
Pada masa kini, jumlah kajian saintifik dan penemuan yang melawan kewujudan Tuhan semakin meningkat. Lebih-lebih lagi, manusia semakin kurang percaya kepada Tuhan dan kuasa ghaib. Walau bagaimanapun, agama masih berkembang maju di banyak tempat di dalam dunia. Beberapa bukti juga menunjukkan bahawa agama adalah baik untuk kesihatan fizikal dan psikologi kita.
Agama dan otak
Beberapa kajian dilakukan menunjukkan hubungan antara agama dan manfaat kesihatan mental. Apabila seseorang melakukan meditasi atau solat, kawasan otak seperti loba frontal akan diaktifkan. Kawasan ini terlibat dalam mengawal tindak balas emosi. Seorang saintis mendakwa bahawa apabila kawasan loba frontal diperkukuhkan; ia boleh membantu seseorang menjadi lebih tenang, kurang cepat marah dan lebih mampu menangani tekanan.
Tinjauan terhadap penganut Buddha Tibet dan biarawati Franciscan menunjukkan bahawa kawasan loba frontal mereka seperti korteks prefrontal adalah lebih aktif. Perbezaan dapat dilihat pada mereka yang bermeditasi jangka panjang berbanding orang biasa.
Kepercayaan atau iman mengurangkan tekanan
Kepercayaan kepada Tuhan boleh membantu anda mengurangkan keperluan hidup; Ia boleh memberikan matlamat hidup, membolehkan seseorang tahu apa yang penting baginya. Oleh itu, mereka boleh menumpukan tenaga dan perhatian kepada isu tersebut. Dalam erti kata lain, orang yang beriman mempunyai matlamat atau sebab untuk bekerja.
Dari sudut lain, perasaan terhubung antara satu sama lain membuatkan mereka ingin mengembangkan rangkaian sosial mereka. Maka mereka akan mempunyai hubungan yang lebih rapat, yang membantu mereka menjadi lebih bahagia. Selain itu, iman dan agama menyatukan manusia kerana mereka mempunyai kesetiaan yang sama kepada Tuhan dan keinginan untuk mengikuti undang-undang dalam agama.
Apa yang kita boleh belajar daripada agama
Kepercayaan dan ajaran yang disarankan oleh agama seperti memaafkan, kasih sayang dan belas kasihan boleh membantu cara otak bekerja. Perkara ini boleh membantu anda membina perasaan yang positif dan mengurangkan tekanan atau kebimbangan. Selain itu, agama juga mengingatkan penganutnya untuk mengelakkan tabiat buruk seperti merokok, minum alkohol atau tindak balas negatif. Menjauhkan diri daripada perkara ini juga boleh memberi manfaat kepada fungsi otak. Selain itu, ia juga boleh membantu meningkatkan tabiat sihat seperti meditasi, belas kasihan dan membantu orang lain.
Walaupun kebanyakan agama menganjurkan kebaikan, beberapa kumpulan agama yang melampau mengajar kita perkara-perkara negatif. Ini akan menjadikan kawasan otak yang berkaitan memikirkan tentang kebencian dan tekanan. Oleh itu, sila berhati-hati dengan fahaman ekstrem dalam agama agar ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap pemikiran dan gayan hidup anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.