backup og meta

Jangan Pinggirkan Anak Ke-4! Ada 9 Fakta Menarik Tentang ATIH Atau UDA!

Jangan Pinggirkan Anak Ke-4! Ada 9 Fakta Menarik Tentang ATIH Atau UDA!

Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4?

Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!

Fakta anak no 4

Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.

Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?

Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan? 

Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.

Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak. 

Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?

fakta anak no 4

Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.

Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.

Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.

Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?

9 fakta anak no 4 yang menarik

Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar. 

Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.

Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).

Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?

1# Peramah dan suka bergaul

Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.

Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.

Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.

2# Berdikari

Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.

Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri.

Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.

3# Seorang penghibur

Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?

Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya. 

Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.

fakta anak no 4

4# Hati tisu

Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif. 

Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?

Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya.

Baik selidik dulu, ya anak keempat?

5# Pendengar setia

Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia. 

Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.

Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.

6# Sukar difahami

Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?

Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini. 

Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.

7# Kurang sabar

Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar. 

Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar. 

Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik.

Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!

fakta anak no 4

8# Moody dan pemendam perasaan

Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi

Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!

9# Seorang yang setia

Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.

Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya! 

Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!

Tentukan sendiri

Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini? 

Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.

Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.lifehack.org/articles/communication/10-reasons-the-youngest-child-always-the-most-creative-member.html Accessed on July 1, 2020

https://www.mvnews.org/being-the-youngest-child-in-a-family-is-the-best/ Accessed on July 1, 2020

https://www.mother.ly/news/why-moms-of-3-are-so-stressedbut-moms-of-4-are-so-chill/particle-3 / Accessed on July 1, 2020

https://alfredadler.edu/sites/defaulthttps://www.pnas.org/content/112/46/14224/files/Gustafson%20MP%202010.pdf / Accessed on July 1, 2020

https://www.researchgate.net/publication/309350964_A_STUDY_OF_BIRTH_ORDER_PERSONALITY_MENTAL_HEALTH / Accessed on July 1, 2020

Versi Terbaru

04/03/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Mereka

5 Tanda Anda Ibu Bapa Toksik, Ayuh Ubah Atau Ini Kesannya Pada Anak, BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan