backup og meta

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Anda mungkin pernah mendengar tentang watak fiksyen Joker yang digambarkan sering ketawa di luar kawalan, tanpa mengira keadaan emosinya. Ini mungkin kelihatan seperti sekadar unsur hiburan dalam filem, namun ada keadaan perubatan sebenar yang menyebabkan seseorang tidak mampu mengawal ketawa atau menangis mereka. Keadaan ini dikenali sebagai Pseudobulbar Affect (PBA) dan tergolong dalam jenis penyakit mental yang sering disalahfahami.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apa Itu Pseudobulbar Affect (PBA)?

Pseudobulbar Affect (PBA) atau penyakit ‘Joker’ adalah satu keadaan neurologi di mana pesakit mengalami episod ketawa atau menangis yang tidak terkawal. 

Ia tidak mencerminkan emosi sebenar pesakit dan disebabkan oleh gangguan pada otak yang mengawal ekspresi emosi

Keadaan ini adalah jenis penyakit mental yang berkaitan dengan gangguan neurologi dan bukan sekadar masalah emosi biasa.

Dalam keadaan ini, emosi yang ditunjukkan oleh pesakit mungkin tidak sepadan dengan apa yang mereka rasakan. 

Contohnya, pesakit mungkin ketawa ketika merasa marah atau menangis tanpa merasa sedih. 

Ini menjadikan PBA antara jenis gangguan mental yang sukar difahami oleh orang ramai.

Punca-punca PBA

Lady Gagy ketika menghadiri tayangan premier filem Joker.
Lady Gagy ketika menghadiri tayangan premier filem Joker.

PBA biasanya terjadi kerana kerosakan pada otak yang mengawal ekspresi emosi. Ia sering dikaitkan dengan pelbagai masalah neurologi dan kecederaan otak. 

Berikut adalah beberapa punca penyakit mental ini:

  1. Strok Strok adalah salah satu punca paling umum untuk PBA. Apabila aliran darah ke otak terganggu, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak yang mengawal emosi.
  2. Kecederaan otak traumatik Kecederaan fizikal pada otak, seperti yang berlaku dalam kemalangan, juga boleh menjadi punca utama PBA. Kerosakan pada otak ini menyebabkan gangguan dalam kawalan ke atas emosi dan ekspresi luaran, menjadikannya jenis penyakit mental yang berpunca dari masalah fizikal.
  3. Penyakit neurodegeneratif Penyakit seperti sklerosis berbilang (MS), penyakit Parkinson, dan penyakit Lou Gehrig (ALS) juga boleh menyebabkan PBA. Penyakit-penyakit ini menjejaskan saraf, termasuk saraf yang mengawal emosi.
  4. Penyakit Alzheimer atau demensia Orang yang menghidap Alzheimer atau jenis demensia lain juga mungkin mengalami PBA disebabkan perubahan dalam otak yang mempengaruhi kawalan emosi.

Simptom-simptom jenis penyakit mental PBA

Simptom utama PBA ialah episod ketawa atau menangis yang tidak terkawal. 

Ini adalah beberapa simptom lain yang boleh dikenal pasti:

  • Ketawa atau menangis tanpa sebab yang jelas
    Pesakit mungkin ketawa atau menangis secara berlebihan walaupun tiada perkara yang sepatutnya mencetuskan reaksi tersebut.
  • Episod emosi yang pendek tetapi kerap Episod ini sering berlaku dalam masa beberapa minit tetapi boleh berulang kali dalam sehari, menyukarkan pesakit dalam situasi sosial.
  • Perbezaan antara emosi sebenar dan yang ditunjukkan Pesakit PBA sering merasa tertekan kerana ekspresi emosi mereka tidak sepadan dengan perasaan sebenar yang dirasai. Ini boleh mengakibatkan salah faham dalam kalangan rakan dan keluarga mereka.

Kesan PBA terhadap kehidupan

PBA boleh memberi impak besar kepada kehidupan seharian pesakit. 

Walaupun ia bukanlah penyakit mental disorder yang biasa difahami, kesannya terhadap keadaan mental dan sosial pesakit sangat serius. 

Ketidakmampuan untuk mengawal ketawa atau tangisan boleh menyebabkan rasa malu dan terasing dalam kalangan pesakit, yang mungkin menghindari situasi sosial untuk mengelakkan episod emosi ini.

Pesakit PBA juga sering kali disalah anggap oleh masyarakat, yang mungkin melihat tingkah laku mereka sebagai tanda penyakit mental yang lain atau salah laku. 

Kesimpulan tentang jenis penyakit mental ini

Pseudobulbar Affect (PBA), atau lebih dikenali sebagai penyakit Joker, adalah satu keadaan neurologi yang menyebabkan pesakit mengalami ketawa dan menangis yang tidak terkawal. 

Walaupun PBA termasuk dalam jenis gangguan mental, ia berbeza daripada penyakit mental biasa kerana ia lebih berkaitan dengan masalah fizikal dalam otak

Perhatian!

Kesedaran tentang punca penyakit mental seperti PBA boleh membantu masyarakat memahami keadaan ini dengan lebih baik dan memberi sokongan yang diperlukan kepada pesakit.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is PBA?. https://www.pbainfo.org/. Diakses pada Oktober 16, 2024.
  2. Pseudobulbar affect. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pseudobulbar-affect/symptoms-causes/syc-20353737. Diakses pada Oktober 16, 2024.
  3. Pseudobulbar Affect (PBA). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17928-pseudobulbar-affect-pba. Diakses pada Oktober 16, 2024.
  4. Pseudobulbar Affect (PBA). https://www.stroke.org/en/about-stroke/effects-of-stroke/emotional-effects/pseudobulbar-affect. Diakses pada Oktober 16, 2024.
  5. Pseudobulbar Affect (PBA). https://mymsaa.org/ms-information/symptoms/pba/. Diakses pada Oktober 16, 2024.

Versi Terbaru

16/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Malukan Atau Hina Orang Depan Publik! Kesannya, Mangsa Boleh MENTAL!

5 Aktiviti Kuatkan Fizikal & Mental Orang Tua Anda, Barulah Kekal Bertenaga Dan Sihat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan