keadaan ini sekali gus meningkatkan lagi keinginan untuk membeli-belah.

3. Kepuasan segera

Individu yang sukakan kepuasan segera adalah lebih cenderung kepada pembelian atas talian dengan hanya satu klik. Keadaan ini dapat memuaskan kitaran keinginan dan ganjaran. 

Bagaimana membezakan ketagihan membeli-belah atas talian atau mereka yang membeli secara sederhana? Mudah. Individu dengan ketagihan berasa masa mereka terisi dengan membeli-belah. Mereka juga cenderung berasa seperti tidak mempunyai kawalan ke atas tabiat itu walaupun pada akhirnya mereka akan berdepan dengan isu kerja, masalah perhubungan serta bankrap dari segi kewangan. 

Jadi adakah anda ketagihan online shopping?

Tanda ketagihan membeli-belah secara online

Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda mungkin sudah ketagihan ber-shopping secara online, seperti:

  • Saya berasa saya tidak boleh berhenti membeli secara online  walaupun saya mahu dan/atau mencuba berhenti
  • Tabiat ini sudah menjejaskan hubungan, kerja dan situasi kewangan 
  • Pasangan, ahli keluarga dan rakan amat khuatir mengenai tabiat saya ini yang menyebabkan berlakunya pergaduhan
  • Saya sentiasa memikirkan tentang keinginan untuk membeli-belah atas talian
  • Saya menjadi marah apabila tidak dapat ber-shopping 
  • Saya menyembunyikan barangan yang saya beli kerana tidak mahu individu lain berasakan bahawa saya menghabiskan duit untuk barangan yang tidak perlu
  • Sering kali saya berasa bersalah selepas membeli secara online
  • Masa saya lebih banyak dihabiskan dengan membeli atas talian berbanding melakukan aktiviti yang saya sukai
  • Saya selalu membeli barangan yang tidak diperlukan walaupun saya tidak mampu

Kesimpulan 

Sebenarnya tidak salah untuk melakukan online shopping. Tetapi harus berwaspada agar tidak melakukan pembaziran sewaktu membeli-belah. Pastikan anda membeli barang mengikut keperluan dan bukan berasaskan nafsu semata-mata. 

Dan kepada anda yang mungkin ingin membeli ketika jualan Black Friday, pastikan anda tahu mengawal keinginan anda dan tidak membeli sesuatu hanya berasaskan nafsu semata-mata. Jangan nanti sampai menyesal sebab membeli sesuatu yang tidak perlu, okay?

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/urban-survival/201511/10-signs-you-re-addicted-online-shopping /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.forbes.com/sites/blakemorgan/2017/09/12/the-behavioral-psychology-of-in-store-and-online-shoppers/#5e08bc4b1f10 /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.verywellmind.com/shopping-addiction-4157288 /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.cnbc.com/2018/07/25/you-could-be-an-online-shopping-addict-heres-how-to-tell.html /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.moneycrashers.com/online-shopping-addiction-buy-less/ /Accessed on Nov 7, 2019

https://fherehab.com/learning/help-im-addicted-to-shopping-compulsive-buying-and-you/ /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.psychguides.com/behavioral-disorders/shopping-addiction/ /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/issues/compulsive-shopping /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4605699/ /Accessed on Nov 7, 2019

https://www.thebalance.com/why-is-it-called-black-friday-3305712/Accessed on Nov 7, 2019

https://www.telegraph.co.uk/black-friday/0/black-friday-2019-what-date-when-sales-start-best-deals//Accessed on Nov 7, 2019

https://www.thesun.co.uk/money/6677002/black-friday-sales-deals-2019/ /Accessed on Nov 7, 2019

Versi Terbaru

23/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan