backup og meta

Eh, Si Dia Menangis Selepas Hubungan Seks! PELIK Tapi Fahami 4 Sebab Ini

Eh, Si Dia Menangis Selepas Hubungan Seks! PELIK Tapi Fahami 4 Sebab Ini

Setiap kali beraksi hebat di ranjang bersama pasangan, sudah pasti tidak akan wujud perasaan lain selain suka, gembira dan bahagia bukan? Namun bagi segelintir individu, ada yang mengalirkan air mata selepas hubungan seks. Ya, ia memang pelik tapi benar!

Adakah menangis selepas hubungan seks itu normal?

Adakah anda atau pasangan tergolong dalam kalangan individu yang akan mengalirkan air mata selepas melakukan hubungan seks? Usah khuatir, ia adalah sesuatu yang normal.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sexual Health, kira-kira satu pertiga daripada pasangan yang ditemu bual secara atas talian pernah menangis selepas hubungan seks walaupun seks yang dialami itu memuaskan nafsu syahwat masing-masing.

Menurut penelitian yang dibuat oleh Sexual Medicine pula, kedua-dua jantina lelaki dan perempuan berisiko untuk mengalami perasaan sedih dan hiba selepas seks. Namun, golongan wanita lebih berpotensi untuk mengekspresikan perasaan tersebut melalui tangisan.

Apakah punca menangis selepas hubungan seks?

Untuk pengetahuan anda, keadaan ini dikenali secara saintifik dengan nama post-coital dysphoria (PCD). Ia adalah satu terma yang digunakan untuk menggambarkan situasi orang berasa sedih atau hiba setiap kali melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan kepada 230 wanita, kira-kira 46% daripadanya pernah mengalami simptom PCD sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Majoriti daripada jumlah ini juga menyatakan bahawa mereka juga akan menangis disebabkan simptom-simptom ini.

menangis selepas hubungan seks

#1. Perubahan hormon

Semasa melakukan hubungan seks, tubuh badan kita akan merembeskan pelbagai jenis hormon kepada tubuh badan. Perubahan yang mendadak ini seterusnya akan mempengaruhi bahagian atau fungsi otak yang mengawal emosi.

Antara hormon yang akan dirembeskan ini adalah dopamin, oksitoksin, endorfin dan prolaktin. Ya, ia memang dikenali umum sebagai hormon yang membawa kepada perasaan bahagia. Namun dalam beberapa kes, ia juga mungkin akan menyebabkan perasaan yang negatif.

Jadi, perubahan hormon ini adalah salah satu punca anda atau pasangan mengalirkan air mata selepas hubungan seks!

#2. Perasaan serba salah

Menurut ramai pengkaji, kebanyakan individu terutamanya wanita cenderung untuk berasa serba salah setiap kali selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Ini kerana ia disebabkan oleh persepsi segelintir individu yang berasakan seks ini sebagai sesuatu yang tabu, kotor atau jijik walhal ia bukanlah seperti yang disangkakan.

Dalam pada itu, perasaan serba salah ini selalu dialami oleh para isteri ekoran perasaan malu dengan bentuk tubuh badannya atau ketidakmampuannya untuk mencapai orgasma ketika bersetubuh dengan suami.

Namun, perasaan ini sebenarnya tidak perlu ada dalam hati seorang wanita kerana jika pasangan lelaki anda benar-benar sayangkan anda, mereka tidak akan pernah menganggap anda tidak cantik atau menarik di matanya. 

#3. Trauma yang pernah dialami pada waktu dahulu

menangis selepas hubungan seks

Dunia ini memang satu tempat tinggal yang kejam. Disebabkan itu, ramai orang yang pernah mengalami trauma dalam hidup mereka.

Antara trauma yang mungkin terjadi dan mengakibatkan mereka menangis selepas hubungan seks adalah pernah mengalami keguguran atau mangsa penderaan seks.

Kedua-dua peristiwa hitam ini boleh terbangkit kembali semasa mangsa trauma melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Inilah punca mereka mengalirkan air mata selepas hubungan seks walaupun bersama pasangan yang dicintainya!

#4. Terbawa-bawa dengan emosi

Seperti yang kita sudah tahu, seks mampu membangkitkan perasaan suka, gembira dan bahagia. Jadi, ada kemungkinan pasangan anda itu terbawa-bawa dengan emosinya walaupun selepas melakukan seks sehingga dia mengalirkan air mata.

Namun, mengapa ada individu yang menangis jika perasaan yang dibangkitkan semasa berasmara bersama pasangan adalah yang positif sahaja? Jangan lupa bahawa air mata kegembiraan juga wujud!

Ya, emosi itu sememangnya sesuatu yang sangat kompleks lebih-lebih lagi buat makhluk yang bernama wanita. Jadi, jangan rasa pelik jika pasangan anda menangis selepas hubungan seks kerana ia sememangnya perkara yang benar.

Perlukah risau jika pasangan mengalirkan air mata selepas hubungan seks?

mengalirkan air mata

Baiklah, kini kita sudah tahu bahawa ia adalah sesuatu yang normal. Tetapi, perlukah anda berasa risau tatkala pasangan mengalirkan air mata selepas melakukan hubungan seks?

Jawapannya tentu sekali adalah TIDAK. Menurut Pakar Seks Robert Schweitzer, seks yang berkualiti dapat membangkitkan pelbagai emosi yang positif seperti suka, gembira dan bahagia. 

Namun, ia juga mungkin menunjukkan bahawa pasangan anda pernah mengalami trauma dalam kehidupannya suatu ketika dahulu.

Jadi, bertanyalah kepada pasangan anda.

Sekiranya mereka mengatakan bahawa tangisan itu adalah disebabkan mereka terbawa-bawa dengan emosi, maka jangan risau. Sebaliknya jika mereka mengadu bahawa ia disebabkan oleh trauma, cuba pujuk mereka dengan sebaiknya.

Tanyakan pada mereka berkenaan pengalaman hitam ini dan cuba cari jalan penyelesaiannya. Jika mereka masih tidak mampu untuk menghentikan linangan air mata ini, jangan paksa mereka. Sebaliknya, berikan mereka masa dan ruang untuk bersendiri terlebih dahulu.

Jika anda sendiri yang mengalaminya, cuba tanya pada diri sendiri apa punca anda menangis selepas hubungan seks. Setelah dapat puncanya, beritahu pada pasangan dan rujuk pakar psikiatri sekiranya masalah anda masih berlarutan.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor kenapa kita menangis selepas hubungan seks antaranya hormon, perasaan, trauma dan emosi. Namun, anda tidak perlu terlalu risau tentangnya, ya? Ia adalah sesuatu yang normal dan dialami oleh banyak pasangan!

Cuma jika anda sendiri tidak tahu apa puncanya, rujuklah kepada pakar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

https://www.telegraph.co.uk/women/sex/crying-after-sex-men-and-women-do-it-and-theres-nothing-to-be-as/

https://flo.health/menstrual-cycle/sex/pleasure/crying-during-sex

https://www.healthywomen.org/content/ask-expert/1354/emotional-release-after-orgasm

https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/0092623X.2018.1488326

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/painful-intercourse/symptoms-causes/syc-20375967

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S2050116116300022

What is the difference between sexual performance anxiety and erectile dysfunction (ED)?

Versi Terbaru

27/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

12 Punca Kenapa Boleh Ada Benjolan Pada Alat Sulit Lelaki & Perempuan!

Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorok Daripada Doktor!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan