Drama Camelia: Satu Individu, Dua Identiti, Betul Ke Wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Jika anda sedar, drama bersiri Camelia yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 baru sahaja melabuhkan tirai. Drama ini dibintangi oleh Datin Diana Danielle yang memegang watak sebagai Mariam dan Camelia.

Jika anda belum berkesempatan menontonnya lagi, ia mengisahkan seorang wanita bernama Mariam yang mempunyai dua identiti berbeza iaitu dirinya sebagai Mariam dan juga identiti kedua sebagai Camelia. 

Terkejut bukan? Walaupun ia sekadar drama, anda juga perlu tahu bahawa keadaan ini sememangnya wujud dalam kalangan kita.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom baca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Apa yang anda perlu tahu mengenai gangguan personaliti pelbagai (dissociative identity disorder)

Ia dikenali sebagai gangguan personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau gangguan identiti berdisosiatif (dissociative identity disorder), ringkasnya disebut DID. Ia adalah satu keadaan psikologi kompleks yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti trauma yang teruk ketika individu tersebut masih kecil. 

Gangguan ini berlaku di mana seseorang individu itu memiliki 2 atau lebih keadaan personaliti yang berbeza. Individu yang mempunyai DID akan mengalami kehilangan memori atau ingatan yang terlalu banyak. Bahkan, ada yang menganggap bahawa keadaan ini sebagai satu tanda kerasukan. 

Bagaimanakah DID ini boleh terjadi seperti munculnya watak Camelia?

camelia

Secara umumnya, ia adalah disebabkan kegagalan seseorang individu itu mengintegrasikan pelbagai aspek diri iaitu identiti, memori, dan kesedaran dalam satu multidimensi tunggal. 

Pada kebiasaannya, identiti asal seseorang individu itu bersifat pasif, terlalu bergantung, rasa bersalah dan tertekan. Walau bagaimanapun, apabila identiti kedua atau yang lain mengawal diri individu asal, identiti dan imej yang ditunjukkan akan berbeza atau kontra daripada perwatakan individu sebenar.

Pada kebiasaannya, nama, umur, jantina, pengetahuan umum dan mood yang dominan bagi identiti kedua ini amat berlawanan dengan identiti asal individu itu. Ini adalah disebabkan oleh keadaan atau faktor tekanan tertentu yang menyebabkan satu identiti baharu itu muncul. 

Apakah tanda-tanda jika seseorang itu mengalami DID?

Berpandukan Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum seseorang individu tersebut disahkan mengalami DID.

  • Seseorang individu tersebut mempunyai 2 atau lebih identiti berbeza. Setiap satu identiti ini mempunyai corak atau imejnya yang tersendiri. Sesetengah budaya menganggapnya sebagai satu fenomena kerasukan
  • Gangguan identiti yang berlaku melibatkan perubahan persepsi diri, pengawalan diri, tingkah laku, kesedaran, memori, pemahaman dan juga fungsi motor otak
  • Terdapat kelompongan dalam memori seseorang individu tersebut yang berkaitan sejarah hidupnya. Ia tidak sama seperti kelupaan biasa
  • Tanda-tanda ini menyebabkan kesukaran atau kemerosotan yang signifikan secara klinikal dalam tetapan sosial, pekerjaan atau mana-mana tetapan lain

Identiti tertentu mungkin akan muncul dalam keadaan tertentu. Peralihan daripada satu identiti kepada identiti yang lain biasanya dipicu atau disebabkan oleh tekanan psikososial yang berlaku terhadap individu terbabit. 

Penghidap DID juga mungkin akan mengadu mendengar suara-suara tertentu seperti suara kanak-kanak atau suara kuasa ghaib. Sesetengah suara yang didakwa muncul ini kadangkala disertai dengan pemikiran yang tidak boleh dikawal oleh penghidapnya. 

Mereka juga kadangkala akan dapat merasakan satu dorongan atau emosi yang kuat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal. 

Mengikut DSM-5, lebih daripada 70% individu yang mempunyai DID telah cuba untuk membunuh diri dengan sekurang-kurangnya sekali cubaan. Selain itu, tingkah laku yang membahayakan diri sendiri juga amat kerap berlaku dalam kalangan penghidapnya. 

Penyebab kepada berlakunya DID

camelia

Mereka yang mempunyai DID biasanya mempunyai sejarah penderaan fizikal dan seksual yang teruk semasa mereka kecil. Hampir 90% kes-kes DID yang berlaku melibatkan sejarah penderaan. Mereka mungkin mempunyai simptom-simptom selepas trauma seperti mimpi ngeri, flashback atau respons yang mengejutkan. 

Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kemalangan, bencana alam dan peperangan. Begitu juga dengan penyebab lain yang menjadi faktor berkembangnya DID seperti kehilangan orang yang tersayang atau tempoh pengasingan yang panjang yang disebabkan oleh penyakit.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kejadian DID lebih kerap berlaku dalam kalangan saudara-mara terdekat penghidapnya berbanding populasi awam yang lain.

Adakah terdapat sebarang rawatan yang tersedia bagi merawat DID?

Rawatan utama bagi merawat DID ialah psikoterapi jangka panjang yang bertujuan menghilangkan personaliti atau identiti berbeza tersebut lalu mengintegrasikan kesemuanya menjadi satu. 

Rawatan lain yang mungkin akan digunakan termasuklah terapi kognitif dan kreatif. Walaupun tidak terdapat sebarang ubat-ubatan khusus yang direka bagi merawat keadaan ini, penghidapnya mungkin akan diberikan dengan antidepresan, ubat anti keresahan dan juga ubat tidur. Ini bertujuan mengawal simptom-simptom psikologi yang berkaitan.

Apa tindakan anda jika hal yang berlaku terhadap Camelia ini terjadi di sekeliling anda?

camelia

Jika anda menyedari sebarang perubahan tingkah laku atau pemikiran berlaku dalam kalangan individu di sekeliling anda, bawalah mereka untuk berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi berdaftar.

Jangan sesekali menganggap mereka sedang mengalami kerasukan pada peringkat awal kerana anda akan terdorong untuk membawa mereka berjumpa dengan individu yang tidak berkelayakan atau tidak sepatutnya. 

Kadangkala apa yang kita anggap itu sebenarnya tidak selari dengan hakikat sebenar keadaan yang berlaku. Oleh itu, dapatkan bantuan daripada mereka yang berkelayakan atau lebih berpengetahuan.

Ingatlah, tindakan bijak anda akan dapat menyelamatkan individu yang terjejas dengan lebih cepat dan tepat. Kini anda juga telah tahu bahawa watak Camelia dalam Drama Camelia itu sememangnya wujud!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Orang GILA KERJA Ada Masalah Mental, Cuba Periksa Tanda-tanda Ini!

    Adakah anda tergolong dalam kalangan gila kerja? Bagi mengetahui jika anda seorang yang sibuk bekerja, kenalinya melalui tanda-tanda ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Buka IG Tengok Berapa ‘Like’ Selepas Post Gambar? Ini Ada Kaitan Dengan Masalah Jiwa!

    Pernahkah anda mendengar tentang fenomena FOMO? Fenomena ini terlahir daripada ketagihan atau penggunaan media sosial yang terlalu kerap.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kekuatan mental

    Nak Mental Kuat Ada Caranya! Ikut 5 Langkah Ini, Termasuk Mandi Air Sejuk Waktu Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat diet mediterranean

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan