Pada awalnya, dia ingin mengajarkan vocabulary atau perkataan mengenai anggota badan dalam bahasa Inggeris kepada anaknya ketika memakaikan pakaian.
Sewaktu menyarungkan baju kepada anaknya ketika masih bayi, Nur Liyana akan menyebut perkataan bahasa Inggeris sambil menunjukkan baju kepada anaknya.
Daripada aktiviti ini, lama-kelamaan anaknya sudah pandai memakai seluar sendiri ketika sudah berumur satu tahun.
Proses seterusnya untuk mengajar anak dengan lebih teratur juga menjadi lebih mudah.
Ini 5 cara ajar anak pakai baju sendiri yang Puan Nur Liyana lakukan

Menurut Nur Liyana, ada lima kaedah yang telah digunakan sepanjang mengajar anaknya memakai baju sendiri.
Lihat perkongsian ibu ini di bawah:
Cara 1: Ajarkan perkataan bahasa Inggeris sejak kecil
Pada peringkat awal, Nur Liyana mengajarkan anaknya beberapa perkataan berkenaan anggota badan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, kaki, tangan, telinga dan lain-lain lagi.
Ibu bapa disarankan untuk kerap menyebutnya bagi merangsang deria pendengaran anak.
Cara ajar anak pakai baju 2: Sebut satu persatu cara pakai
Sewaktu hendak memakaikan baju kepada anak, sebutkan langkah pemakaian baju satu persatu dengan lengkap.
Sebagai contoh,
“Aisyah, sekarang kita nak pakai baju. Mula-mula sarungkan di kepala dahulu, kemudian barulah di tangan. Dah siap pakai baju.”
Cara 3: Ajar pakai seluar secara duduk
Kebiasaannya, kanak-kanak masih mempunyai kesukaran untuk menyeimbangkan diri sewaktu berdiri. Apatah lagi jika berdiri dengan sebelah kaki.
Oleh itu, jika mahu ajarkan anak memakai seluar, lakukannya secara duduk terlebih dahulu.
Sebutkan kepada anak,
“Masukkan satu kaki ke dalam seluar. Kemudian masukkan kaki kedua pula dalam seluar”.
Secara tidak langsung, kita juga telah mengajarkan anak mengenai anggota badan dan juga nombor.
Cara ajar anak pakai baju 4: Bercerita ketika pakaikan baju anak
Kaedah yang sama juga perlu dilakukan ketika memakaikan pakaian pada anak.
Pakaikan pakaian sambil menceritakannya seperti ketika mengajar anak pakai seluar.
Cara 5: Yakin dengan kemampuan anak
Setiap anak mempunyai kemampuan dan tahap perkembangan yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin cepat belajar, dan ada juga yang perlu mengambil sedikit masa.
Oleh itu, ibu bapa kena sentiasa percaya dan yakin dengan kemampuan anak untuk memakai baju sendiri.
Pada peringkat awal, ia mungkin agak sukar. Namun, lama-kelamaan anak boleh melakukannya dengan lebih pantas.
Ini kelebihan apabila amalkan cara ajar anak pakai baju

Menurut Nur Liyana, sejak anaknya sudah pandai memakai baju sendiri, ia lebih memudahkan urusan sehariannya.
Dia boleh melakukan kerja rumah yang lain dan hanya memantau anak memakai baju dari jauh sahaja.
Selain itu, apabila si kecil sudah pandai memakai pakaian sendiri, ia secara tidak langsung mendidik anak menjadi lebih berkeyakinan dan matang.
Anak juga sudah mengetahui pakaian manakah yang masih bersih atau sudah kotor.
Tambahan pula, anak secara tidak langsung akan mengetahui bahagian tubuh yang perlu ditutup sepanjang masa.
Anak sudah mula pandai ‘memilih’
Apabila sudah mengaplikasikan cara ajar anak pakai baju sendiri, akan wujud beberapa cabaran yang perlu ibu bapa lalui.
Berdasarkan pengalaman Nur Liyana, anaknya kini lebih pandai membuat pilihan berkenaan pakaian yang hendak dipakai.
Ia memberikan sedikit kesukaran apabila Nur Aisyah Husna ingin memakai pakaian lain ke majis perkahwinan sedangkan ibunya sendiri telah menyediakan pakaian yang bersesuaian.
Kadangkala, dia dan anaknya akan kerap ‘bergaduh’ hanya kerana ingin memilih pakaian.
Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dengan memujuk dan memberitahu anak mengapa mereka perlu memakai pakaian yang bersesuaian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen