home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Penjagaan Mata Agar Sentiasa Sihat

Penjagaan Mata Agar Sentiasa Sihat

Kewujudan sepasang mata berfungsi dengan baik tidak boleh diambil mudah. Ia memerlukan kasih sayang dan penjagaan mata yang baik agar sentiasa sihat. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mengekalkan kesihatan mata:

Diet sihat

Kesihatan mata yang baik bermula dengan diet pemakanan sihat. Untuk melindungi diri daripada masalah penglihatan berkaitan usia seperti degenerasi makula dan katarak, anda memerlukan asid lemak omega-3, lutein, zink, vitamin C dan E.

Untuk memastikan keperluan tubuh anda mencukupi, anda perlu memperbanyakan sayuran berdaun hijau, minyak ikan telur, kekacang, buahan citrus dan kerang serta tiram. Diet yang sihat dapat menghindari dari masalah obesiti dan diabetes (punca utama buta).

Tiada tembakau

Merokok meningkatkan risiko katarak, kerosakan saraf optik, dan degenerasi makula. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesukaran untuk berhenti merokok. Kebanyakan individu tidak berjaya berhenti pada percubaan pertama. Jadi, jangan berputus asa. Dapatkan bantuan doktor jika perlu.

Kaca mata hitam

Pendedahan kepada sinar UV matahari menyebabkan anda berisiko menghadapi katarak dan degenerasi makula. Pilih kaca mata yang sesuai untuk melindungi mata anda dari sinaran UV. walaupun anda menggunakan kanta sentuh dengan perlindungan matahari, anda akan mendapat lebih manfaat dengan lapisan tambahan kaca mata hitam.

Pelindung mata

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk berdepan dengan bahan berbahaya, jangan lupa menggunakan pelindung mata (goggle). Seandainya anda terlibat dengan sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan kecederaan pada mata, pastikan anda memakai topi keledar, topeng muka untuk melindungi mata anda.

Berehat

Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda menghadap komputer, anda dinasihatkan untuk mengambil masa rehat dengan kerap. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapat kaca mata khas penggunaan untuk komputer. Mata anda seharusnya perlu memandang ke bawah pada skrin. Cuba elakkan silau dari cahaya. Rehatkan mata setiap 20 minit dan ambil 15 minit masa untuk berjalan dan tinggalkan komputer setiap 2 jam. Jika merasakan mata anda kering, cuba untuk kedipkan mata dengan lebih kerap.

Berjumpa doktor

Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor mata anda secara berjadual dan tetap. Pemeriksaan mata diperlukan kerana dapat membantu mengesan penyakit mata yang tidak mempunyai simptom seperti glaukoma. Diagnosis dan rawatan awal dapat meningkatkan peluang anda untuk pulih sepenuhnya.

Terdapat dua jenis doktor mata:

  • Ophthalmologist (pakar mata), adalah doktor yang pakar dalam penjagaan mata. Mereka menjalankan diagnosis dan merawat mata serta melakukan pembedahan mata.
  • Optometrist (ahli optik), merawat penyakit mata tetapi tidak melakukan pembedahan mata.

Bergantung kepada keperluan mata anda, anda boleh memilih untuk berjumpa dengan salah satu daripada kedua-dua doktor ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor