home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ajar Anak Pengurusan Wang

Ajar Anak Pengurusan Wang

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Peribahasa ini sering digunakan oleh ibu bapa bagi mengajar anak cara berjimat dan menguruskan kewangan mereka. Lazimnya, kanak-kanak prasekolah sudah tahu akan kepentingan wang dalam kehidupan. Mereka tahu bahawa mereka memerlukan wang untuk membeli makanan, minuman atau barang mainan mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak di usia ini tidak tahu akan nilai wang dan cara menggunakan wang tersebut dengan berhemah. Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa dalam mengajar anak mereka mengenai pengurusan wang dengan bijak.

Ibu bapa sebagai role model

Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak untuk meniru apa yang dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka, khususnya ibu bapa mereka. Begitu juga soalnya dengan pengurusan wang. Kanak-kanak belajar tentang cara menguruskan kewangan dengan melihat sendiri bagaimana ibu bapa mereka membelanjakan dan memanfaatkan wang tersebut.

Asas pengurusan wang

Sebagai permulaan, anda boleh mengajar anak anda mengenai asas pengurusan wang seperti perbelanjaan, simpanan dan pengeluaran wang. Anda perlu mengajar mereka mengenai nilai wang sejak mereka masih kecil lagi. Salah satu caranya adalah dengan melihat kepada harga pada setiap barang yang ingin dibeli. Selain itu, anda juga perlu mengajar anak untuk membandingkan dahulu harga untuk barang yang sama sebelum memilih dan membayar barang tersebut.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga perlu didedahkan kepada cara perbelanjaan wang, iaitu dengan memaklumkan kepada mereka ke mana perginya wang dan untuk apa berbelanja membeli barang tersebut.

Ibu bapa juga boleh memberitahu anak tentang bagaimana datangnya wang tersebut. Contohnya, anda boleh memberitahu anak anda bahawa wang tersebut adalah daripada hasil bekerja anda setiap hari. Anda juga boleh membawa anak ke bank untuk mengeluarkan duit. Ketika itu, anda boleh menerangkan kepada mereka bahawa anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang, dan bank merupakan tempat simpanan wang tersebut.

Kanak-kanak juga perlu diajar tentang simpanan wang, sama ada disimpan di dalam tabung ataupun di bank.

Pemberian duit poket

Salah satu cara untuk mengajar anak mengenai pengurusan wang adalah dengan memberikan mereka duit poket. Anda boleh memberikan anak duit poket untuk seminggu ataupun sebulan mengikut usia anak.

Jika anak anda berada dalam usia prasekolah, anda boleh mulakan dengan memberikan wang poket untuk seminggu. Cara ini dapat membantu kanak-kanak merancang pengurusan kewangan mereka. Selain itu, pemberian duit poket juga boleh membantu kanak-kanak untuk membuat pilihan kewangan, sama ada mereka akan membelanjakan wang tersebut untuk perkara yang mereka sukai, menyimpan ataupun mengumpul wang sehingga cukup satu amaun bagi mendapatkan barang yang mereka inginkan.

Kesimpulannya, dalam mendidik anak menguruskan wang, anda tidak perlu selalu tegas. Sesekali biarkan anak anda melakukan kesalahan dalam mereka menguruskan kewangan kerana ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Bagaimanapun, sebagai ibu bapa, anda masih perlu memberikan teguran pada anak dan memberi tunjuk ajar padanya dalam menguruskan wang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://raisingchildren.net.au/teens/family-life/chores-pocket-money/pocket-money

https://www.parents.com/kids/responsibility/money-management/lessons-teach-kids-about-money/

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 17/01/2019
x