backup og meta

Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

Interaksi dalam perkahwinan merupakan 1 perkara penting dalam sesebuah ikatan rumah tangga. Namun, menyedihkan ramai pasangan di luar sana termasuklah pengantin baru memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

Ini ada tip untuk bakal raja sehari ataupun pasangan pengantin baru melayari alam rumah tangga.

Interaksi dalam perkahwinan penting buat pengantin baru

Kita selalu berasakan cara komunikasi yang kita lakukan setiap hari adalah betul.

Tetapi tanpa kita sedar, adakala cara yang kita lakukan mungkin tidak sesuai untuk diamalkan sebagai kaedah interaksi dalam perkahwinan.

Bertengkar, berdebat dan perbezaan pendapat adalah antara perkara yang menjurus kepada keretakan rumah tangga.

Jika dibiarkan tanpa penyelesaian yang betul, hubungan perkahwinan anda mungkin akan tegang dan suram. 

Berikut adalah antara 3 kesalahan interaksi dalam perkahwinan yang harus dielakkan:

  1. Menjerit kepada pasangan

cara berkomunikasi

Tanpa kita sedar, apabila dalam keadaan marah bersama emosi yang tidak terkawal, nada suara akan mengalami perubahan. Ia akan kedengaran lebih bingit seakan menjerit, bukan?

Saat tidak lagi mampu mengawal emosi dan amarah, kita akan melepaskannya dengan meninggikan suara dan menjerit ketika bercakap. Tidak kira sama ada kepada rakan-rakan mahupun kepada pasangan.

Tetapi sedarkah anda ia adalah 1 perbuatan yang sangat tidak baik untuk dilakukan, terutamanya kepada pasangan? Malahan, perbuatan tersebut mungkin akan lebih mengeruhkan konflik antara kalian berdua.

Tidak dinafikan, selepas menjerit anda akan berasa lega. Namun, adakah ia 1 cara berkomunikasi yang baik atau mungkin akan menyebabkan isu yang berlaku semakin berpanjangan?

Dalam rumah tangga, gaya interaksi ini adalah sangat tidak disarankan. Menjerit kepada pasangan ibarat menyimbah petrol ke atas api. Pasangan anda akan lebih fokus kepada jeritan berbanding apa yang anda lafazkan. 

Kesannya? Si dia akan berasa sakit hati dan bersikap defensif agar mesej yang anda cuba sampaikan tadi diendahkan. 

Sebaiknya, daripada anda terjerit terpekik, apa kata anda ambil masa untuk bertenang dan berdiam diri seketika. Fikirkan kembali tujuan anda untuk berkomunikasi.

Jika anda ingin menyampaikan apa yang terbuku atau meluahkan isi hati, pastinya menjerit bukan jalan penyelesaian yang terbaik, okay?

  1. Ingin sentiasa menang

Mempunyai rasa ingin bersaing itu bukan 1 masalah. Tetapi perlu diingatkan dalam ikatan perkahwinan, anda dan pasangan bukanlah lawan yang sedang bersaing.

Sebaliknya, anda dan pasangan merupakan 1 pasukan yang harus saling menyokong antara satu sama lain dan memperkuatkan hubungan rumah tangga. Bukan meretakkannya.

Ketika berdepan keadaan berbeza pendapat dengan pasangan, jangan pernah mempunyai keinginan untuk menang. Ia bukanlah 1 interaksi dalam perkahwinan yang harus diamalkan. 

Elakkan daripada mempunyai rasa ingin mengalahkan pasangan agar mereka mengikuti apa yang anda mahukan. Sebaliknya fikirkan cara terbaik untuk bertolak-ansur antara kalian berdua.

Jangan pernah meletakkan diri sebagai 1 individu yang lebih baik berbanding pasangan. Ini hanya akan membuatkan anda semakin ego dan sukar untuk bertolak ansur dalam rumah tangga. 

Sentiasa ingat bahawa setiap kali anda berbincang, ia adalah bagi menguntungkan kedua belah pihak, maka cara berkomunikasi adalah penting. 

Interaksi dalam perkahwinan merupakan 1 perkara penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga. Namun, menyedihkan ramai pasangan di luar sana yang memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

  1. Kita dan bukannya saya

Saat anda dan si dia melafazkan ikrar perkahwinan, ia bermakna sudah tiada erti “saya dan awak” sebaliknya ia hanyalah “kita”. Jadi semuanya haruslah memfokuskan demi mencari kebaikan buat kedua-duanya

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan untuk menukar kebiasaan “saya” kepada “kita” adalah sukar.

Berpuluh tahun anda hanya fikir tentang diri sendiri dan secara tiba-tiba selepas berkahwin, anda perlu memikirkan tentang anda berdua. 

Tetapi cuba untuk ubahnya secara perlahan-lahan. Persefahaman dan interaksi dalam perkahwinan memainkan peranan yang sangat penting.

Apabila ingin berbicara dengan pasangan, sentiasa tanam dalam fikiran apa yang anda mahukan dan perlukan adalah demi kebaikan bersama. Bukan semata-mata untuk manfaat anda sendiri, okay?

Cara berkomunikasi dengan pasangan

Berikut adalah cara berkomunikasi dalam perkahwinan yang boleh membantu mengeratkan hubungan anda berdua.

  1. Elakkan tuduhan

Jika anda tidak pasti tentang sesuatu perkara, jangan sesekali menuduh atau membuat pertanyaan yang cenderung berbunyi tuduhan.

Elakkan pemilihan kata-kata yang mungkin boleh menyebabkan pasangan terluka. Pasangan anda mungkin akan menjadi defensif jika anda seakan-akan menuduh atau menyerangnya.

  1. Tolak ansur

Melakukan interaksi dalam perkahwinan bermakna harus ada tolak-ansur. Berikan pasangan anda ruang untuk meluahkan dan pinjamkan telinga anda untuk mendengar apa yang dikatakannya.

Berikan respons yang sewajarnya dan hindari sebarang tingkah laku yang membawa kepada rasa tidak puas hati atau menyebabkan wujudnya pertelingkahan.

  1. Disertakan dengan perbuatan

Interaksi dalam perkahwinan merupakan 1 perkara penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga. Namun, menyedihkan ramai pasangan di luar sana yang memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

Dalam berkomunikasi, tidak semestinya sekadar lisan. Perbuatan anda juga boleh menjadi cara untuk berkomunikasi.  

Berpegang tangan, mencium kening atau memeluk pasangan boleh dijadikan antara cara untuk berkomunikasi. Malahan mungkin secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan kalian. 

Akhir kata

Menjaga adab ketika melakukan interaksi dalam perkahwinan adalah sangat penting. Jangan terlalu menurut kata hati ketika berkomunikasi dengan pasangan.

Bertolak ansur dan saling memahami adalah cara terbaik untuk menjaga ikatan rumah tangga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://hellosehat.com/hidup-sehat/seks-asmara/kesalahan-komunikasi-dalam-pernikahan/  / Accessed on Mac 16, 2020

https://hellosehat.com/hidup-sehat/seks-asmara/menjaga-komunikasi-dengan-pasangan/  / Accessed on Mac 16, 2020

https://www.psychologytoday.com/intl/blog/what-would-aristotle-do/201508/can-screaming-or-yelling-be-bad-your-relationship / Accessed on Mac 16, 2020

https://psychcentral.com/lib/marriage-communication-3-common-mistakes-and-how-to-fix-them/ / Accessed on Mac 16, 2020

Versi Terbaru

09/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

20 Tanggungjawab Suami Isteri MESTI TAHU Dalam Rumah Tangga

Trend Mengadu di Media Sosial Konflik Rumah Tangga, Bagus Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan