backup og meta

Kenali Personaliti Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Kenali Personaliti Anak Anda

    Personaliti setiap individu adalah berbeza. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Sebagai ibu bapa yang membesarkan anak-anak, anda mesti sangat mengenali personaliti anak anda. Para pengkaji personaliti telah menyimpulkan pelbagai tanda yang boleh dilihat untuk mengenal pasti personaliti anak anda. Secara amnya, terdapat tiga jenis personaliti kanak-kanak yang utama. Berikut merupakah tiga jenis personaliti tersebut.

    1. Kanak-kanak yang mudah bergaul

    Kanak-kanak yang berpersonaliti seperti ini adalah sangat mudah ditemui kerana sekurang-kurangnya separuh daripada golongan kanak-kanak mempunyai personaliti ini. Anda boleh mengenalpasti mereka melalui reaksi mereka terhadap kehidupan seharian. Mereka aktif, tidak mudah marah, makan semua makanan yang diberikan, bertoleransi tinggi dan mudah mengadaptasi persekitaran yang baharu. Bagi ibu bapa, agak mudah untuk membesarkan anak yang mempunyai personaliti ini namun masih perlu berhati-hati. Ini kerana mereka sangat gemar berdikari dan menghabiskan mereka sendiri lalu mungkin menyebabkan mereka sesat dalam persekitaran orang ramai. Selain itu, mereka juga mungkin tidak akan meluangkan banyak masa dengan ibu bapa kerana mereka tidak memerlukan perhatian yang lebih seperti kanak-kanak lain. Oleh itu, anda perlu memastikan anak anda tidak membesar menjadi seorang yang mementingkan diri dan tidak sensitif dewasa kelak.

    2. Kanak-kanak yang pemalu

    Kebanyakan kanak-kanak sangat mudah bergaul. Namun begitu, terdapat 15% daripada golongan kanak-kanak pula berpersonaliti pemalu. Anda boleh mula mengesan personaliti mereka ini apabila mereka mencecah umur 9 bulan. Kanak-kanak yang mudah bergaul sangat mudah untuk senyum apabila bersemuka dengan individu yang mereka tidak kenali, namun kanak-kanak yang pemalu pula akan cuba untuk menyorokkan muka mereka dan tidak mahu bertentang mata dengan individu tersebut kerana mereka tidak berasa selesa. Kanak-kanak yang mempunyai personaliti ini memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Mereka juga cenderung untuk meneroka dan belajar sesuatu yang baharu dengan berhati-hati dan kerana mereka takut akan kritikan dan tolakan dari masyarakat akan membuat mereka hilang keyakinan diri. Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak-anak yang mempunyai personaliti pemalu untuk membiasakan diri dengan perubahan dan sentiasa bertenang dalam apa-apa keadaan.

    3. Kanak-kanak yang bersemangat

    Berbeza dengan kanak-kanak yang pemalu, kanak-kanak yang bersemangat lebih bersikap ceria, bertenaga, impulsif, kreatif suka melawan dan sangat suka akan keseronokan. Mereka tanpa segan silu akan menzahirkan keseronokan atau ketidakpuasan hati mereka dengan menjerit sekuatnya. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berpersonaliti begini, anda hanya perlu mengikuti dan melayaninya. Namun begitu, anda juga perlu untuk mengajar mereka mengawal dan mengekspresikan perasaan mereka. Anda boleh membawa mereka untuk bermain di luar rumah untuk menyalurkan tenaga mereka. Anda juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk mengawal kedegilan mereka dan memastikan mereka tidak melakukan apa-apa yang tidak anda ingini.

    Tuntasnya, anda perlu menerima dan mengadaptasi teknik penjagaan anak bergantung kepada personaliti mereka. Anda juga perlu memberikan perhatian kepada setiap reaksi anak anda dalam kehidupan seharian mereka. Kemudian, ajar mereka untuk memahami personaliti dan menerima diri seadanya. Ini bertujuan untuk mencambahkan rasa bangga dan yakin pada diri sendiri sekaligus menjamin perkembangan emosi yang baik untuk mereka.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan