backup og meta

Pssttt... Ini Rahsia Pilih Warna Baju Ikut Hari, Ramai Tak Tahu Tip Ini!

Pssttt... Ini Rahsia Pilih Warna Baju Ikut Hari, Ramai Tak Tahu Tip Ini!

Tak tahu nak pakai baju apa esok? Ada banyak baju dalam almari, tapi… bab nak pilih warna baju ikut hari ni boleh buat kita pening kepala, betul tak? Sebenarnya, ada ‘sains’ tersendiri di sebalik warna baju. Malah pilihan warna mengikut hari juga mungkin dapat mengubah mood dan membuatkan anda kurang tertekan!

Menurut kajian, pemilihan warna yang betul dapat memberi impak positif kepada mood anda. Malah, cara orang lain melayan kita juga mungkin berbeza bergantung pada gaya serta pemakaian kita pada hari tersebut.

Anda berminat untuk tahu lebih lanjut? Mari ikuti penerangan kami mengenai warna baju dalam artikel di bawah. Tapi, semua ini hanyalah untuk inspirasi ya, jangan percaya lebih-lebih pula!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Inspirasi warna baju ikut hariwarna baju ikut hari

Tanpa kita sedar, warna memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Ia juga mempunyai kesan yang tersendiri terhadap minda dan fizikal kita serta orang yang berada di sekeliling.

Benar, warna mempunyai maksud yang sangat subjektif. Ada yang sukakan warna merah, ada juga yang membencinya. Namun, ada beberapa warna yang mempunyai maksud yang universal.

Menurut kajian, beberapa jenis warna boleh mempengaruhi prestasi kita. Tidak ada sesiapa yang suka jika kertas ujian bertanda merah kerana ia melambangkan sesuatu yang negatif.

Malah, menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam American Psychological Association, individu yang terlalu banyak terdedah pada warna merah mungkin tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar atau di tempat kerja!

Fuh, besar betul kan impak warna dalam hidup kita!

Walau bagaimanapun, tidak kiralah apa jua baju yang anda pakai, apa yang penting ialah keyakinan diri!

Walaupun anda tukar warna baju ikut hari sebanyak mana pun, keyakinan dirilah yang paling penting. Kalau selesa, apa salahnya kan? Ingat tu!

Hari Isnin: Mulakan hari dengan baju berwarna putih

warna baju ikut hari

Putih merupakan warna yang sangat klasik. Ia melambangkan kesempurnaan dan kekemasan.

Baju putih juga mudah dipadankan dengan apa-apa warna, jadi ia akan membuatkan anda nampak ‘ada kelas’.

Malah, mereka yang gemar memakai warna putih juga nampak lebih jujur dan fokus; kedua-dua ini merupakan kualiti yang sangat diingini di tempat kerja.

Lagipun, hari Isnin kan hari pertama kita ke tempat kerja, jadi apa salahnya jika kita tampil lebih kemas!

Baca juga:

Warna baju ikut hari: Pakai biru pada hari Selasa!

Ingin gayakan sesuatu yang nampak tenang dan relaks? Cubalah pakai warna biru!

Biru merupakan antara warna yang paling stabil. Ia juga merupakan warna laut dan langit. Jadi, warna ini boleh membawa ketenangan pada orang yang melihat.

Kalau anda selalu stres di tempat kerja, apa kata gayakan warna biru. Pasti rasa tenang. Nak marah orang pun tak jadi!

Hari Rabu: Lebih maskulin dengan warna coklat

Ingin tampil lebih maskulin dan tunjuk ‘siapa bos’ di tempat kerja? Gayakanlah baju berwarna coklat!

Jika anda merupakan satu-satunya kaum Hawa di tempat kerja, anda boleh nampak lebih kuat dan berani jika sering memakai pakaian berwarna coklat. Tak percaya? Cubalah!

Warna baju ikut hari Khamis: Tampak damai dengan warna hijau

Tampil harmoni dan segar dengan baju berwarna hijau! Warna ini juga sejuk mata memandang, jadi tidak adalah orang sekeliling rasa stres atau sakit mata.

Malah, warna apa lagi yang sinonim dengan duit kalau bukan warna hijau! Pemakainya akan nampak sofistikated, boleh diharap dan mempunyai keyakinan yang tinggi!

Hijau melambangkan alam semula jadi. Hijau melambangkan positif. Hijau melambangkan pertumbuhan. Hijau juga menandakan hidup!

Akhiri minggu dengan busana berwarna hitam

warna baju ikut hari

Hitam merupakan warna selamat yang suka dipakai oleh semua orang tanpa mengira jantina dan usia.

Hitam melambangkan kekuatan dan keyakinan. Ia juga menandakan anda boleh menjadi ketua yang baik.

Lagipun, pada hari terakhir bekerja, pasti lebih ramai yang rasa malas untuk menggosok baju. Sudah tentulah baju berwarna hitam akan menjadi penyelamat! Tak perlu lagi fikir untuk tukar warna mengikut hari.

Selepas ini, tidak perlu lagi anda pening-pening untuk fikir warna baju ikut hari Isnin ataupun Jumaat. Moga inspirasi ini dapat membantu anda tampil lebih bergaya dan sofistikated di tempat kerja.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 25 Killer Actions to Boost Your Self-Confidence. https://zenhabits.net/25-killer-actions-to-boost-your-self-confidence/. Accessed on September 26, 2022.
  2. Color and psychological functioning: The effect of red on performance attainment. https://psycnet.apa.org/doiLanding?doi=10.1037%2F0096-3445.136.1.154. Accessed on September 26, 2022.
  3. Confidence. https://kidshealth.org/en/teens/confidence.html. Accessed on September 26, 2022.
  4. Perception of the color red enhances the force and velocity of motor output. https://psycnet.apa.org/record/2011-07236-024?doi=1. Accessed on September 26, 2022.
  5. Raising low self-esteem. https://www.nhs.uk/mental-health/self-help/tips-and-support/raise-low-self-esteem/. Accessed on September 26, 2022.
  6. Color and psychological functioning: a review of theoretical and empirical work. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2015.00368/full. Accessed on October 7, 2022.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Baru Pakai 2 Kali Sudah Buruk? Ini 5 Cara Pastikan Kain Baju Batik Kekal Cantik, Tak Mudah Lusuh

“Hanya Pantau Anak Pakai Baju Dari Jauh”, Ini 5 Taktik Ibu Ajar Si Kecil Pakai Baju Sendiri


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan