Isu Kewangan
Isu kewangan merupakan faktor utama dalam penceraian. Ini kerana setiap kali mempunyai masalah kewangan, pasangan suami isteri cenderung menggunakan perkataan yang kasar sekaligus menyebabkan salah seorang dari pasangan berkecil hati.
Orang Ketiga
Pasangan anda merupakan keutamaan anda. Tanpa mengira keakraban anda dengan rakan, adik-beradik mahupun anak anda sendiri, pastikan anda bersikap adil bagi mengelakkan perasaan cemburu timbul dalam diri pasangan anda.
Kuat meleter dan mengeluh
Sikap anda yang kuat meleter atau mengeluh akan mengakibatkan pasangan anda mudah naik angin. Kurangkan meleter atau mengeluh, sebaliknya bersikap positif dengan pasangan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen